Selasa, 24 Februari 2009

Di sebalik tabir "Surat Cinta dariNya"

Alhamdulillah,dengan izinNya kami telah dapat bersama2 berkumpul mengimarahkan lagi sebuah majlis ilmu yang bertajuk ‘’Surat Cinta dariNya’’. Ana bersyukur kerana ukhti2 semua sanggup mengorbankan waktu tidur antumna semata2 untuk bersama2 menghadirkan diri ke majlis ilmu ini.


Dari Abu Hurairah ra. dari Nabi saw. beliau bersabda : "Sungguh Allah mempunyai malaikat-malaikat yang mulia yang selalu berjalan mencari majlis zikir,apabila mereka mendapatkan suatu majlis yang dipergunakan untuk berzikir, maka mereka duduk di situ dan masing-masing malaikat membentangkan sayapnya, sehingga memenuhi ruangan yang berada di antara ahli zikir dan langit dunia.



Apabila ahli zikir itu telah kembali ke rumah masing-masing, maka para malaikat itu naik ke langit, dan kemudian di tanya oleh Allah Azza wa Jalla padahal Allah telah mengetahuinya :

"Dari mana kalian datang ?"

Para malaikat menjawab : "Kami baru saja mendatangi hamba-Mu di bumi yang membaca tasbih, takbir, tahmid dan memohon kepadaMu."

Allah bertanya : "Apakah yang mereka minta ?"

Malaikat menjawab : "Mereka minta Syurga."

Allah bertanya : "Apakah mereka pernah melihat syurga-Ku ?"

Para Malaikat menjawab : "Belum pernah"

Allah bertanya : "Bagaimana jika mereka melihat Syurga-Ku ?"

Para Malaikat menjawab : "Mereka juga mohon diselamatkan."

Allah bertanya : "Mereka mohon diselamatkan dari apa ?"

Para Malaikat menjawab : "Dari Neraka-Mu."

Allah bertanya : "Apakah mereka pernah melihat Neraka ?"

Para Malaikat menjawab : "Belum pernah"

Allah bertanya : "Bagaimana jika mereka pernah melihatnya?"

Para Malaikat menjawab : "Mereka juga memohon ampun kepada mu."

Allah berfirman : "Aku telah mengampuni mereka, maka Aku akan memenuhipermohonan mereka dan akan menjauhkan mereka dari apa yang mereka mohon untuk diselamatkan."

Para Malaikat berkata : "Wahai Tuhanku, di dalam majlis itu ada si Fulan, seorang hamba yang banyak berdosa, ia hanya lewat kemudian ikut duduk bersama mereka."

Allah berfirman : "Kepada Fulan pun Aku mengampuninya. Mereka semua adalah termasuk ahli zikir, dimana tidak ada seorang yang duduk di situ akan mendapatkan celaka." (HR. Bukhari Muslim)

Majlis zikir yang dimaksudkan disini bukanlah sekadar majlis yang disertai dengan zikir munajat  memuji Allah tetapi adalah majlis yang dapat membuatkan kita ingat akan Allah. Majlis yang membuatkan kita  merasakan kecilnya kita di muka bumi kepunyaanNya ini.




Dari Abu Hurairah ra. ia berkata : Rasulullah saw. bersabda : "Apabila berkumpul suatu kaum dalam rumah-rumah Allah (masjid) untuk membaca Al Qur'an dan mempelajarinya, maka ketenangan pasti akan turun kepada mereka, rahmat
Allah melingkupi mereka, malaikat-malaikat mengelilingi mereka dan Allah menyebut-nyebut mereka di kalangan makhluk yang ada didekatNya (para malaikat)." (HR. Muslim)

 


Mudah-mudahan kita tergolong dalam golongan yang terpilih ini. InsyaAllah .=)


 


Ok,insyaAllah untuk post kali ini,ana akan menceritakan serba sedikit di sebalik tabir program ini. Mungkin ada yang dah tahu dan mungkin masih ada yang tertanya2 .  Mungkin  kita boleh bersama2 mengambil pengajaran  dan memperbaiki  diri untuk kebaikan pada masa akan datang.


 


“Dan demi malam apabila telah sunyi, tuhanmu tidak meninggalkan engkau dan tidak pula membencimu, dan sungguh yang kemudian itu lebih baik bagimu drpd permulaan.”


                                                                                                                                          93:2-4


1)Salah faham


Rasanya untuk point ni ramai dah tahu. Sehinggakan pihak penganjur terpaksa mengeluarkan post bagi menerangkan kondisi sebenar program ini. Tapi tidak mengapa. Bukan salah untuk bertanya.  Malah ketika ditanyakan di awal2  program,masih ramai lagi yang meyangka program ini untuk berlajar tajwid, bertarannum, tafsir dan bermacam2 lagi. Teringat ana pada seorang sahabat ana  yang agak konfius juga mengenai program ini. Terngiang2 kata2 sahabat ana tu.


“ya ukhti,siapa yang bakal mengaji secara bertarannum nanti ? Ana dah siap buat list nama2 yang mungkin bertaranum nanti.”


=). Walau apapun tanggapan antumna semua,Alhamdulillah ramai juga yang hadir. Malah muka2 ukhti sekalian berseri2 dan  bersemangat ana tengok. Mungkin disini ana boleh wakilkan untuk pihak penganjur memohon maaf atas masalah teknikal ini.


 


2)Misteri kepak  ayam  


Pada mulanya ana agak terkejut  juga dengan berita ni. Ana ditakdirkan pergi agak lewat pada hari tu,lantaran berjaga malam menyiapkan surat2 cinta untuk didistribute pada pagi tu. Sesampai je ana di sana,ana pun dengan segera pergilah meninjau keadaan bagi memastikan semuanya berjalan dengan baik.


 


‘’ya ukhti,macam mana semua? Semua berjalan dengan baik ke?


 


‘’Itulah  mungkin lauk2 ni agak lambat sikit nak siap. Ukhti tahu tak semua ayam kita dah terbang?”


 


“Terbang?”


 


“Ha’ah. Hanya tinggal satu kepak je. Mungkin tertinggal time terbang.”


 


“ Ya Allah, betul ke? Habistu macam mana?”


 


“Itulah pagi2 tadi,kami terpaksa minta wakil dari 3rd hostel untuk ambilkan ayam. Ana tak sangka pulak akan jadi macam ni. Selama ni ana letak,selamat je. Itu yang pagi ni kena defrost dan potong semula ayam2 tu.”


