Di masa zaman rasulullah, terdapat dua tamadun yang begitu kuat dan saling bersaing antara satu sama lain, iaitu :
Tamadun Parsi.
Tamadun Rom.
Tamadun Parsi : ibu negara : Al Madain. Menguasai wilayah Iraq, Peninsula Arab, dan India.
Tamadun Rom : diketuai oleh Cesar, mempunyai 3 ibu negara :
1. Constantinople : istanbul di bahagian utara.
2. Jerusalem : Al Quds di bahagian timur.
3. Iskandariah : di bahagian barat - dan juga Afrika Utara.
Rom pada tika itu, menguasai Afrika Utara, Mediterranean timur, Turkey, dan kawasan sekitarnya.
Cesar selalunya berada di Istanbul, tetapi kadang kadang memerintah Rom dari Jerusalem.
Rasulullah pernah menghantar utusan kepada Cesar ketika cesar berada di Jerusalem.
Tamadun Rom dan Parsi adalah dua tamadun yang kuat, dari segi kekuatan tentera, sains, teknologi, sastera, etc, mereka berada dalam kemuncak kekuatan mereka pada ketika tentera islam menyerang mereka.