Isnin, 11 April 2011

Aqsa Syarif di Nizhniy!



Bismillahirrahmanirrahim..
Salam wrt, peace and blessings to all my beloved comrades in Nizhniy Novgorod.
inshaAllah esok 12 April, Aqsa Syarif Le Tour D'Europe akan tiba di Nizhniy!


let's open our hearts and make time for Palestine. Moga usaha kita untuk tahu lebih mengenai Palestin akan mengorakkan langkah dan menggerakkan hati-hati kita untuk membantu saudara-saudara kita di sana, inshaAllah.





Di 3rd Hostel, selepas solat maghrib (8.00 pm). Be sharp!


More about Aqsa Syarif here and here

Wallahu'alam.

gapura insaniah 1


 Kemanusian,insaniah,ataupun humanistik walau bagaimapun suku katanya diubah maksudnya masih sama. Ianya merupakan ciri-ciri yang wajib ada di dalam diri setiap insan terutama sebagai seorang muslim,barulah layak dipanggil berperikemanusiaan.
         Hal ini kerana, umat islam telah disimpul dengan kata janji mereka dengan ikrar 2 kalimah syahadah. Lupakah anda apabila kita mengucap “Tiada Tuhan Melainkan Allah dan Muhammad Itu Pesuruh Allah” kita telah membuat satu akuan sumpah untuk memelihara maruah, harta dan nyawa saudara se islam.
Suka saya petik hadis yang giriwayatkan oleh Inu Umar r.a yang bermaksud "Aku telah diperintahkan supaya memerangi manusia sehinggalah mereka bersaksi bahawa tiada tuhan melainkan Allah dan Muhammad adalah Rasulullah, dan mereka mengerjakan solat serta memberi zakat. Maka sekiranya mereka melakukan perkara itu, terpeliharalah darah (nyawa) mereka dan harta benda mereka daripadaku kecuali dengan hak Islam. Dan perhitungan mereka adalah atas ketentuan Allah." (Hadis riwayat Imam al-Bukhari)
Saya rasa dengan hadis di atas, kita sebagai umat islam perlu faham bawasanyanya apabila kalimah syahadah menari laju dari bibir, kita telah mengikat janji untuk berganding bahu dengan mereka dan bertanggungjawap untuk memberi bantuan terhadap sadara seislam kita yang sedang dilanda musibah.
         Contoh yang terdekat, isu Palestin yang saban hari makin panas, setiap detik yang berlalu,nyawa yang qudus terus terkorban. Apa peranan kita di situ, adakah kita masih asyik dengan drama Korea sehingga terlupa saudara kita disana sengsara tanpa bekalan elektrik. Atau sedang enak  meratah Fillet o Fish di Mc Donald, ketika seorang kanak-kanak Palestin menangis kerana sekeping roti. Kemana pergi kemanusian yang sepatutnya menjadi identiti kita sebagai seorang muslim? Tepuk dada, tanyalah iman saudara,saudari sekalian.
         Usah gunakan alasan sebagai pelajar untuk mengelak melaksanakan kewajiban ini. Di dalam dunia moden alaf baru ini, kita boleh menyumbang bukan hanya dengan memegang senjata atau bertarung seperti komando, tetapi  dengan bertindak sebagai muslim yang prihatin kita boleh menolong saudara kita. Pelbagai program misi kemanusian yang dianjurkan untuk meringankan beban di bahu mereka. Benar pepatah melayu pernah berkata ‘berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul’ namun sedikit sebanyak dengan komitmen kita menyertai misi-misi seperti ini dapat membantu mereka.
         Antara misi yang pernah dan sedang dijalankan adalah usaha memboikot barang buatan Yahudi yang memberi kepentingan kepada Israel. Pahatkan didalam minda masing-masing, setiap sen yang kita belanjakan di toko-toko produk Yahudi digunakan untuk membeli peluru yang akhirnya membunuh saudara kita di sana. Fikir-fikirkan lah...



         Selain daripada itu kutipan derma juga diadakan unutk meringgan beban mereka disana. Maklumlah setelah dikenakan sekatan ekonomi oleh pihak Israel kehidupan rakyat Palestin semakin tersepit seperti sudah jatuh ditimpa tangga pula. Jika anda risau wang anda digunakan si saluran yang tidak benar usah bimbang kerana anda boleh terus memindahkan wang anda ke saluran yang boleh dipercayai seperti Aqsa Syarif dan sebagainya.
Antara contoh bantuan yang boleh disalurkan bantuan.