 


Beristighfar panjang ana dalam hati. Rasa nak marah pun ada jugak.  Tapi nak buat maca mana kan. Tak boleh nak tuduh sebarang. Mungkin si fulan terambil atau bak kata sahabat ana,terpinjam. Tapi,Alhamdulillah,Alah permudahkan juga sesi memasak pada hari tu. Bagi menyedapkan hati,ana balas balik pada ukhti ana tu,


 


“Kira baik juga orang tu,siap tinggalkan kepak ayam untuk kita.”


 


Tak lupa juga di waktu mengemas2  tempat program. Ana bertanyakan kepada  sahabat ana,


 


“Hmm,nak tinggalkan karpet ni macam tu je ke? Ke ada orang yang akan angkat?”


 


“Kita gulung je la. Nanti  karang takut orang tu gunting semua tinggalkan tempat untuk imam je.”=)


 


Tergelak ana  dengar. Ada betul jugak. Tapi tula,semua yang berlaku Dia dah tentukan. Dan sesungguhnya manusia hanya merancang,Allah yang menentukan. Mungkin inilah pengajaran terbaik yang kami dapat dari program ni.


 


Sebelum  mengakhiri post ana untuk kali ni,suka ana kongsikan ayat cinta ana pada kalian.


 


“Wahai  jiwa yang tenang! Kembalilah kepada Tuhanmu dengan hati yang redha dan diredhaiNya. Maka masuklah ke dalam golongan hamba2ku,dan masuklah ke dalam syurgaKu.”


                                                                                                                        89:27-30


 


 


 


 p10110891


#bagi sesiapa yang mendapat ayat cinta ini,sila rujuk semula kerana kesilapan ketika menulis membuatkan ana x perasan ana tertinggal satu ayat. Harap maaf atas kejahilan ini.


 


 


 


 


 


 


 


 

Selasa, 17 Februari 2009

An Invitation for My Dearest Sisters =)

Salam wrt, to all muslimahs (ONLY MUSLIMAHS) ...

Due to the confusion, I would like to explain more about this program that we're having this Sunday, insyaAllah.

First and foremost, it is not a tajwid class... (haha, sorry if I've conveyed the wrong message...)

Secondly, this program is about how to interact with Kalam Allah in the correct way. Many people nowadays no doubt have the ability to recite the Quran. But why with each recitation, the Quran does not affect our lives? Why does it fail to touch our hearts like it did Rasulullah's and his companions'? For example, a Muslim can read the Quran very well, Masha'Allah but the Quran does not affect his everyday life at all... He continues committing sins which in the Quran has forbidden us to.

Have you ever thought why such a thing happens?

So, this is why we held this program. To find the real cause why this is happening and insyaAllah improve ourselves and others as well.

So, come... and insyaAllah we will together "islah" ourselves.

Any further enquiries can be directed to us...

invitation

invitation

Rabu, 11 Februari 2009

Jaulah syitawiyah 09







Jalan Juang - Izzatul Islam
Jaulah syitawiyah 09 di Berlin,

Lagu semangat di atas merupakan lagu tema jaulah kali ini.

Manisnya kenangan ini. Kami sama-sama berhijrah dengan niat yang satu. Berhijrah dari Russia ke Berlin pada musim winter ini. Mencari sesuatu yang bermanfaat agar hati-hati kami sentiasa terisi, agar ruh-ruh kami juga sentiasa membara dan bercahaya dengan redhaNya. Kami ke sana bukan sekadar makan angin, namun sambil mengaut ilmu Allah yang akan diguna pakai dan akan diseret ke mana jua kami berada.

Alhamdulillah...Alhamdulillah....Alhamdulillah. Tak ternilai nikmat yang maha besar ini..




[caption id="attachment_251" align="alignright" width="134" caption="masjid Bilal"]masjid Bilal[/caption]

Di masjid Palestin kami berkumpul. Saudara-saudara kami dari France, Republic Czech, Ireland dan German juga turut serta berpadu tenaga di sini. Mendengar dan melihat dari mata hati sambil berfikir dengan akal yang rasional. Suka-duka kami berkongsi bersama. Mungkin di masjid ini ianya tidak begitu selesa seperti katil-katil empuk di mana jua hotel. Namun, inilah pengorbanan cinta kami yang tak seberapa yang kami ingin buktikan. Ianya takkan meluruhkan semangat kami untuk terus berjuang.

Ukhuwah
"Wahai manusia, sesungguhnya Kami menjadikan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan, kemudian Kami jadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku agar kamu saling mengenal. Sungguh yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertaqwa. Sungguh Allah maha mengetahui."(Surah Al Hujurat:13)

Ape itu ukhuwah?

Ukhuwah itu satu ikatan persaudaraan sesama mukmin. Jalinan dari hati ke hati yang mana sayang kita kepada seseorang sahabat hanya kerana kita ingin masuk ke syurga bersamanya. Ianya adalah persaudaraan yang terbina kerana Allah dan merupakan tali iman yang paling kuat.

Di jaulah ini bukan ukhuwah antara kami sahaja terbina, malah ikatan saudara sesama rakyat Palestin juga dapat dieratkan. Oh, sungguh manis pertemuan ini hingga tak mampu diungkapkan di sini. Untuk pengetahuan antunna semua mereka jugalah yang menyediakan makanan yang begitu lazat buat kami. Syukran!!!

Ingin saye kongsikan bersama cara-cara untuk mendapatkan ukhuwah Islamiah


  • Ucapkan sayang kita kepada orang itu.

  • Mendoakan tanpa diketahuinya

  • Ceriakan muka tiap kali bertemu

  • Bersalaman ketika berjumpa

  • Ziarah

  • Ucapkan tahniah ketika mereka berjaya

  • Prihatin terhadap masalah-masalah dan keperluan saudara

  • Laksanakan hak-hak ukhuwah~ (Jika berjumpa berikan salam, jika dijemput maka perkenankanlah, jika meminta nasihat maka nasihatilah, jika ia bersin dan memuji Allah maka doakanlah, jika ia sakit maka ziarahlah, dan jika ia mati maka hantarlah jenazahnya)

  • Memberi hadiah



"Ukhuwah itu bukan terletak pada pertemuan, bukan pada manisnya ucapan di bibir. Tetapi pada ingatan seseorang terhadap saudara di dalam doanya." (Imam Ghazali)





[caption id="attachment_252" align="alignleft" width="300" caption="sisters"]sisters[/caption]

[caption id="attachment_253" align="alignleft" width="348" caption="brothers"]brothers[/caption]









Jaulah ini bermula dari 31 Januari 2009 dan berakhir pada malam 5 Feb 2009. Sepanjang 6 hari ini terlalu banyak yang kami dapat. Berat rasa hati untuk meninggalkan Berlin ketika itu. Namun kami gagahi jua kerana bertemu kami kerana Allah dan berpisah jua kerana Allah. Perpisahan inilah merupakan titik mula kami untuk menjadi penolong-penolong Allah di mana jua kami berada. Insya Allah.


