Sabtu, 27 November 2010

Pengorbanan : Di Sebalik itu..

Salam wrt, pembaca-pembaca setia blog BTK =)

Baru-baru ni, saya terjumpa satu kisah yang sangat menyentuh hati dan saya ingin share dengan semua, inshaAllah. Semoga ia dapat menyentuh hati-hati pembaca sebagaimana ia telah menyentuh hati saya.

***


This is a powerful message in our modern society. We seemed to have lost our bearing & our sense of direction.

Jumaat, 26 November 2010

Kau dan Aku





Kau dan aku

Satu untuk kau satu untukku

Kau dan aku kita berjalan beriringan selalu

Tak ingin antara kita ada yang kurang

Maka kita saling melengkapi dan menguatkan

Saling memperingati sabda Rasul dan firman Tuhan

Dunia kita rasai bersama

Akhirat kita raih berdua

Kita menjalin persahabatan

Meski sifatmu jauh berbeda denganku

Andai aku pilih matahari kau memilih bulan

Andai aku sukakan putih kau sukakan hitam

Variasi ini melakarkan warna

bukan penghalang ukhuwah kita

keinginan dan cara hidup kita berbeza

namun kita disatuka dengan niat yang sama

saling mengenal berlandaskan iman

kadangkala virus ukhuwah menggoncang rasa

sifat mazmumah memah cinta

sifat mahmudah mulai sirna

titik hitam semakin nyata

prasangka, cemburu, dengki mulai beraja

perselisihan  itu hal yang wajar teman

kerana kita bukan malaikat

kita berdua sudah memahami

Tuhan sayangi orang yang sabar

orang-orang yang dapat menahan marah

kita harus berfikiran jernih

meski syaitan mulai merantai dengan virus benci

meski kesedihan mulai hinggap

kekecewaan menyerkap

Teman pesanku padamu

usah berharap pada makhluk

hanya berharap pada Allah

usah berharap pada kesempurnaan

kesempurnaan hanya milik Tuhan

oleh  itu  disaat diriku kau sakiti

Aku pasti memaafkan

Kerana ukhuwah ini mengajar ku untuk berbaik sangka

bila kau aku sakiti kau tetap berlapang dada

kerana kau tahu  bukan itu niatku, cuma khilaf manusia biasa

Disuatu saat kita pasti akan terpisah

Mungkin untuk sementara atau untuk selamanya

Semoga perpisahan menjadi saksi

Agar kita dinaungi rahmat Tuhan

Bertemu kerana Dia

Dan berpisah juga  keranaNya

Akan ku kirimkan angin cinta dan rindu

Dalam doa-doaku kepadamu

Akanku abadikan dalam diari hatiku

suatu masa dahulu ku punya sahabat

Yang ku cintai kerana Tuhan

-       Nukilan Nurul Aini Atiqah binti Nasir



Ahad, 14 November 2010

Bulan Mujahadah – “Tiada Iman Tanpa Mujahadah..”







Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamualaikum wbt..

Bersempena dengan tema PENGORBANAN pada bulan ini dan tema MUJAHADAH pada bulan hadapan , pihak BTK telah mengajurkan satu pertandingan melukis komik islami..



Terma dan syarat Pertandingan Islamik Fotografi dan Pertandingan Melukis Komik adalah seperti di bawah:-

Juallah duniamu!


Bismillahirrahmanirrahim....

Salam wrt kepada pembaca-pembaca blog kami.. semoga entry kali ini menemui saudara-saudari dalam penuh keredhaan dan kesyukuran kepada Allah SWT.

Pengorbanan, sacrifice... menanam seribu makna bagi setiap orang. Mungkin dari seorang sahabat yang sanggup memasak untuk sahabatnya yang sedang lapar, mungkin dari seorang ibu yang terpaksa mengorbankan tenaga, harta dan jiwanya untuk mendidik anak-anaknya menjadi insan-insan yang mampu mengislah/memperbaiki ummah, mungkin dari seorang isteri yang sanggup berpisah dengan suaminya demi merelakannya untuk berjihad di jalan Allah.

Pernah dengarkah kamu tentang kisah Suhayla dan Farooq?

Islamic Photography – Pemenang “Bulan Pengorbanan”

Pemenang Pertama: Azfar Nasirudin


Pemenang kedua: Jamaliza binti Mohd Jamal



Pemenang ketiga: Mohd Iqbal bin Mohd Ayob




Jazakumullahu khairan kathira atas penyertaan-penyertaan di atas. =)