         Sebagai penutup kata, ingin saya ingatkan anda dan diri sendiri, “Doa itu merupakan senjata kepada orang beriman” oleh itu setiap kali usai solat fardu/sunat ataupun bila-bila masa apabila terlintas di hati, jangan lupa unutp titipkan doa unutk mereka supaya terus diberika kekuatan dan keimanan untuk memerangi yahudi yang dilakhnat itu.
Fikir-fikirkanlah...
        
No mother no father to wipe away my tears
That’s why I won’t cry
I feel scared but I won’t show my fears
I keep my head high
Deep in my heart I never have any doubt
That Palestin tomorrow will be free
Palestin tomorrow will be free
 -Maher Zain-


p/s: lebih detail.. layari 
http://permaya.org/yaman/modules.php?op=modload&name=News&file=article&sid=369

Aqsa Syarif Europe Tour 2011






bersama kita merganding bahu,memberi sokongan terhadap program ini. tunggu apa lagi, gapura(pintu gerbang) telah terbuka, ayuh kita susun langkah bersama melampirkan humaniti kita.



Rabu, 6 April 2011

Tazkirah Mingguan -Penghargaan agama terhadap kaum wanita =]


Tarikh : 1 April 2011
Muwajih : Mohd Hazim bin Abdullah
Tajuk :  Penghargaan agama terhadap kaum wanita
Wanita mempunyai fungsi yang sangat besar sebagai ibu yang diberikan oleh Nabi s.a.w. Oleh sebab itu , anak mempunyai kewajipan supaya menghormati ibunya , sebab ibulah yang paling dekat dengan anaknya dalam kehidupan harian . Hal ini dijelaskan dalam sebuah hadis Rasulullah s.a.w. :
Ketika datang seseorang kepada Rasulullah s.a.w. lalu bertanya  “ Siapakah yang paling berhak saya pergauli dengan baik ? ” Jawab baginda “ ibumu. ” “ Kemudian siapa lagi ?” Jawab baginda “ ibumu . ”    “ Kemudian siapa ? ” Jawab baginda “ ibumu ! ” “ Dan lalu siapa ? ” jawab baginda “ ayahmu! ”
                                                                                                                                             ( HR. Bukhari dan Muslim )
Dalam hadis yang lain pula :
Ibnu Mas’ud bertanya kepada Nabi , “ Ya Rasulullah , apakah amal yang lebih mulia ? ” Jawab Nabi “Mengerjakan solat pada waktunya ,” lalu saya bertanya “ Kemudian apa lagi ?” Jawab Nabi “ Berbuat baik kepada  ibu bapa ” Lalu saya tanyakan lagi “ Kemudian apa lagi ? ” Jawab Nabi “ Jihad di jalan Allah”
                                                                                                                                             ( HR. Bukhari Muslim )
Oleh kerana begitu beratnya beban yang ditanggung oleh seorang ibu pada waktu mengandung , melahirkan dan juga membesarkan anaknya , maka bagi mereka yang durhaka kepada ibu adalah termasuk dosa besar.
Dalam sebuah riwayat diceritakan bahawa pernah berlaku suatu peristiwa di zaman Rasulullah s.a.w. Ketika itu pata sahabat dilanda dukacita kerana seorang sahabat mereka yang bernama Al Qamah berada dalam keadaan kesakitan . Yang membuatkan para sahabat bersedih bukan sakitnya Al Qamah , tetapi detik-detik akhirnya sungguh memilukan . Mulutnya tidak sanggup mengucapkan sesuatu kecuali mengerang kesakitan .
Sahabat telah mengajarkannya kalimah tauhid tetapi lidahnya sangat kaku untuk mengucapkan kalimah tauhid suci itu . Salah seorang sahabat mendatangi Rasulullah s.a.w. dan mengadu kepada baginda akan musibah itu
Nabi segera berangkat untuk melihat sendiri derita yang menimpa sahabatnya itu . Dengan sabar , baginda membisikkan kalimah tauhid ke telinga Al Qamah serta berpesan “ Al Qamah , bertaubatlah kepada Allah dan sebutlah nama Tuhanmu.” Tetapi Al Qamah tetap membisu . Sampai 3 kali Nabi mengulangi bisikannya , tetapi Al Qamah tidak sanggup mengulanginya .
Akhirnya , Nabi tidak lagi meneruskan ucapannya . Baginda melihat kepada para sahabat dan bertanya “Apakah kamu semua tahu , masihkah Al Qamah mempunyai orang tua ?  ”
Salah seorang berkata “ Setahu saya ayahnya sudah meninggal tetapi ibunya masih hidup . ”  Nabi lalu memerintahkan Ali dan Bilal untuk mencari Al Qamah . Setelah menemui ibu Al Qamah , mereka memberitahu akan masalah Al Qamah . Namun begitu , ibu Al Qamah enggan mengakui bahawa Al Qamah adalah anaknya. Alasan yang diberikan oleh ibunya adalah Al Qamah terlalu mementingkan isterinya sehingga mengabaikan ibunya . Puas Ali dan Bilal memujuknya untuk mengikuti  mereka menjenguk Al Qamah tetapi ibu Al Qamah enggan. Terpaksalah Bilal dan Ali pulang dengan sia-sia. Mereka menghadap Rasulullah dan menceritakan semuanya.
Nabi termenung seketika kemudian menyuruh Ali dan Bilal kembali kepada ibu Al Qamah dan beritahu bahawa Rasulullah menyuruhnya datang . Maka Ali dan Bilal membawa seekor unta untuk menjemput ibu Al Qamah sebagai kenderaannya . Pada masa yang sama , Rasulullah memerintahkan para sahabat untuk mengumpulkan kayu api di halaman rumah Al Qamah dan Al Qamah diangkat bersama tempat tidurnya ke tempat kayu api yang telah dikumpulkan .    
Apabila Bilal dan Ali tiba bersama dengan ibu Al Qamah , Rasulullah menyambut ibu Al Qamah dengan penuh hormat. Ibu Al Qamah berasa bangga tetapi air mukanya tiba2 berubah bila dia melihat anaknya terbaring berdekatan dengan kayu api. Nabi memberitahunya yang anaknya , Al Qamah durhaka kepadanya , jadi dia tersiksa pada waktu sakaratul maut dan daripada dia terus menderita, lebih baik  dia dibakar kecuali kalau ibunya mengampuninya. Ibu Al Qamah enggan mengampuni Al Qamah dan berkata bahawa Al Qamah bukan anaknya. Nabi lalu mengisyaratkan kepada para sahabat untuk membakar kayu api yang sudah dikumpulkan itu. Setelah api menyala, Nabi menyuruh para sahabat mengangkat Al Qamah dan melemparkannya ke dalam api.
Ibu Al Qamah terperanjat dan memekik saat Al Qamah diangkat menuju api yg sedang menyala serta bertanya adakah Nabi benar-benar ingin membakar Al Qamah .  Nabi mengangguk dan menyatakan bahawa baginda akan membakar Al Qamah kecuali jika ibu Al Qamah mengampuninya. Namun ibu Al Qamah tetap enggan mengampuni Al Qamah. Maka dengan serentak Al Qamah diangkat tinggi dan diayunkan hendak dilemparkan ke dalam api yang sedang menyala. Ibu Al Qamah memekik dan sambil menangis dia meminta supaya Rasulullah s.a.w tidak membakar Al Qamah kerana dia sudah mengampuni Al Qamah. Serentak dengan itu juga , Al Qamah dapat menyebut nama Allah dan meninggal dunia dengan tenang.
Begitulah cerita salah seorang sahabat Nabi yang telah durhaka kepada ibunya . Cerita ini menjelaskan kepada kita betapa bahayanya jika seseorang itu derhaka kepada ibunya dan betapa mulianya kasih seorang ibu. Oleh kerana itu , tepatlah kiranya jika islam memberikan penghargaan yang setinggi-tingginya untuk kaum wanita.
Disediakan oleh : MOHAMMAD HAFIZUDDIN BIN MOHAMMAD RIDZUAN