Ayuh beri ruang....rapatkan barisan!!!!!


Isnin, 9 Februari 2009

GOD:Does it exist?


At an educational institution: Professing to be wise, they became fools .... "LET ME EXPLAIN THE problem science has with God."


The atheist professor of philosophy pauses before his class and then asks one of his new students to stand. "You're a Muslim, aren't you, son?"

"Yes, sir."

"So you believe in God?"

"Absolutely."

"Is God good?"

"Sure! God's good."

"Is God all-powerful? Can God do anything?"

"Yes."

The professor grins knowingly and considers for a moment.

"Here's one for you. Let's say there's a sick person over here and you can cure him. You can do it. Would you help them? Would you try?"

"Yes sir, I would."

"So you're good...!"

"I wouldn't say that."

"Why not say that? You would help a sick and maimed person if you could in fact most of us would if we could... God doesn't."

[No answer]

"He doesn't, does he? My brother was a Muslim who died of cancer even though he prayed to God to heal him. How is this God good? Hmmm? Can you answer that one?"

[No answer]

The elderly man is sympathetic. "No, you can't, can you?" He takes a sip of water from a glass on his desk to give the student time to relax. In philosophy, you have to go easy with the new ones. Let's start again, young fella."

"Is God good?"

"Er... Yes."

"Is Satan good?"

"No."

"Where does Satan come from?" The student falters.

"From... God..."

"That's right. God made Satan, didn't he?" The elderly man runs his bony fingers through his thinning hair and turns to the smirking, student audience.

"I think we're going to have a lot of fun this semester, ladies and gentlemen."

He turns back to the Muslim. "Tell me, son. Is there evil in this world?"

"Yes, sir."

"Evil's everywhere, isn't it? Did God make everything?"

"Yes."

"Who created evil?"

[No answer]

"Is there sickness in this world? Immorality? Hatred? Ugliness? All the terrible things - do they exist in this world?"

The student squirms on his feet. "Yes."

"Who created them? "

[No answer]

The professor suddenly shouts at his student.

"WHO CREATED THEM? TELL ME, PLEASE!"

The professor closes in for the kill and climbs into the Muslim's face. In a still small voice: "God created all evil, didn't He, son?"

[No answer] The student tries to hold the steady, experienced gaze and fails. Suddenly the lecturer breaks away to pace the front of the classroom like an aging panther. The class is mesmerised.

"Tell me," he continues,"How is it that this God is good if He created all evil throughout all time?" The professor swishes his arms around to encompass the wickedness of the world. "All the hatred, the brutality, all the pain, all the torture, all the death and ugliness and all the suffering created by this good God is all over the world, isn't it, young man?"

[No answer]

"Don't you see it all over the place? Huh?"

Pause.

"Don't you?"

The professor leans into the student's face again and whispers, Is God good?"

[No answer]

"Do you believe in God, son?"

The student's voice betrays him and cracks.

"Yes, professor. I do." The old man shakes his head sadly. "Science says you have five senses you use to identify and observe the world around you. You have never seen God, Have you?

"No, sir. I've never seen Him."

"Then tell us if you've ever heard your God?"

"No, sir. I have not."

"Have you ever felt your God, tasted your God or smelt your God... in fact, do you have any sensory perception of your God whatsoever?"

[No answer]

"Answer me, please."

"No, sir, I'm afraid I haven't."

"You're AFRAID... you haven't?"

"No, sir."

"Yet you still believe in him?"

"... yes..."

"That takes FAITH!" The professor smiles sagely at the underling. According to the rules of empirical, testable, demonstrable protocol, science says your God doesn't exist. What do you say to that, son? Where is your God now?"

[The student doesn't answer]

"Sit down, please." The Muslim sits... Defeated.

Another Muslim raises his hand. "Professor, may I address theclass?"

The professor turns and smiles. "Ah, another Muslim in the vanguard! Come, come, young man. Speak some proper wisdom to the gathering."

The Muslim looks around the room. "Some interesting points you are making, sir. Now I've got a question for you.

"Is there such thing as heat?"

Yes, the professor replies. "There's heat."

"Is there such a thing as cold?"

"Yes, son, there's cold too."

"No, sir, there isn't."

The professor's grin freezes. The room suddenly goes very cold. The second Muslim continues. You can have lots of heat, even more heat, super-heat, mega-heat, white heat, a little heat or no heat but we don't have anything called 'cold'.We can hit 458 degrees below zero, which is no heat, but we can't go any further after that. There is no such thing as cold, otherwise we would be able to go colder than
458 - - You see, sir, cold is only a word we use to describe the absence of heat. We cannot measure cold.

"Heat we can measure in thermal units because heat is energy. Cold is not the opposite of heat, sir, just the absence of it."

Silence. A pin drops somewhere in the classroom.

"Is there such a thing as darkness, professor?"

"That's a dumb question, son. What is night if it isn't darkness? What are you getting at...?

"So you say there is such a thing as darkness?"

"Yes..."

"You're wrong again, sir. Darkness is not something, it is the absence of something. You can have low light, normal light, bright light, flashing light but if you have no light constantly you have nothing and it's called darkness, isn't it? That's the meaning we use to define the word. In reality, Darkness isn't. If it were, you would be able to make darkness darker and give me a jar of it. Can you... give me a jar of darker darkness, professor?" Despite himself, the professor smiles at the young effrontery before him. This will indeed be a good semester.

"Would you mind telling us what your point is, young man?"

"Yes, professor. My point is, your philosophical premise is flawed to start with and so your conclusion must be in error...."

"The professor goes toxic. "Flawed...? How dare you...!"

"Sir, may I explain what I mean?"

The class is all ears.

"Explain... oh, explain..." The professor makes an admirable effort to regain control. Suddenly he is affability itself. He waves his hand to silence the class, for the student to continue.

"You are working on the premise of duality," the Muslim explains. That for example there is life and then there's death; a good God and a bad God. You are viewing the concept of God as something finite, something we can measure. Sir, science cannot even explain a thought. It uses electricity and magnetism but has never seen, much less fully understood them. To view death as the opposite of life is to be ignorant of the fact that death cannot exist as a substantive thing.

