Khamis, 31 Disember 2009

Tahun baru tazkirah kalbu

Dia melalui hidupnya sehari-sehari
Dia bangun dari tidurnya lalu dia ambil wudhunya
Dia pergi ke sekolah menajamah buku menadah telinganya
Dia masak makanannya membasud pinggannya
Dia menghadap mejanya membuat tugasannya
Begitulah berlalunya harinya
Namun dia tidak sedar, dia sehari lebih dekat kepada 'masa'nya

dan berulanglah begitu dan begitu

Dia melalui hidupnya semingu-seminggu
Dia membaca 'manga'nya menononton anime yang ditunggu-tunggu
Dia membuka blog rakaannya menunggu keputusan liga perdana
Dia mengangkat jemurannya menganginkan biliknya
Dia bersiap untuk binaanya dan puas menerima taujih pembinanya
Begitulah berlalunya minggunya
Namun adakah dia sedar, dia seminggu lebih hampir dengan 'masa'nya?

Dan berulanglah begitu dan begitu

Dia melalui hidupnya semester pengajiannya
Alhamdulillah, dia mendapat zacot--zacotnya
Dia sudah menyediakan jawapan untuk ujiannya
Dia sudah beli tiket percutian dan kampung halamannya
Dia beratur untuk peperiksaan dan keluar dengan senyumannya
Begitulah tamat sudah satu semester pengajiannya
Namun masihkah dia alpa, akan masa yang berlalu?

Dan berulanglah begitu dan begitu

Dia melihat kalender, 31 Disember 20XX
Dia tersenyum bermonolog..bertambah dewasa aku..
Lalu dia berfikir..bezakah aku dari tahun yang lalu..
Lalu dia sedih kerana tiada mencapai sesuatu
Rupanya aku hanya meningkat usia..tetapi bagaimana imanku..?
Bagaimana pula amalku, apakah ada yang baru..?
Bagaimana pula hubunganku dengan Yang Maha Satu..?

Dia melihat ke luar tingkap, bunga api letup berlagu
Dia berjalan ke koridor, jiran asyik menjamu
Namun di hatinya, tidak kosong walau tanpa routine2 itu..
Kerana baginya, tahun baru itu menjadi tazkirah kalbu
Bahawa diri perlu memacu, menjadi lebih mapan dan padu
Demi ummah, dan untuk jannah,
dan untuk Rabb yang Satu

Ahad, 20 Disember 2009

take part yok~

assalamualaikum wrt,salam maal hijrah kengkawan sekalian,,

dengan nama Allah yang maha pengasih dan penyayang, yang memegang hati2 ini, yang nikmatnye melimpah ke seluruh penjuru dunia, yang  memberikan ketenteraman kepada hati ini, yang menghilangkan kelaparan tatkala lapar, yang meggembirakan hati tatkala gusar.....//

mengalamun sendirian,,hukhuk "ya Allah rupe2 nyerr turn aku post kat btk,naseb baik g meeting, klu x 4 sure xtau"

hmm tetiba rse mcm ahli tdo pulak dalam btk nie,,persoalannyer boleh ker kte menjadi ahli tdo dalam Islam?? xkan nak jadi penonton jerr kan??abih 2 bekalan ape aku nak tunjuk kat Allah nnt bile org len tunjukkan bekalan2 diorg yang hebat?? kate nak mask syurga, ingt murah kerr syurga ni!!

so, ape nak buat skarang,,teringat pulak kat 1 tajuk usrah ni,,"apa erti aku menganut Islam"

antara isi die yang terpaku kat hati,,

orang yahudi dah atur strategi dari dlu lagi untuk kuasai dunia n mnghapuskan Islam atas dunia nie, walaupun bilangan diorang sikit berbanding orang Islam atas dunia, tapi kesungguhan diorang peh mmg xleh nak sangkal lagi, teringat kate sorang ustaz ni, orang yahudi ni walau kat mne pon diorang berada, diorg sangat aware ngan agama diorg, bahasa hebrew mmg dorg kuasai,kitab diorg mmg diorg balajar,,

orang Islam plak, baca quran xlebih dari tajuid n lagu jer,makne hampeh xtau,so, sebenarnya al-Quran ni nak cakap pasal ape??daripada lebih kurang 600 muka surat alquran klu setakat nak cakap pasal rukun iman or rukun islam jerr xsampai 100 muka surat,,selebihnye? sebenarnye al quran turun sbb nak tunjuk macmmne nak jadi seorg muslim,seorang Islam,

kte kne tau n bare in mind sentiasa, apsal kte hidop, kte hidup untuk Allah kan,so apa2 pasal Islam,klu kte boleh take part,kte take part../cbe tgk balik hakikat penciptaan manusia:

(51:56)-'"Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan mereka beribadah kepadaKu"

dalam ayat ni Allah suruh mengabdikan diri kepadaNya, kte ni hamba jerr,so,jadilah seorang hamba yang bermanfaat kepada Tuannye,,

(51:57)-Aku x mengkehendaki rezeki sedikit pun dari mereka dan Aku tidak mengkehendaki agar mereka memberi makan kepadaKu"

manusia skarang dah disibukkan dengn perkara2 keduniaan,mle2 anak lahir dah pikir nak anta anak kat sekolah mne, blaja pandai2, pastu dapat kerja yang elok2,,supaya hidup senang,,tu jerr,,hmm macm dalam hadith kotak rasulullah, manusia cme berangan2 perkara2 dalam kotak(kehidupan dunia) kte lpe perkara yang berada di luar kotak (akhirat), padahal Allah dah cakap,yang kte kerja bagus2, dapat duit banyk2, nak bagi sape?Allah x pandang pon, sume2 tu pon Allah yang bagi,,

so, kengkawan sekalian bukan kte xleh kumpul duit or nak kerja tinggi2, cme jangan lpe hakikat penciptaan manusia tu sendiri,bil org yahudi dalm dunia nie lebih kurang 30 juta jerr tapi umat Islam ada lebih kurang 1 billion, tapi diorang boleh kuasai dunia, ekonomi n even pemikiran kte,sebb ape, pacimu,y?

~~SEBB DIORANG HIDUP TUK AGAMA DIORANG N ORG ISLAM X HIDUP TUK AGAMA ISLAM~~

maka bersoraklah orang yahudi, injection yang diorg bagi telah berjaya mengimmune kan umat Islam,sehinggakan kte x terasa ape yang terjadi kat umat Islam yang len, xterasa sekarang Islam sedang mengalami keruntuhan,xrasa gapo2,,kebal jerr..hebat x planning diorg?

so, mne nak cari antidote kepada vaccine yang diorg bagi nie,,hmm senang jer, "AL-QURAN" mukjizat sepanjang zaman,pelajarilah al-quran, ape yang Allah suruh kte buat, apa yang dilarang kte jangan buat,,

quote dari 1 buku ni,

"sesungguhnya Allah telah membeli dari orang2 muslim, diri dan harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka..."(9:111)

inilah sikap Allah kepada kita. sebaliknya, lihatlah tingkah laku anda sendiri. anda menjual kapada orang2 lain sesuatu yang merupakan pemberian Allah kepada anda, dan yang  juga telah dibeliNya dari anda dengan pembayaran harganya. dan harga yang anda terima dari orang2 lain itu pun juga cuma harga yang sedikit sahaja. pembeli2 anda menyuruh anda bekerja dengan cara yang bertentangan dengan kehendak Allah. anda mengabdikan diri kepada mereka otak anda, kaki dan tangan anda, tenaga dari tubuh anda, dan segala sesuatu yang dikehendaki oleh orang2 yang durhaka terhadap Allah itu...//

wallahualam..

p/s maap tulis ikot gerak hati or ayat tunggang langgang,,yang baik jadikan pedoman, yang xbaik jadikan sempadan~

Sabtu, 19 Disember 2009

Salam Maal Hijrah

Pada awal abad yang ketujuh Masehi, masyarakat dunia berada di pintu kehancuran. Kuasa dunia pada abad tersebut yang terdiri dari Kerajaan Empayar Rom (509SM-453M) dan Kerajaan Empayar Farsi (700SM-641M) telah menjunam jatuh akibat rebutan kuasa dan perpecahan di sana sini. Masyarakat Arab yang menghuni Semenanjung Tanah Arab lebih teruk menghadapi keruntuhan akibat daripada keruntuhan moral dan sifat taksub kepada kabilah dan puak. Dunia dalam bahaya kerana keadaan masyarakatnya tidak stabil lantaran kehilangan tonggak pegangan dan moral.

Allah Maha Adil dan Maha Penyayang kerana tidak membiarkan masyarakat manusia terus hancur dan musnah. Allah s.w.t mengutuskan seorang rasul-Nya yang terakhir iaitu Nabi Muhammad s.a.w.

Ahad, 6 Disember 2009

Detik Yang Berlabuh

Mengira aku detik yg berlabuh....


Menghitung tiap langkah yg aku lalu


Lantas aku terpenjara dalam kelam ruang..


Meraba dalam terangnya cahya suria..


Mencari jalan pulang....


Mencari keredhaan..