                

Kisah Bakawali =] Cantik!


Assalamualaikum wrt,,untuk srikandi2 di luar sana ....

Kerana saya tidak cantik.. saya tidak jadi mangsa gangguan lelaki-lelaki yang rosak akhlaknya. Kerana saya tidak cantik.. saya dapat pelihara diri saya daripada pandangan bernafsu lelaki yang tidak menjaga pandangannya. Kerana saya tidak cantik.. saya selamat daripada menjadi senjata iblis mencairkan iman lelaki. Kerana saya tidak cantik.. saya tidak mendapat fitnah dan cemburu daripada wanita-wanita lain. Kerana saya tidak cantik.. saya tidak mengharapkan pujian daripada mana-mana lelaki dan wanita, dan kerana saya tak cantik, akhirnya saya menemui insan yang mencintai saya seadanya. Paling penting, kerana saya tak cantik.. saya sentiasa mencuba untuk menjadi cantik pada pandanganNya. Cantik pada pandangan manusia bukanlah apa-apa. 

~macamana pula kalau "saya cantik"?
huhu, kalau anda cantik, be aware dengan cabaran2 perlu anda hadapi... 


Izzah Salim

Selasa, 5 April 2011

Kisah Bakawali =] Panji Seorang Muslimah



Panji seorang muslimah...