"Death is not the opposite of life, merely the absence of it." The young man holds up a newspaper he takes from the desk of a neighbour who has been reading it.

"Here is one of the most disgusting tabloids this country hosts, professor. Is there such a thing as immorality?"

"Of course there is, now look..."

"Wrong again, sir. You see, immorality is merely the absence of morality. Is there such thing as injustice? No."

Injustice is the absence of justice. Is there such a thing as evil?" The Muslim pauses.

"Isn't evil the absence of good?"

The professor's face has turned an alarming colour. He is so angry he is temporarily speechless.

The Muslim continues. "If there is evil in the world, professor, and we all agree there is, then God, if he exists, must be accomplishing a work through the agency of evil. What is that work, God is accomplishing? Islam tells us it is to see if each one of us will, choose good over evil."

The professor bridles. "As a philosophical scientist, I don't vie this matter as having anything to do with any choice; as a realist, I absolutely do not recognize the concept of God or any other theological factor as being part of the world equation because God is not observable."

"I would have thought that the absence of God's moral code in this world is probably one of the most observable phenomena going," the Muslim replies.

"Newspapers make billions of dollars reporting it every week! Tell me, professor. Do you teach your students that they evolvedfrom a monkey?"

"If you are referring to the natural evolutionary process, youngman, yes, of course I do."

"Have you ever observed evolution with your own eyes, sir?"

The professor makes a sucking sound with his teeth and gives his student a silent, stony stare.

"Professor. Since no-one has ever observed the process of evolution at work and cannot even prove that this process is an on-going endeavour, are you not teaching your opinion, sir? Are you now not a scientist, but a priest?"

"I will overlook your impudence in the light of our philosophical discussion. Now, have you quite finished?" the professor hisses.

"So you don't accept God's moral code to do what is righteous?"

"I believe in what is - that's science!"

"Ahh! SCIENCE!" the student's face splits into a grin.

"Sir, you rightly state that science is the study of observed phenomena. Science too is a premise which is flawed..."

"SCIENCE IS FLAWED..?" the professor splutters. The class is in uproar. The Muslim remains standing until the commotion has subsided.

"To continue the point you were making earlier to the other student, may I give you an example of what I mean?"

The professor wisely keeps silent. The Muslim looks around the room.

"Is there anyone in the class who has ever seen air, Oxygen, molecules, atoms, the professor's brain?"

The class breaks out in laughter. The Muslim points towards his elderly, crumbling tutor.

Is there anyone here who has ever heard the professor's brain... felt the professor's brain, touched or smelt the professor's brain?"

No one appears to have done so. The Muslim shakes his head sadly. It appears no-one here has had any sensory perception of the professor's brain whatsoever. Well, according to the rules of empirical, stable, demonstrable protocol, science, I DECLARE that the professor has no brain."

NOW IT IS EVERYONE'S CHANCE TO LEARN MORE ABOUT ISLAM, ABOUT GOD, ABOUT THE PURPOSE OF Existence, creation & life, ABOUT THE PROPHETS OF GOD, & ABOUT HIS HOLY BOOKS, ESPECIALLY THE HOLY QUR'AAN. THEN IT IS YOUR CHOICE TO BECOME A MUSLIM, OR NOT. ALLAAH SAYS IN THE HOLY: "THERE IS NO COMPULSION IN RELIGION "

There is no compulsion in religion; truly the right way has become clearly distinct from error; And he who rejects false deities and believes in Allaah(The God) has grasped a firm handhold which will never break. and Allaah is ALL-Hearing, All-Knowing(256)

Allah is the Protecting Guardian of those who believe. He brings them out of the darkness into the light; As for those who disbelieve, their guardians are false deities. They bring them out of light into darkness...(257)" AL-QUR'AAN (CHAPTER # 2, VERSES #
256-257)


The Muslim sits... Because that is what a chair is for!!!

Tanda-tanda Besar Kiamat

1) Keluarnya asap berkepul-kepul (kabus)


2) Keluarnya Al-Masikh ad-dajjal dari arah pertengahan antara Laut Syam dan Laut Yaman di Timur Tengah, mengaku sebagai Nabi Isa a.s, tuhan orang Kristian dan Yahudi.


Dari Umar r.a. bahwa Rasulullah s.a.w bersabda: Tidak seorang Nabi pun yang diutus Allah, melainkan ia memperingatkan kepada umatnya perihal kedatangan Dajjal. Dajjal itu akan keluar di kalangan kamu semua, maka tidak samar lagi bagimu semua bahawa Tuhan itu tidaklah bermata sebelah. Sesungguhnya Dajjal itu bermata sebelah, yang kanan tidak dapat digunakan untuk melihat, seolah-olah matanya itu macam biji yang menonjol;- (Riwayat Bukhari dan Muslim).


Dajjal pembawa fitnah;-Rasulullah s.a.w bersabda: "Sejak Allah swt menciptakan Nabi Adam a.s. sampai ke hari kiamat nanti, tidak ada satu ujian pun yang lebih dahsyat daripada Dajjal";- (Riwayat Muslim).


Ujian dan tanggungjawab setiap orang Islam melawan Dajjal;-Rasulullah s.a.w bersabda: "Sesungguhnya tidak ada satu fitnah (ujian) Allah di atas muka bumi ini sejak ia menciptakan zuriat Nabi Adam a.s (sampai ke hari kiamat nanti) yang lebih dahsyat daripada fitnah Dajjal. Dan sesungguhnya Allah tidak mengutus seorang nabi jugapun kecuali nabi itu mengingat kaumnya akan ujian Dajjal ini: Aku (Rasulullah s.a.w) adalah Nabi yang terakhir sekali dan kamu adalah juga ummat yang terakhir sekali, maka sudah pasti Dajjal itu akan keluar pada zaman kamu (kerana telah terbukti sampai ke zaman Nabi s.a.w., bahawa Dajjal belum lagi keluar). Seandainya ia keluar dan aku masih berada di kalangan kamu, maka akulah yang akan berhujjah dengannya bagi mewakili setiap orang Islam. Dan jika ia keluar selepas kematianku, maka kamu semua bertanggung jawab untuk melawannya dan Allah swt sebagai penolong kamu sekalian";- (Riwayat Ibnu Majah).


