Jumaat, 27 November 2009

salam aidiladha...












salam aidiladha







Assalamualaikum w.b.t....


Kehadiran Aidiladha pastinya menyingkap kisah pengorbanan agung Nabi Ibrahim a.s. serta puteranya Nabi lsmail a.s. Pengorbanan antara seorang hamba kepada Tuhannya ini telah menjadi titik tolak bermulanya sejarah ibadah korban yang dilakukan oleh umat Islam hari ini setiap kali tibanya Aidil Adha.


Nabi Ibrahim a.s setelah selesai membangun Kaabah di kota Makkah, telah mendapat perintah untuk berkorban dengan menyembelih putera tunggal kesayangannya. Sebagai manusia biasa, perintah mengorbankan anak kesayangannya amat berat untuk dilaksanakan oleh Nabi Ibrahim a.s. Namun dengan hati yang berat, Nabi Ibrahim a.s menyampaikan juga berita itu kepada puteranya Ismail mengenai mimpinya itu. "...Wahai anak kesayanganku! Sesungguhnya aku melihat dalam mimpi bahawa aku akan menyembelihmu, maka fikirkanlah apa pendapatmu?" (as-Saffat ;102)


Sebagai seorang anak yang taat kepada perintah Allah SWT, Nabi Ismail AS telah menjawab dengan tenang dan menyakinkan, sebagaimana maksud ayat al-Quran:..."Wahai ayah, jalankanlah apa yang diperintahkan kepadamu, InsyaAllah, ayah akan mendapati daku dari orang yang sabar."(as-Saffat:102). Dalam suasana yang mengharukan itu, Nabi Ismail meminta ayahnya melaksanakan perintah Allah tersebut.


Pada saat itu Allah telah menunjukkan kekuasaanNya dan menggantikannya dengan seekor kibas yang muncul secara tiba-tiba menggantikan leher Nabi Ismail. Semenjak itulah Nabi Ibrahim a.s melakukan ibadat korban dengan menyembelih haiwan. Kemudian Nabi Muhammad SAW meneruskan ibadat korban sebagai syiar Islam sebagaimana yang kita laksanakan pada setiap hari raya Aidil Adha dan hari-hari tasyrik.



lembu...



Begitulah hakikat yang sebenarnya tentang pergorbanan. Sebenarnya dalam apa juga bidang dan lapangan kehidupan pergorbanan adalah satu tuntutan dan kemestian. Orang yang berjaya sebenarnya ialah orang yang melakukan pergorbanan, sanggup berkorban masa, wang, jiwa raga, kepentingan diri, tenaga, fikiran, perasaan dan sebagainya kerana kejayaan dan kecemerlangan sememangnya tidak datang menggolek. Sesungguhnya Allah telah berjanji bahawa mereka yang sanggup berkorban kerana-Nya akan diberi limpahan pahala yang besar disisi-Nya.


Wallahualam.


Assalamualaikum w.b.t






Jumaat, 20 November 2009

Batas Ikhtilat

Realiti hari ini menyaksikan manusia lelaki dan wanita telah bolos daripada pegangan agamanya sebagaimana bolosnya anak panah dari busarnya. Sifat, sikap, adab dan disiplin pergaulan jauh sekali daripada ajaran Islam. Dalam fenomena seperti ini perkataan ikhtilat “pergaulan antara lelaki dan wanita ajnabi” tentu sekali menjadi persoalan yang mengancam kesejahteraan masyarakat dan keutuhan agama.


Oleh kerana itu ulama-ulama Islam satu masa dahulu secara tegas merrghukumkan masalah ikhtilat di sekolah, di pasar dan di mana-mana tempat adalah haram. Wanita lslam pula dididik agar mengutamakan rumah daripada pekerjaan. Oleh kerana itu isu wanita bekerja dan apatah lagi berpolitik adalah satu isu yang ditegah pada satu masa dahulu. Sejajar dengan Firman Allah yang bermaksud;


“Tetaplah kamu dalam rumahmu dan janganlah kamu berhias-hias seperti berhiasnya perempuan jahiliyah yang dahulu”. [al-Ahzab : 34]


Apakah ikhtilat itu haram?