Apakah itu panji?
Kalau dalam peperangan dahulu kala, setiap pasukan akan mempunyai panjinya tersendiri. Panji melambangkan maruah dan kekuatan. Sebab itulah, dalam peperangan, panji akan dijaga lebih dari nyawa sendiri. Jatuhnya panji tanda kekalahan, tertegaknya panji tanda kekuatan.

Cerita bermula.....

Dalam satu kuliah, Dr Ahmad Thowalbeh, seorang pensyarah membawa bendera Jordan. Dia mengibar bendera di hadapan kelas. Kemudian dia berkata, apakah ini?
Ramai yang menjawab, “ Bendera!”
Dia menggeleng. Dia berkata dengan lembut. “ Ini adalah izzah”
Izzah dalam kata lain adalah kebanggaan. Semua tertanya-tanya, kenapakah dia berkata bendera itu sebagai izzah? Dr Ahmad Thowalbeh kata, bendera ni melambangkan ciri-ciri sebuah negara itu. Setiap negara ada corak tersendiri dalam bendera mereka, kerana mereka mempunyai sesuatu yang hendak diterjemahkan melalui corak di bendera itu, mengenai negara mereka. Jadi bendera juga merupakan satu tanda kehormatan, dan maruah kepada sesebuah negara.
Kalau kita lihat, negara kita Malaysia pun amat sensitif dengan hal bendera. Kalau ada apa-apa perkara buruk terjadi, atau dilakukan dengan bendera Malaysia, kerajaan akan terus bertindak, kerana tindakan itu dianggap mencalarkan maruah negara. Lihat, pada bendera terletak maruah.
Kemudian Dr Ahmad Thowalbeh mengangkat sebidang kain yang dibawa olehnya bersama bendera tadi.
“ Ini bendera seorang muslimah” Dia mengangkat kain itu.
Saya pada awalnya tidak faham. Saya juga rasa, semua orang di dalam kelas tidak faham. Tetapi Dr Ahmad Thowalbeh tidak meninggalkan kami dalam kekeliruan begitu sahaja, dia terus memberitahu.
“ Hijab, adalah panji kepada muslimah. Bila muslimah menanggalkan hijab, maka mereka sebenarnya telah menanggalkan maruah mereka. Wahai anak-anak perempuanku, ini adalah bendera kamu.”
Ketika kata-kata itu meluncur keluar dari mulut dia, saya rasa hati saya seperti disentuh sesuatu. Kata-kata itu berbekas di dalam hati.
Ya... Baru saya nampak. Hijab itu adalah bendera seorang muslimah. Muslimah yang menanggalkan hijabnya di hadapan bukan mahram hanya seakan-akan merendahkan maruahnya sendiri. Saya sering mendengar perumpamaan yang diberikan orang, mengenai buah atau baju berbalut plastik, dengan yang tak berbalut plastik, mana pilihan kita. Ya, pada hijab, terletak ketinggian seorang wanita, cuma tak ramai menyedarinya.
Saya secara jujurnya, bila keluar dari sekolah saya dan terdedah kepada masyarakat umum, mata saya jadi sakit. Kerana ramai sahaja wanita-wanita yang tidak menjaga aurat mereka. Saya tidak pernah nampak kecantikan dalam wanita-wanita ini. Yang saya nampak hanyalah kekurangan. Kekurangan apa, saya rasa itu perlu dijawab sendiri oleh muslimah yang menanggalkan hijabnya di hadapan ramai.
Memakai hijab ini, menunjukkan kesederhanaan sebenarnya. Dalamnya tersembunyi dengan kemahalan akhlak. Mata pun rasa sejuk kalau terpandang mereka. Malah, mereka nampak cantik secara natural, tanpa perhiasan yang berlebihan. Hati tertarik dengan mereka secara sendiri.


Perempuan yang menjaga pemakaian hijabnya, sudah semakin asing di dalam masyarakat kita. Tetapi yang asing itulah yang akan bergembira nanti.

Rasulullah SAW bersabda,
ISLAM itu bermula dengan dagang, nanti ia akan kembali dagang seperti mana ia datang, maka bergembiralah mereka yang dagang(ketika ISLAM itu dagang)”

Hijab adalah tanda kepatuhan muslimah itu kepada ALLAH. Sebab itulah, kita sebagai muslim muslimah, tidak pula boleh merendahkan taraf hijab kepada pengabdian fesyenisma. Hari ini, hijab dijadikan fesyen, sehingga sebab musabab pemakaiannya juga dilupai. Sebahagian manusia pula mentakrif bahawa arahan memakai tudung tiada di dalam ISLAM. Saya ketawa.