 Dajjal membawa api dan air;- Rasulullah s.a.w bersabda: Sesungguhnya Dajjal itu akan keluar dengan membawa air dan api, maka apa yang dilihat manusia sebagai air, sebenarnya itu adalah api yang membakar. Sedang apa yang dilihat oleh manusia sebagai api, maka itu sebenarnya adalah air yang dingin dan tawar. Maka barangsiapa yang menjumpainya, hendaklah menjatuhkan dirinya ke dalam apa yang dilihatnya sebagai api, kerana ia sesungguhnya adalah air tawar yang nyaman;- (Riwayat Bukhari dan Muslim)


Dajjal membawa sesuatu yang menyerupai syurga dan neraka;- Dari Abu Hurairah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Sukakah aku ceritakan kepadamu tentang Dajjal, yang belum diberitakan oleh Nabi kepada kaumnya. Sungguh Dajjal itu buta mata sebelahnya dan ia akan datang membawa sesuatu yang menyerupai syurga dan neraka, adapun yang dikatakan syurga, maka itu adalah neraka. Dan aku memperingatkan kalian sebagaimana Nabi Nuh a.s memperingatkan kepada kaumnya.


Dajjal membawa sungai air dan sungai api;- Dari Abu Hudzaifah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Sesungguhnya aku lebih tahu dari Dajjal itu sendiri tentang apa padanya. Dia mempunyai dua 2 sungai mengalir. Yang satu menurut pandangan mata adalah air yang putih bersih. Yang satu lagi menurut mata adalah api yang bergelojak. Sebab itu, kalau seorang mendapatinya hendaklah mendekati sungai yang kelihatan api. Hendaklah dipejamkan matanya, kemudian ditekurkan kepalanya, lalu diminumnya air sungai itu kerana itu adalah air sungai yang sejuk. Sesungguhnya Dajjal itu buta matanya sebelah ditutupi oleh daging yang tebal, tertulis antara dua 2 matanya (di keningnya) perkataan kafir yang dapat dibaca oleh setiap orang beriman pandai baca atau tidak;- (Riwayat Muslim).


Dajjal membunuh orang kemudian menghidupkan kembali;- Dari Abu Said Al-Khudri r.a. berkata: Pada suatu hari Rasulullah menceritakan kepada kami tentang Dajjal dalam suatu cerita panjang, di antaranya baginda menceritakan: "Dajjal itu nanti akan datang, dan dia terhalang untuk melalui jalan-jalan masuk kota Madinah. Maka sampailah Dajjal itu ke sebuah kebun dekat pinggir kota Madinah. Di hari itu datang kepadanya seorang laki-laki yang sangat lawa. Laki-laki tadi mengucapkan: "Saya mengakui bahawa engkau ini adalah Dajjal yang telah diceritakan oleh Rasulullah s.a.w. kepada kami." Dajjal berkata (kepada pengikutnya): "Bagaimana pendapat kamu, kalau saya membunuh orang ini, kemudian saya hidupkan kembali, adakah kamu masih ragu-ragu tentang kekuasaanku?" Pengikut-pengikutnya menjawab: "Tidak ragu-ragu!" Lalu Dajjal membunuh laki-laki tadi, kemudian dihidupkan kembali. Ketika laki-laki itu telah hidup kembali, dia mengucapkan (kepada Dajjal): "Demi Allah! Sekarang, saya lebih mengerti tentang engkau (seorang Dajjal)" Lalu Dajjal hendak membunuhnya sekali lagi, tapi Dajjal tidak sanggup melaksanakannya.";- (Riwayat Muslim).


Dajjal tidak masuk kota Makkah dan Madinah;- Dari Anas bin Malik r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: Setiap negeri (nanti) akan diinjak oleh Dajjal, selain Makkah dan Madinah. Setiap jalan masuk ke sana, dikawal oleh malaikat yang berbaris. Maka sampailah Dajjal ke sebuah kebun (di pinggir Madinah) dan terjadilah tiga 3 kali gempa bumi di Madinah, lalu setiap orang kafir dan munafik keluar dari Madinah menuju kebun tadi;- (Riwayat Muslim).


3) Turunnya Nabiyullah Isa Alaihissalam dari langit sebagai bukti besar Islam bahawa Dajjal adalah bukannya Nabi Isa a.s yang diwar-warkan sebagai tuhan  Kristian dan Yahudi.


Turunnya Nabi Isa dari langit;- Abu Hurairah r.a berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda; Demi Dzat yang jiwaku ada dalam kekuasaan-Nya, sungguh amat dekat saat turunnya Isa putera Maryam di kalangan kamu sekelian yang bertindak sebagai seorang hakim yang adil. Ia akan memecahkan semua kayu palang salib, membunuh babi, melenyapkan pajak gadai dan pada waktu itu harta melimpah ruah, sehingga seorang pun tidak ada yang mahu menerima harta yang disedekahkan kepadanya, hingga satu sujud lebih baik daripada dunia dan apa yang ada di dalamnya. Kemudian Abu Hurairah berkata: " Bacalah, jikalau engkau semua menginginkannya:" Tidak ada sama sekali dari golongan ahli kitab, melainkan mereka hanya beriman kepada Isa a.s. sebelum mangkat baginda iaitu setelah turunnya ke bumi dan sebelum tibanya hari kiamat. Pada hari kiamat Isa a.s. akan menjadi saksi atas semua orang.


Isa a.s. mencari Dajjal;-Dari Urwah bin Mas'ud Ats Tsaqafi berkata: "Saya mendengar Abdullah bin Amr berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Dajjal itu akan keluar dari kalangan umatku, kemudian ia menetap selama empat puluh 40. Yang meriwayatkan hadis ini berkata: "Saya tidak mengerti apakah yang dimaksudkan itu empat puluh 40 hari atau empat puluh 40 bulan atau empat puluh 40 tahun..." Selanjutnya baginda bersabda: "Allah mengutus Isa mencari Dajjal itu kemudian membinasakannya. Setelah itu manusia menetap seperti biasa selama tujuh 7 tahun. Tidak ada pertengkaran antara dua 2 orang (pada waktu itu umat manusia hidup dalam kerukunan;- (Riwayat Muslim).


4) Keluarnya bangsa Yakjuj Makjuj ( anak zina dari bangsa di tanah Arab dahulu kala) meratap segala makanan dan minuman yang ada sehinggakan tiada saki-bakinya  untuk Kaum Muslimin yang kelaparan dan kehausan. Mereka mengikuti Nabi Isa a.s. ke suatu tempat tinggi dan hanya berbekalkan zikrullah sebagai penahan dahaga dan lapar.


