Tajuk: Qiamullail
Pemberi: Amir Hamzah bin Hamzaid
Element-element manusia
· Fizikal – diisi dengan makanan untuk kekuatan
· Akal – diisi dengan ilmu
· Emosi – diisi dengan kasih sayang, rakan-rakan dan keluarga
· Rohani – perlu diisi dengan ibadah untuk menjamin kesejahteraannya. Antara ibadah yang digalakkan ialah Qiamullail
Apa maksud Qiamullail??
Bangun pada waktu malam (menghidupkan malam) dengan beribadat kepada Allah seperti bersolat, membaca al-Quran dan berzikir semata-mata mengharap keredhaan Allah.
Allah Azzawajalla turun pada tiap-tiap malam ke langit dunia ketika tinggal satu pertiga malam yang terakhir , maka ia berfirman : " Sesiapa yang akan berdoa kepada aku akan aku perkenankan. Sesiapa yang meminta ampun kepada aku akan aku ampuninya".
(Al-Bukhari)
Al-Muzammil 73;1-8
[1] Wahai orang yang berselimut!.
[2] Bangunlah sembahyang Tahajjud pada waktu malam, selain dari sedikit masa (yang tak dapat tidak untuk berehat),
[3] Iaitu separuh dari waktu malam, atau kurangkan sedikit dari separuh itu,
[4] Ataupun lebihkan (sedikit) daripadanya; dan bacalah Al-Quran dengan "Tartil".
[5] (Sayugialah engkau dan pengikut-pengikutmu membiasakan diri masing-masing dengan ibadat yang berat kepada hawa nafsu, kerana) sesungguhnya Kami akan menurunkan kepadamu wahyu (Al-Quran yang mengandungi perintah-perintah) yang berat (kepada orang-orang yang tidak bersedia menyempurnakannya).
[6] Sebenarnya sembahyang dan ibadat malam lebih kuat kesannya (kepada jiwa), dan lebih tetap betul bacaannya.
[7] (Kami galakkan engkau dan umatmu beribadat pada waktu malam), kerana sesungguhnya engkau pada siang hari mempunyai urusan-urusan yang panjang kira bicaranya;
[8] Dan sebutlah (dengan lidah dan hati) akan nama Tuhanmu (terus menerus siang dan malam), serta tumpukanlah (amal ibadatmu) kepadaNya dengan sebulat-bulat tumpuan.
Perkara-perkara yang boleh dilakukan
1. Solat sunat tahajjud
“dan bangunlah pada sebahagian dari waktu malam dan kerjakanlah solat tahajjud sebagai solat tambahan bagimu. Semoga tuhanmu membangkit dan menempatkanmu pada hari qiamat ditempat yang terpuji.”Al-Isra’ 79
2. Solat sunat tasbih, taubat, istikharah,hajat, mengqada’ solat fardhu, solat mutlak, dan solat sunat yang lain.
3. Solat witir
4. Berzikir, bertasbih dan bertahmid
5. Membaca al-Quran
6. Dan amalan-amalan lain seperti muhasabah dan memikirkan keagungan dan kekuasaan Allah
Kelebihan dan hikmah Qiam..
1. Dimakbulkan doanya dan masin perkataan.
2. Tenang hati dan fikirannya
3. Dimurahkan rezeki
4. Dihormati masyarakat
5. Dilindungi Allah daripada khianat manusia.
6. Meningkatkan keimanan individu
7. Meninggikan darjat disisi Allah
8. Dapat beribadah dengan lebih khusyuk
9. Mendidik jiwa bersyukur dengan nikmat
10. Melatih diri menjadi insan bertakwa
11. Mendidik jiwa melawan nafsu dan syaitan