ALLAH SWT berfirman,
"Katakanlah kepada wanita yang beriman hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang biasa nampak dari padanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain kerudung di dadanya dan janganlah menampakkan perhiasannya, kecuali kepada suami mereka atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau putra-putra mereka, atau putra putra suami mereka atau saudara-saudara laki-laki mereka atau putra-putra saudara perempuan mereka..." (QS. an-Nur: 31)



Wahai muslimah, adakah kamu menjaga panji kamu dari dijatuhkan musuh? Sesungguhnya pada hijabmu itu adanya maruah dan kehormatan seorang muslimah...

 shared by: Liyana Kamarul Bahrin

Isnin, 4 April 2011

Video Kreatif





Kami Biro tarbiyyah dan Kerohanian (BTK) menganjurkan pertandingan video kreatif yang bertemakan gapura insaniyah – pintu gerbang kemanusiaan..
Sesiapa yang berminat bolehlah menghantar video yang diserta sekali bersama
Bentuk pertandingan
Syarat pertandingan
-Terbuka kepada semua ahli PPIM
-Video dalam bahasa melayu atau bahasa inggeris
-Panjang video adalah tidak melebihi 10 minit
-Kandungan isi video mengikut kreativiti masing-masing- sama ada dalam bentuk puisi        ringkas, gambar, komik, lukisan, lagu,temuramah dan sebagainya.
-Setiap penyertaan perlulah disertakan bersama maklumat peribadi :
  1)  Nama penuh
   2) Nama pena(jika ada)
   3) Email
   4) No telefon
   5) Tahun pengajian

Penyertaan bolehlah dihantar kepada Nur Liyana Kamarul Bahrin 3rd year by hand (di bilik 319/3)..
Keputusan juri adalah muktamad.
Tarikh tutup pertandingan adalah pada 28/4/2011.
Nama pemenang akan diumumkan pada 29/4/2011 melalui blog BTK,email, sms atau semasa dalam program BTK yang lain.


Sabtu, 2 April 2011

kenapa pakai tudung besar-besar ya?



Pada suatu petang.....
Seusai solat, saya mengambil tempat di sisi seorang perempuan melayu yang tidak bertudung. Sambil saya membetul-betulkan lipatan tudung, perempuan di sebelah saya menegur.

"Awak, boleh saya tanya?"

"Hmm, iya..boleh" Jawab saya sambil tersenyum.

"Kenapa awak pakai tudung besar-besar ya..tak rimas ke?" Dia bertanya.

Saya terdiam. Tak menyangka, itu soalannya.
"Tapi kenapa ya?"

"Tak ada apa-apa..saja nak tahu, sebelum ni tertanya-tanya sendiri je" Dia menjawab. Kelihatan dia benar-benar ingin tahu.

Saya tersenyum. Fikiran ligat berputar mencari jawapan yang sesuai. Lama merenung jauh, akhirnya tercerna satu idea.

" Hmm...sebelum saya jawab soalan tu, saya nak tanya awak dulu, boleh?"
Dia mengangguk.

"Kenapa ya kalau kita naik kereta digalakkan pakai seat-belt ya? " Saya bertanya dia kembali tanpa menjawab dulu persoalannya.

"erm.." Dia berfikir smbil tangannya memegang dagu mencari jawapan.

" Sebab nak selamat la. kalau apa-apa berlaku, atleast kecederaan tu tak la teruk" dia menjawab
ringkas.

"Ok, tapi itu kalau berlaku kemalangan kan. Macam mana pula kalau orang yang pandai dan cekap dalam memandu. Perlu ke dia pakai seat-belt ?" Saya bertanya lagi untuk menduga.

"Eh, kenalah pakai jugak. Even dia dah cekap memandu seperti Michael Schumacer, kenalah pakai jugak sebab kemalangan tu tak mengira siapa..kan? Satu lagi, kadang kemalangan tu bukan sebab kita pun, tapi ada kes kemalangan sebab pemandu lain yang tak berhati-hati akhirnya kita yang menjaga ni pun menjadi mangsa, kan?" Dia bertanya kembali.

"So, apa kaitannya kesalahan pemandu lain dengan seat-belt pulak" Saya terus bertanya.
" Yelah, nak menunjukkan bahawa seat-belt tu sangat penting sekarang, sebab pemandu-pemandu jalan raya bukannya semua berhemah. Jadi untuk keselamatan, pakai seat-belt. Kalau dilanggar sekalipun kita tak la cedera teruk atau tercampak keluar"

"Tak rimas ke? kadang orang-orang tak selesa pakai seat-belt, katanya rimas" Saya bertanya lagi.

"Alaa, nak selamat kenalah tahan sikit, kan..soal keselamatan, kena jaga" Jawabnya.

Saya tersenyum mendengar penerangannya. Hampir sampai pada tujuan persoalan.