Fiqh semasa pada kali ini akan menghuraikan hukum pergaulan antara lelaki dan perempuan dalam berbagai sempena dari segi dalil, skop perbincangan dan batas-batas pergaulan. Contohnya wanita di tempat kerja, di pasar, di pentas dan bergelut di bidang politik. Adakah ia harus melakukan kerja-kerja yang seperti itu padahal dia terpaksa bergaul, bercakap dan bersemuka dengan bukan muhram dan bukan kaum sejenis mereka. Fenomena seperti ini diistilahkan oleh ulama kini sebagai: “ikhtilat”. Oleh itu untuk menghurai persoalan ini kita perlu terlebih dahulu menghurai perkataan iktilat dari segi bahasa dan syariat.


Bahasa


Dari segi bahasa, ikhtilat bererti: meramukan, menggaul sesuatu dengan sesuatu yang lain yakni mencarnpurkannya.


Istilah Syariat


Yang dimaksudkan dalam perbahasan ini ialah: Percampuran wanita dengan lelaki iaitu perkumpulan mereka pada satu tempat, sama ada dalam bentuk kumpulan atau bersendirian. Percampuran di satu tempat selalunya menyebabkan mereka bertemu antara satu sama lain, berpandangan dan bertegur sapa. Apa hukum ikhtilat dalam konteks yang seperti?


Ikhtilat seperti yang dijelaskan pada asalnya adakah haram atau halal? Untuk mengetahui jawapan, kita utarakan pertanyaan berikut: Adakah wanita sepenuhnya seperti lelaki dalam bercampur dengan lelaki ajnabi? Yakni adakah percampuran mereka dengan lelaki sama dengan percampuran lelaki dengan lelaki, tanpa ada perbezaan?


Jawapannya ialah;

Khamis, 19 November 2009

FIQH ISLAMI - ONLINE BERSAMA USTAZ


MINGGU PENUTUP


BULAN FIQH ISLAMI


-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


 


“KUIZ FIQH ISLAMI DAN


ON9 BERSAMA UST”





TENTATIF :



6.00 pm:      KUIZ FIQH ISLAMI


7.30 pm:       SOLAT ISYAK [PENGHUNI HOSTEL 3]


8.00 pm:      ONLINE BERSAMA USTAZ



SABTU(21/11/2009) di


 Hostel 3 , 107


Hostel 5, 106



PERHATIAN :


·   Dijemput semua menghadiri Kuiz Fiqh Islami – terdapat pelbagai hadiah utk dimenangi bersama.


·    Terdapat sesi soal jawab bersama ustaz, sesiapa yang mempunyai kemusykilan agama boleh mengemukakan soalan ketika sesi soal jawab.


·     Sila hadiri tepat pada waktunya agar ustaz tidak tertunggu-tunggu kedatangan kita semua.



*Berikutan arahan kuarantin yang telah dikeluarkan oleh Heath Dept of Nizhny Novgorod, segala aktiviti yang telah dipotong di atas dibatalkan. Segala kesulitan amat dikesali. Sila terus mengunjungi blog ini untuk sebarang newsflash atau update. Bagi penghuni Hostel 1, perbincangan di mana agenda akan diadakan masih dalam perbincangan. Akan diupdate lagi sekiranya terdapat perkembangan terkini. Harap maklum.

Selasa, 17 November 2009

lebih baik sepuluh kalau tidak tiga puluh....