Keluarnya Yakjuj Makjuj;- Telah diriwayatkan bahawa: Rasulullah s.a.w telah masuk ke rumahnya dengan rasa ketakutan sambil berkata: Laa Ilaaha Ilallah, celaka bangsa Arab dari bahaya yang telah dekat, ini telah terbuka dinding Yakjuj Makjuj sebesar ini sambil melingkarkan jari telunjuk dengan ibu jarinya. Zainab bin Jahsy bertanya: "Ya Rasulullah! Dapatkah kami binasa, padahal masih ramai solihin di antara kami?" Jawab Rasulullah s.a.w.: "Ya,! Jika telah banyak pelacuran.";- (Riwayat Muttafaq Alaihi).


Tirai dinding Yakjuj Makjuj;- Abu Hurairah r.a. berkata bahawa Nabi s.a.w bersabda: Allah telah membuka tirai dinding Yakjuj Makjuj sebesar ini; sambil melengkungkan jari telunjuk dengan ibu jari;- (Riwayat Muttafaq Alaihi).


5) Hancurnya Dajjal dibunuh Nabi Isa a.s dengan tongkat Nabi Musa a.s.


6) Hancurnya Yakjuj Makjuj dan seluruh isi alam menjadi sesuci salju dan melimpah ruahnya sumber rezeki dan kekayaan berkat doa Nabi Isa a.s.


Rasulullah s.a.w bersabda:- Maka hilanglah segala permusuhan dan benci-membenci di kalangan manusia dan hilanglah segala bisa dari keseluruhan binatang yang berbisa sehingga anak kecil memasukkan tangannya ke dalam mulut ular, maka ular itu tidak menggigitnya dan tidak ada apa-apa kemudharatan. Anak kecil boleh bermain dengan singa, bahkan serigala yang biasanya menerkam kambing akan terbalik seakan-akan menjadi anjing pemeliharanya. Bumi ini akan dipenuhi dengan keamanan dan keselamatan seperti mana dipenuhkan sesuatu bejana dengan air. Pendapat akan menjadi satu ( tiada perselisihan antara ummat) dan tidak disembah kecuali hanya Allah dan segala peperangan akan berhenti dan orang Quraisy kembali memegang tampuk kepimpinan (maksudnya kepimpinan Imam Mahdi);- (Riwayat Ibnu Majjah).


Nabi Isa a.s berkahwin dengan perempuan kabilah "Judzam";-Seperti sabdaan Rasulullah s.a.w. ketika Baginda menerima delegasi (perwakilan) yang datang dari kabilah Judzam (dahulukala):- "Selamat datang, kaum Nabi Syuaib bapa mertua Nabi Musa. Sesungguhnya tidak berlaku kiamat sehingga Nabi Isa a.s. akan berkahwin dengan keturunan kamu dan akan lahirlah anaknya pula";- (H.Riwayat Al Muqrizy di dalam kitabnya Al Khuthath).


Dari Nawas bin Sam'an r.a. (dalam hadis yang panjang) berkata bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda;- Maka dikirim oleh Allah, Yakjuj dan Makjuj; mereka mengalir dari tempat-tempat yang tinggi. Barisan depan mereka melalui Danau Tibris, lalu mereka minum air Danau itu sampai habis. Kemudian barisan terakhir lewat pula di situ, lalu mereka mengusapkan: "Sesungguhnya di sini dahulunya pernah ada air." Nabi Isa a.s. dan rakan-rakannya terkepung (sehingga kekurangan makanan), sehingga seekor kepala sapi (kepala lembu) bagi masing-masing mereka, lebih berharga dari seratus dinar bagi setiap orang di hari itu. Maka berdoalah Isa a.s. dan rakan-rakannya (supaya Yakjuj Makjuj binasa). Lalu Allah mengirim penyakit hidung pada kenderaan Yakjuj Makjuj, maka di waktu pagi mereka semuanya mati sekaligus. Kemudian Nabi Isa a.s. dan rakan-rakannya turun dari bukit dan didapatinya tidak ada tempat terluang agak sejengkal, melainkan telah dipenuhi oleh bangkai busuk. Maka berdoalah Nabi Isa dan rakan-rakannya kepada Allah (supaya bangkai busuk itu hilang), lalu dikirim oleh Allah burung-burung sebesar unta, maka diangkutnya bangkai-bangkai itu dan dilemparkannya ke tempat yang dikehendaki Allah, kemudian Allah menurunkan hujan lebat, yang tidak membiarkan sebuah rumah pun yang dibuat dari tanah liat dan bulu unta, lalu dibasuhnya bumi sehingga bersih seperti kaca. Sesudah itu kepada bumi diperintahkan; "Tumbuhkanlah buah-buahanmu dan kembalikanlah keberkatanmu!" Maka di masa itu, sekumpulan orang kenyang kerana memakan buah delima dan mereka dapat berteduh di bawah kulitnya. Rezeki mereka beroleh berkat, sehingga seekor unta bunting cukup mengenyangkan sekumpulan orang. Dalam keadaan demikian, ketika itu Allah mengirimkan angin melalui ketiak mereka. Maka diambilnya nyawa setiap orang beriman dan setiap orang Islam. Maka tinggallah orang-orang jahat, bercampur-baur seperti himar (tidak tahu malu). Maka di kala itu terjadilah kiamat;- (Riwayat Muslim).


7) Wafatnya Nabi Isa a.s. di bumi Madinah.


8) Adanya binatang ajaib muncul  di waktu dhuha sehingga dapat berbicara dengan manusia ( lihat Al-Quran surah An-Nahl, ayat 82).


Sesungguhnya tanda-tanda pertama dekatnya hari kiamat yang keluar ialah terbitnya matahari dari arah barat (Maghrib) dan keluarnya satu macam binatang ajaib di hadapan orang ramai di waktu siang hari. Masa antara keduanya keluar lebih dahulu sebelum satunya, maka yang satunya akan menyusul dalam waktu yang dekat sekali sesudah terjadinya yang pertama itu;- (Riwayat Muslim dan Abu Daud).


Binatang yang keluar sebagai tanda akan datangnya hari kiamat itu akan keluar dengan membawa cincin Nabi Sulaiman dan tongkat Nabi Musa a.s. Kemudian memberi semacam tanda kepada wajah orang mukmin dengan menggunakan tongkatnya dan memberi cap pada hidung orang kafir, dengan menggunakan cincin itu, sehingga orang-orang yang ahli tamu sama berkumpul yang satu mengucapkan "Hai orang mukmin!" dan yang lain mengucapkan "Hai orang kafir!";- (Riwayat Ahmad, Tirmidzi, Ibnu Majah dan Hakim).