"Hmm, itulah jawapan saya pada persoalan awak tadi. Kenapa saya bertudung besar."
Dia terus memandang saya dengan dahinya yang berkerut.

"Ok, lets me explain ya. Persoalan kenapa saya pakai tudung yang besar-besar sama sahaja dengan jawapan awak tadi tentang kenapa kita pakai seat-belt bila memandu. Tujuannya sama. iaitu keselamatan" saya menjawab mengikut jawapannya pada persoalan tadi dan dia semakin merenung saya sambil berfikir.

"Tapi kalau tak pakai seat-belt, tak apa-apa kan? Tak berdosa, kan? Asalkan kita yakin kita mampu memandu dengan baik.Tapi yakin ke kita bila kita memandu tanpa memakai seat-belt walaupun memandu dengan baik dan berhemah, kita akan selamat?"
Dia menggeleng kepala tanpa suara.

" Hmm, thats why saya cuba menjaga keselamatan hidup saya dengan tudung yang besar. Sebab saya tak tahu apa bencana yang sedang menanti. Semuanya untuk tujuan keselamatan ditambah pula dengan galakan agama yang suruh kita menjaga pemakaian yang lebih selamat. Iya, tudung kecil atau tudung biasa tak mengapa, asalkan mampu menjaga diri sebab dunia sekarang, tau-tau je la kan, banyak godaanya. Kadangkala hanya kita yang berhemah di jalan, tetiba sedar-sedar kita kena langgar, nasib baik pakai seat-belt...hehehe"..Saya tergelak kecil, berharap mengundang bibit mesra dengannya.
"Dan satu lagi, kereta sekarang macam-macam gaya dan jenama, kan? Orang ramai tergilakan kereta-kereta canggih sehingga lupa nak menjaga keselamatan. Ramai je yang berkereta canggih tapi akhirnya tercampak keluar dari keretanya sendiri apabila berlaku kemalangan yang tidak diigini. Macam tu jugak tudung, sekarang ni macam-macam fesyen, tapi masih lagi tak ikut syariat. Ketat sana, singkat sini. Bukankah itu membahayakan hidup? " Saya tersenyum. Sedaya upaya membuatkan dia terus berfikir.

"Tudung besar yang saya pakai ini bukan untuk mintak penghormatan daripada sesiapa pun. Tapi tak lari dari tujuan keselamatan. Selamat untuk diri sendiri, selamat untuk orang lain dan juga yang penting, saya nak cuba penuhi galakkan agama supaya menjaga diri melalui pemakaian."

"So, persoalan rimas atau tak, dah terjawab tadi..kan?" Saya bertanya kembali. Dia memandang
bebola mata saya mencari pengertian.

"Tak rimas ke pakai tudung besar-besar? Hmm, hanya yang pakai sahaja yang tahu. Kadang tu rimas jugak la, lebih-lebih lagi musim panas. Tapi tahan sikitla, sebab prinsip kita untuk jaga keselamatan. Sebab itu, pemandu yang paling berhemah adalah pemandu yang sentiasa menjaga keselamatannya..betul tak? Saya terus bertanya. Dan dia mengangguk.

"So, faham tak kaitan antara tudung besar dengan seat-belt?" Saya bertanya dengan lembut, memancing kefahamannya..

Dia mengangguk...
"Maaf, saya pergi dulu ya..kelas saya dah nak start" Saya bangun dari kerusi dan mohon mengundur diri.

" Iya" Jawabnya ringkas, masih lagi seolah-olah memikirkan sesuatu.

Saya berjalan meninggalkan dia menuju ke kelas sambil brmonolog sendirian.

'Hmm, ada kaitan jugak ya seat-belt dengan tudung besar ni..sebelum ni tak pernah terfikir' Tersenyum saya..moga hari ini sedikit ilmu itu mampu meluaskan selautan kebaikan...dan membukakan jalan buat mereka yang mencari jalan.. ameen.



Dan saya..terus berjalan, sambil membetulkan 'seat-belt' saya yang asyik terasa longgar sahaja pin'nya...kena pakai betul-betul nanti tak selamat...hehe...
Shared by Fatimah Othman

Jumaat, 1 April 2011

Kisah Bakawali =] Malunya Seorang Wanita





Malunya seorang wanita Islam




MALUNYA WANITA DALAM QURAN

Didalam al-Quran disebut kisah dua anak Nabi Syuaib as dengan Nabi Musa as. Firman Allah swt:

"Salah seorang anak perempuan Nabi Syuaib as berjalan untuk menemui Nabi Musa dengan penuh rasa malu" (25 : al-Qasas)

Dalam tafsir Sofwatut Tafasir menyatakan anak perempuan Nabi Syuaib as datang sambil menutup mukanya dengan pakaiannya.