Assalamualaikum w.b.t

“Hai!!!! Awak ape khabar harinie??..” Kalau takpun “hello!! Camane awak harinie?? “Itulah perkataan yang mungkin kite selalu ucapkan apabila kita bertemu antara satu sama lain. Tapi sedarkah kita bahawa ada satu kalimah yang sememangnya kian dilupai dan kalimah ini sememangnya sangat dianjurkan oleh Islam sendiri

[caption id="attachment_603" align="aligncenter" width="180" caption="Inilah kalimah yang sering kita lupakan.."]Inilah kalimah yang sering kita lupakan.. [/caption]

Kalimah itu ialah Assalamualaikum.. Sebenarnya hati ini terdetik ingin mengepos mengenai kalimah ini kerana merasakan kalimah ini semakin dilupai dan kian kurang kedengaran antara sesama kita. Ingatkah kita sewaktu zaman muda-muda dulu(waktu sekolah) bile jumpe senior saje terus beri salam tanpa mengetahui apakah asbab dan musababnye..

Sebagai seorang muslim kita mestilah mempraktikkan amalan ini apabila bertemu atau berjumpa saudara seIslam dimana sahaja berada. Firman Allah dalam surah An-Nisa' ayat 86

"Jikalau engkau semua diberi penghormatan dengan sesuatu penghormatan yakni salam, maka jawablah penghormatan atau salam itu dengan lebih daripadanya atau balaslah dengan yang serupa dengannya"

Disini jelaslah kepentingan amalan salam ini. Banyak lagi dalil-dalil yang menekankan tentang amalan ini. Disini saya ingin akhiri post kali ini dengan sebuah hadis .

Dari Imran bin al-Husain r.a. katanya,

"Ada seorang lelaki datang kepada nabi saw, lalu dia mengucapkan Assalamualaikum. Kemudian nabi mengucapkan, "SEPULUH", maksudnya pahalanya digandakan sepuluh kali. Selanjutnya datang orang lain lalu dia mengucapakan, "Assalamualaikum warahmatullah", Lalu rasulullah berkata, "DUA PULUH", maksudnya pahalanya dilipatkan dua puluh kali. Kemudian ada pula orang lain datang , lalu mengucapkan "Assalamualaikum warahmatullahhi wabarakatuh". Kemudian rasulullah membalas salam tersebut lalu bersabda: "TIGA PULUH", maksudnya pahalanya dilipatkan tiga puluh kali.

Jadi, saya ingin menyeru kepada diri ini dan juga sahabat-sahabat yang lain agar mengamalkan amalan ini. Kalau berasa berat untuk mengucapkan yang tiga puluh, cukuplah sekadar yang sepuluh itu... Samalah-samalah kita menghidupkan amalan ini..

Assalamualaikum warahmatullahhi wabarakatuh..

Wallahualam..

Sabtu, 14 November 2009

Demam bulan fiqh

Salam wrt.

Demam bulan fiqh sedang melanda Nizhny. Cam mane semua? Membantu tak? Terutamanye student2 1st yer..

Apa yg telah disampaikan bukan untuk menjadi bahan gelak dan bukan untuk mengisi masa lapang,tapi moga2 ianya dapat dipraktikkan.

Dan jangan malu2 ye untuk memberi sebarang komen dan idea kepada pihak kami. Insya Allah ia akan membantu untuk memantapkan program seterusnya. Kami juga mengalu-alukan sebarang pertanyaan yg terpendam di hati..

Untuk minggu ni pula.."pabila sang kumbang melewati si bunga".. Macam best tajuk ni kan?! Kalau nak tahu, ayuh langkah kaki jam 830 malam ni. Tiket free, tapi pahala insyaAllah masuk.

Lastly,sy nak share satu komik ringkas ni...

couple20dan20makanan20halal

sekian...

selamat menjayakan bulan fiqh!

Jumaat, 13 November 2009

ulasan fiqh demo 07/11/09

Pada 7 November 2009, Biro Tarbiah dan Kerohanian telah menganjurkan ’Live Demo Fiqh Islami’ bersempena dengan bulan kefahaman Islam di dewan Hostel 3. Program ini merupakan program yang pertama diadakan oleh ahli-ahli Biro Tarbiah dan Kerohanian sempena bulan kefahaman Islam ini. Seramai 139 pelajar telah menghadiri program tersebut.