Binatang itu akan keluar lalu memberi tanda kepada orang ramai di hidungnya. Orang-orang berkumpul ramai sekali, sehingga ada orang yang membeli binatang tersebut, pembeli itu ditanya: "Dari siapakah engkau membeli binatang ini?" Jawabnya: "Dari orang yang dicap hidungnya.";- (Riwayat Ahmad)


9) Wafatnya kaum Muslimin dari tiupan angin nyaman yang mencabut nyawa dari ketiak-ketiak mereka.


Daripada Abu Hurairah r.a berkata, Rasulullah s.a.w bersabda:- "Sesungguhnya, Allah swt akan mengutus angin (yang lembut) yang datang dari negeri Yaman. Angin itu lebih lembut dari sutera. Ia tidak melalui seseorang yang beriman, walaupun imannya hanya ada sebesar biji sawi kecuali ia akan mematikannya";-( Riwayat Muslim).


10) Lenyapnya Al-Quran dari Mushaf dan hati (Al-Quran diangkat).


11) Seluruh manusia di dunia menjadi KAFIR.


12) Matahari terbit dan muncul dari arah barat.


Tidak akan terjadi Hari Kiamat, sebelum matahari terbit dari tempat terbenamnya (Maghrib dan Barat). Apabila matahari terbit dari tempat terbenamnya, manusia semuanya beriman. Maka di waktu itu, iman seseorang tidak berguna bagi dirinya yang tadinya belum pernah beriman, juga bagi mereka yang belum pernah berbuat baik dalam berimannya;- (Riwayat Muslim).


Rasulullah s.a.w bersabda:- "...Maka yang tinggal lagi hanyalah orang-orang yang jahat. Cepat seperti burung yang terbang (untuk mengerjakan maksiat) dan jahat seperti binatang (pada akhlak mereka). Mereka tidak kenal apa itu kebaikan dan tidak tahu apa itu kemungkaran. Lalu syaitan menggoda mereka sambil berkata: "Kamu tidak mahu ikut akukah?". Mereka menjawab: "Apa yang hendak engkau suruh?". Lalu syaitan menyuruh mereka menyembah berhala.";- (H.Riwayat Muslim).


Tidak ada manusia yang menyebut nama Allah lagi di muka bumi;- Daripada Anas bin Malik r.a bahawasanya Rasulullah s.a.w. bersabda:- "Tidak akan terjadi kiamat sehingga tidak dikatakan "'Allah, Allah"' di atas muka bumi ini";- (H.Riwayat Muslim).


13) Rosaknya Kaabah ( Baitullah ).


Rosaknya Kaabah;- Abu Hurairah r.a berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan ada orang yang merobohkan Kaabah, iaitu seorang yang berbetis kecil dari Habsyah (Ethiopia);- (Riwayat Muttafaq Alaih).


Kaabah diruntuhkan;-Daripada Abdullah bin Amr bin 'Ash r.a. berkata, Rasulullah s.a.w. bersabda:- "Ka'bah akan dihancurkan oleh orang Habsyah (orang Negro) yang bergelar "Dzus-Suwaiqatain" (orang yang kedua-dua betisnya kecil) dan ia akan merampas segala perhiasannya dan melucutkan kelambunya. Seakan-akan terbayang di hadapan mataku keadaan seorang yang botak, bengkok sedikit sendi-sendinya. Ia memukul-mukul Ka'bah itu dengan besi penyeduk dan kapak besar";- (H. Riwayat Imam Ahmad).


Sabda Rasulullah s.a.w;- "Tidak terjadi kiamat itu sehingga orang bersetubuh (berzina) seperti bersetubuh keldai di tengah jalan."- (H.Riwayat Ibnu Hibban).


Jika keadaan sudah jadi seperti ini, maka kiamat bila-bila masa boleh terjadi. Kiamat diumpamakan seperti:- "Seperti perempuan yang mengandung yang sudah cukup bulan. Keluarganya tidak tahu bilakah mereka akan dikejutkan dengan kelahiran anak yang dalam kandungannya, sama ada di waktu malam atau siang";- (H.Riwayat Ahmad).


Gempa bumi di timur, barat dan semenanjung Arab;- Sebelum berlaku kehancuran alam ini, maka akan terjadi dahulu gempa bumi yang besar dan amat dahsyat menenggelamkan manusia ke dalam perut bumi. Gempa yang seumpama itu akan berlaku di Timur, kemudian di Barat dan yang ketiga di Semenanjung Arab.


.14) Keluarnya api dari Hijjaz menghalau manusia pada masa itu dari arah selatan Yaman ke utara negeri Syam, maka ketika itu Malaikat Israfil akan meniup sangkala tiupan yang pertama yang mengejutkan ke semua orang yang berada pada hari itu. Di hari itu orang ramai tidak sempat berurusan dengan urusan masing-masing. Mereka akan dikejutkan dengan tiupan yang keras sekali, yang menderu di udara sehingga semua orang akan tercengang ke langit mendengarkannya.

duduk sebentar dan beriman sejenak..