Anak Nabi Syuaib as ini datang berjumpa dengan Nabi Musa atas arahan ayahnya yang sudah uzur.

Pengajaran: Wanita yang mempunyai urusan dengan lelaki hendaklah berjumpa dengan penuh rasa malu dan adab yang tinggi.

MALUNYA WANITA DALAM SUNNAH

كان صلى الله عليه وسلم أشد حياء من العذراء في خدرها

"Nabi saw tersangat malu lebih dari malunya anak dara yang berada disebalik tirainya."
(Hr Ahmad -sahih)

Dalam hadis menunjukkan kepada malunya seorang wanita terutama anak dara. Ia sepatutnya tidak mempamirkan diri kepada yang bukan mahramnya tanpa keperluan.
KISAH MALUNYA SEORANG WANITA

Seorang isteri telah mengemukakan aduan kepada qadi Mu'tadid Ali ar-Rayy tentang 500 dinar (wang mas) kahwin yang belum dibayar oleh suaminya. Wanita tadi membawa beberapa orang saksi yang menyokong dakwaannya. Si suami tidak mengakui dakwaan si isteri. Qadi pun menyuruh saksi-saksi untuk mengemukakan penyaksian mereka untuk menyokong dakwaan si isteri. Para saksi berkata:

"Wanita ini hendaklah memperlihatkan wajahnya supaya kami dapat pastikan dia lah wanita yang kami maksudkan."

Si Qadi menerima permintaan para saksi dan menganggapnya itu hak saksi2. Wanita menolak untuk menunjukkan mukanya kerana malu. Si Qadi menyuruh wanita tadi untuk memperlihatkan wajahnya untuk meneruskan dakwaan tadi. Tiba2 si suami yang bersimpati dengan isterinya segera berkata:

"Tidak usah tunjukkan muka mu. Aku mengakui dakwaan mu itu."

Si isteri terkesan dengan sikap suaminya lalu berkata:

"Aku menjadikan Allah sebagai saksi dan juga kamu semua bahawa aku halalkan semua mas kahwinku dunia dan akhirat."

Pengajaran: Walaupun ditempat yang sepatutnya wanita tadi membuka purdahnya untuk mendapatkan haknya tetapi oleh kerana itu sifat malu yang tinggi menyebabkan dia sanggup mengorbankan 500 dinar (wang emas).

Firman Allah swt:

ولا يضربن بأرجلهن ليعلم ما يخفين من زينتهن

"Janganlah para wanita itu menghentak kakinya dengan tujuan supaya orang lelaki mendengar bunyi gelang kakinya sehingga menarik perhatian orang lelaki."
(Sebahgian ayat 30 : an-Nur)

Peringatan: Hendaklah sifat malu ini tidak memilih jenis bangsa dan tempat. Jangan di luar negara (mesir contohnya) mempunyai malu yang tinggi tetapi tidak dimalaysia. Hendaklah sifat malu itu kerana Allah bukannya kerana manusia. Sentiasa mengawasi kita dimana sahaja kita berada.
MALUNYA WANITA TIDAK MENEGAH IA UNTUK KELUAR MENUNTUT ILMU AGAMA

Walaupun Islam menyanjung sifat malu pada wanita tetapi hendaklah sifat malu itu tidak menegah dari dia keluar menuntut ilmu. Kita lihat kesungguhan para wanita di zaman Nabi saw. Abu Sai'id al-Khudri berkata:

"Seorang wanita berjumpa Rasulullah saw dan berkata "Wahai Rasulullah, orang2 lelaki beruntung kerana selalu mendapat tazkirah darimu. Kami minta satu hari untuk kamu khususkan kepada kami bagi menyampaikan ilmu yang telah engkau ajarkan." Lalu Nabi saw menjawab:

اجتمعن يوم كذا وكذا

"Berhimpun pada hari sekian-sekian."

Kami pun berhimpun pada hari yang telah ditetapkan Nabi dan Nabi saw mengajar mereka apa yang telah ajarkan pada Nabi saw." (Hr Bukhari dan Muslim - sahih)

Dalam athar ada menyebut:

نعمت النساء نساء الأنصار لم يمنعهن الحياء من السوءال عن دينهن

"Sebaik-baik wanita adalah wanita ansar, sifat malu yang ada pada mereka tidak menghalang mereka bertanya dan mencari ilmu agama."