Pergaulan dalam Islam

 


 


  Konsep Pergaulan


Gaul, campur, kenal: kata “gaul” verba intransitifnya adalah bergaul bererti hidup berteman dalam masyarakat; berkawan akrab. Saya sudah dua tahun bergaul dengan orang itu. Perkataan campur iaitu, bercampur bererti berkumpulnya orang-orang menjadi satu seperti: Tua muda, besar kecil, laki-laki wanita bercampur menjadi satu dalam pesta itu. Kenal berarti mengerti dan pernah mengetahui seseorang. Sudah berapa lama kamu mengenal dia?

Selasa, 10 November 2009

FIQH ISLAMI : MOVIE AKU & KAMU (III)

FIQH ISLAMI : MOVIE AKU & KAMI (II)

FIQH ISLAMI : MOVIE - AKU & KAMU (I)

FIQH ISLAMI : VIDEO SANG KUMBANG

FIQH ISLAMI - PABILA SANG KUMBANG MELEWATI SI BUNGA

PABILA SANG KUMBANG MELEWATI SI BUNGA
SABTU 14 NOVEMBER 2009

8.30pm di HALL 3rd HOSTEL



FIQH IKHTILAT

FIQH ISLAMI - PENUTUP LIVE DEMO

FIQH ISLAMI - DEMO SOLAT DUDUK

FIQH ISLAMI - DEMO KHUF

FIQH ISLAMI - MUQADIMAH LIVE DEMO

Kasih Sayang Allah Kepada HambaNya

Kasih Sayang Allah Kepada HambaNya


Seandainya manusia ingin menghitung nikmat-nikmat pemberian Allah swt, maka mereka tidak akan mampu menghitungnya. Sekalipun air laut dijadikan tinta, seluruh ranting kayu dijadikan pena dan dedaun pokok yang ada di muka bumi ini dijadikan kertasnya, maka ia tidak akan pernah selesai. Betapa besar dan banyak nikmat yang Allah swt kurniakan disekeliling kita.



Tetapi kita sering lupa dan lalai untuk bersyukur kepada yang Maha Memberi. Malah kita membalas dengan menggunakan nikmat-nikmat itu untuk melakukan maksiat kepadaNya.

Ketika kita melangkah kaki keluar, menghayunkan tangan, menghirup udara yang segar dan menikmati cahaya matahari yang terang dan bersinar, pernahkah kita terfikir dari mana datangnya semua nikmat-nikmat ini?

Ahad, 1 November 2009

FIQH IKHTILAT - BULAN FIQH ISLAMI

FIQH HIBURAN - BULAN FIQH ISLAMI

LAGU TEMA - BULAN FIQH ISLAMI

BULAN FIQH ISLAMI - NIZHNY 2009

TENTATIF BULAN FIQH ISLAMI


- MAKLUMAT LANJUT MENGENAI TENTATIF AKAN DIKELUARKAN PADA SETIAP MINGGU-

BULAN FIQH ISLAMI - NIZHNY 2009


BULAN FIQH ISLAMI NIZHNY 2009







KENAPA  BULAN FIQH ?

1) Menjawab persoalan-persoalan Fiqh yang timbul dikalangan 1st year khasnya dan di kalangan semua pelajar-pelajar Nizhny amnya.

2) Mendedahkan dan memberi kefahaman yang lebih berkaitan dengan topik-topik yang dibincangkan (rujuk tentatif)

3) Membincang persoalan-persoalan fiqh yang berkisar tentang kehidupan pelajar-pelajar Muslim Nizhny.

4) Dalam menjayakan muwasofat : Sohihul Ibadah (Ibadah yang benar berlandaskan AlQuran & SUnnah).