Bismillahirahmanirrahim,,
Ya Allah,Alhamdulillah akhirnya kekeringan di jiwa ini xberpanjangn tatkala menghadiri jaulah sitawiyah di Berlin baru2 ini,,1001 kenangan manis tersemat dikalbu ingin dikongsi bersama saudara seislamku,,,
Firman Allah,
“BELUM TIBAKAH WAKTUNYA BAGI ORANG2 YANG BERIMAN, UNTUK SECARA KHUSYUK MENGINGATI ALLAH DAN MEMATUHI KEBENARAN YANG TELAH DI WAHYUKAN KEPADA MEREKA ,DAN JANGANLAH MEREKA BERLAKU SEPERTI ORANG2 YANG TELAH MENERIMA KITAB SEBELUM ITU,KEMUDIAN MEREKA MELALUI MASA YANG PANJANG SEHINGGA HATI MEREKA MENJADI KERAS. DAN BANYAK DIANTARA MEREKA MENJADI ORANG2 YANG FASIK”(57:16)
Ayat ni sememangnya menusuk ke kalbu bagi orang2 yang masih asyik dalam kelenaan.Solat,puasa sunat,ngaji…terasa segalanya telah dilakukan,namun sedar xsedar kte telah mencampurkan yang hak dan yang batil,kite nengaji tapi mulut masih mengungkap kata keji(mengumpat),mata kita sering berair mengenang dosa yang menimbun tinggi namun sering kali melihat perbuatan keji(maksiat)..sedarlah wahai teman,,hati ibarat ikan yang tidak mampu hidup tanpa air,begitulah hati manusia yang x mampu survive tanpa petunjuk dari Allah,,
Firman Allah,
“DAN ORANG2 YANG BERJIHAD UNTUK MENCARI KEREDHAAN KAMI, KAMI AKAN TUNJUKKAN KEPADA MEREKA JALAN2 KAMI. DAN SUNGGUH ALLAH BERSERTA ORANG2 YANG BERBUAT BAIK”(29:69)
Hidayah xdatang bergolek, namun ia sering kali mengetuk pintu hati manusia, terpulanglah untuk kte mendiamkan diri sahaja atau bangun dan membuka pintu ini,segalanya memerlukan effort dan pengorbanan,sememangnya nikmatMu ya Allah didunia ini amat mengasyikkan namun aku tidak mahu lalai,kelak tertinggal dalam perlayaran ke jannahtul firdausiMu,maka beruntunglah bagi mereka yang menjual hidupnya pada Allah,yang meletakkan dunia hany ditangan dan tidak di hatinya,,
Sekadar renungan,,untuk setiap hamba Allah yang lahirnya bergelar dae,,
Pernah x teman merasa,,
Tatkala duduk sendirian,
Dada terasa sempit,dunia terasa kecil,
keinginan untuk berseronok dibatasi dengan tanggungjawab yang digalas,
mahu saja lari dari beban, tapi kemana??
masihkah ada jalan lain, mahupun pilihan??



dalam kebingungan pernah x teman terfikir,,
inilah jalan yang dilalui para nabi,sahabat,tabiin,,
inilah 1-1nya jalan untuk ke jannah Allah,,
masakan teman telah tewas dengan bisikan syaitan..
teguhkan pendirianmu wahai teman,,
syurga itu tinggi maharnya...
tidak cukup sekadar teman mungucap 2kalimah syahadah,,
tetapi teman perlu juga mununaikan syahadatul haq,,
masakan teman tergamak membiarkan tarbiyah ini terhenti hany dalam dirimu teman,,
jikalau begitu,Islam xmungkin tersebar jika Abu Bakar dahulunya menyembunyikan kebenaran ini..
mungkin aku dan teman tidak bersaudara..
sabarlah,,,sesungguhnye pertolongan Allah itu dekat,,,
buatlah semampu mu teman,jadilah seperti burung pipit, Allah melihat usaha,,dan tidak pada hasil seperti yang sering dilihat oleh manusia,,
ya Allah thabatkan kami dalam jalanMu ini,,


waallahualam,,

Ahad, 8 Februari 2009

kisah seorang budak kecil=)

assalamualaikum..


dengan nama ALLAH yg mengetahui hati-hati ini...


Ada seorang lelaki tua bertemu anak kecil ketika menyusuri sungai. Anak kecil itu sedang berwudhuk sambil menangis. Ketika ditanya, "Nak, mengapa engkau menangis?" Budak itu menjawab, "Wahai datuk, ketika aku membaca Al-Quran aku temukan firman Allah 'Wahai orang-orang beriman, jaglah diri kamu dan ahli keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya dari manusia dan batu..' (At-tahrim:6) Timbullah ketakutanku apabila dilemparkan ke dalam api neraka."


Lelaki tua itu berkata, "Wahai anakku, janganlah engkau takut, engkau tidak akan dicampakkan ke dalam neraka, sebab engkau belum baligh. Engkau belum layak untuk di masukkan ke dalam neraka." Anak kecil itu menjawab, "Engkaukan orang yang berakal, apakah engkau tidak tahu apabila seseorang hendak menyalakan api, ia akan memasukkan kayu bakar yang kecil dulu baru kemudian kayu bakar yang lebih besar.."


Mendengar kata-kata budak itu, menangislah lelaki tua tadi sambil berkata, "Sesungguhnya anak kecil ini lebih ingat kampung akhirat daripada diriku. Dunia telah jauh menyeretku."


(Al Buka Al Mabrur)


ingin ku berkongsi rasa...


DUNIA TELAH JAUH MENGHERETKU.....


terasa bergetar hatiku saat membacanya..terasa seolah aku adalah salah seorang darinya.Kita selalu alpa dan kadang-kadang mmg begitu jauh dari kampung akhirat yg abadi.


"tapi aku kan manusia..biasalah jika terlupa.."


namun...sampai bila?sampai bila kita harus memberi alasan pada diri kita.YA,mmg kita tak akan sempurna..namun kita ada kudrat..masih diberikan waktu dan kesempatan untuk berusaha untuk menyelamatkan diri dari dunia...sebelum masa kita sampai kepenhujungnya..


ingatlah....manusia akhir zaman akan dijangkiti satu penyakit,iaitu penyakit wahan 'ORANG YG MENCINTAI DUNIA DAN TAKUT PADA KEMATIAN...jgn sampai kita di diagnosis mengidapi penyakit yg bisa membuatkan kita kerugian di akhirat sana.MAKA,apa yg harus kita lakukan...?


kita tidak boleh mencintai dunia,jadi adakah perlu untuk membenci dunia.Tetapi,tanpa dunia bagaimana aku hendak mengejar akhirat.Dunia diperlukan untuk kita beramal.MAKa perlukah kita mengseimbangkan dunia dan akhirat..?TiDAK,akhirat adalah abadi..dan dunia adalah sementara.Mana mungkin boleh di setarafkan.


mari kita fikir sejenak


Kita tak boleh mencintai dunia..maka KITA PERLU MEMBENCI DUNIA.Membenci dunia bukan bermaksud kita meletakan dunia jauh-jauh dr hidup kita,namun kita meletakan dunia jauh-jauh dr HATI kita, namun sebagai seorang islam kita harus menguasai dunia.oleh itu,kita perlu mengejar dunia untuk diletakan di gemgaman tangan KITA.mungkin kedengaran agak tidak logik,mana boleh menguasai sesuatu jika kita menbencinya?


......?...?....?


Seperti bermain bola..kita kejar bola bersungguh,dan saat kita mendapatnya,kita perlu menendangnya untuk menjaringkan gol,tanpa mata jaringan kita tak mungkin menang.Begitulah dunia..kita KEJAR dan kita TENDANG,supaya mendapat mata untuk ke akhirat.Kita kejar bukan kerana kita cinta tp kerana misi kita untuk menjadi juara di akhirat.


jom bermain bola...=)


letakkanlah dunia di tangan bukan di HATIMU!


wallahualam..wasalam.