Pengajaran: Oleh itu ditempat yang diperlukan , wanita hendaklah berani e hadapan. Kita lihat zaman Nabi dan para sahabat bagaimana berani Nusaibah ra berjihad menentang musuh, Rafidah al-Aslami merawat orang lelaki yang cedera dalam peperangan, Asma' bintu Abu bakar yang menghantar makanan pada Nabi dan ayahnya dalam peristiwa hijrah, Khaulah yang menegur Khalifah umar di khalayak ramai dan lain-lain. Jangan menggunakan alasan malu untuk menjauhkan dari kerja-kerja menegakkan Islam. Kerja-kerja ini adalah melibatkan lelaki dan perempuan seperti yang dinyatakan dalam ayat 71 surah at-Taubah.

Rujukan: Safwatut Tafasir oleh Sobuni, Makarimul Akhlak Fil Islam dan Riadus salihin oleh Imam Nawawi.


Salam  Si Bakawali
Amirah Farhana dan Nurul Ihsan

Kisah Bakawali =] Siapakah Wanita



Salam Si Puteri Bakawali....

Saya pernah membaca sebuah artikel, yang temanya  'Susahnya menjadi Seorang Muslimah' ,kerana terdapat pelbagai bendung yang perlu dilangkah, terutama apabila berhadapan dengan pandangan masyarakat yang diselimuti adat kuno. Kononnya wanita tempatnya hanya di dapur, mengacau gulai . Ternyata benak mereka terisi dengan tunas-tunas jahiliah,sehingga mereka terlupa tangan yang mengoncang buaian itu mampu mengoncang dunia.  Tidak ingin saya berbicara lebih lebar lagi. Suka saya kongsikan sebuah pandangan daripada sahabat saya yang berjudul  "Siapakah Wanita" . Hayatilah...


Harta yang paling berharga di dunia adalah wanita yang solehah.” Hadis Muslim
Wanita adalah makhluk Allah yang amat istimewa. Kemuliaan dan keruntuhan sesuatu bangsa terletak di tangan wanita. Oleh yang demikian, Allah telah menetapkan hukum ke atas mereka; walaupun berat di pandangan mata si jahil dan ingkar tetapi ia adalah kemanisan iman yang dicicip oleh wanita solehah. Kerana itulah…sebagai anak, dia menjadi anak yang solehah… Sebagai remaja dia akan menjadi remaja yang berhemah.. sebagai isteri, dia menjadi isteri yang menyenangkan dan menenangkan hati suaminya.. sebagai ibu…dia akan mendidik anaknya dengan penuh kasih sayang… dan pastinya sebagai hamba Allah, dia akan menjadi hamba yang tunduk dan menyerah diri hanya kepada-Nya. Islam tidak membezakan kedudukan atau darjat seseorang sama ada mereka wanita atau lelaki melainkan berdasarkan ketaqwaan mereka kepada Allah.

“Barangsiapa yang mengerjakan amalan yang soleh baik lelaki mahupun wanita sedang ia seorang yang beriman maka mereka itu masuk ke dalam syurga dan mereka tidak dianiaya walau sedikitpun.”  
(An-Nisa’: 24) 


Di manakah letaknya kecantikan sebenar pada seorang wanita?
Mata menilai kecantikan pada rupa. Akal menilai pada fikiran. Nafsu menilai pada bentuk tubuh. Tetapi hati tentulah menilainya pada akhlak dan budi!
Kecantikan rohani banyak menitik beratkan hubungan kita dengan Allah. Dengan pembetukan kerohanianlah maka terpancarlah 'Nur' cahaya yang datang dari kerja amalan kita. Sabda Rasulullah SAW yang maksudnya: "Solat ialah tiang agama dan mempunyai 10 fadilat salah satunya ialah daya penarik pada wajah. Islam menyarankan bahawa kecantikan yang hakiki berpaksi kepada iman yang kental dan sifat kesyukuran yang mendalam. Cantik di mata Allah lebih penting daripada cantik pada pandangan manusia.
Wanita ibarat bunga… cantik indahnya pada pandangan mata hanya sementara… Yang kekal menjadi pujaan manusia, hanyalah wanita yang mulia akhlaknya… kerana akhlak itu umpama bunga diri.. Tiada guna berwajah cantik tetapi berakhlak buruk… tiada guna juga berwajah cantik tetapi hati kosong dari ilmu… Ibarat bunga…ada yang cantik bila dipandang tetapi busuk baunya… Ada pula yang kurang menarik dan baunya juga kurang menyenangkan… Ada juga bunga yang tidak menarik pada pandangan mata kasar.. tetapi bila dihalusi dengan mata hati, ternyata amat tinggi nilainya….
"Ya Allah, sebagaimana Engkau perelokkan kejadian ku, Engkau elokkanlah akhlak-ku.” Amin.


Salam Si Bakawali
Liyana,Fakhirah dan Syazana