Sabtu, 2 April 2011

kenapa pakai tudung besar-besar ya?



Pada suatu petang.....
Seusai solat, saya mengambil tempat di sisi seorang perempuan melayu yang tidak bertudung. Sambil saya membetul-betulkan lipatan tudung, perempuan di sebelah saya menegur.

"Awak, boleh saya tanya?"

"Hmm, iya..boleh" Jawab saya sambil tersenyum.

"Kenapa awak pakai tudung besar-besar ya..tak rimas ke?" Dia bertanya.

Saya terdiam. Tak menyangka, itu soalannya.
"Tapi kenapa ya?"

"Tak ada apa-apa..saja nak tahu, sebelum ni tertanya-tanya sendiri je" Dia menjawab. Kelihatan dia benar-benar ingin tahu.

Saya tersenyum. Fikiran ligat berputar mencari jawapan yang sesuai. Lama merenung jauh, akhirnya tercerna satu idea.

" Hmm...sebelum saya jawab soalan tu, saya nak tanya awak dulu, boleh?"
Dia mengangguk.

"Kenapa ya kalau kita naik kereta digalakkan pakai seat-belt ya? " Saya bertanya dia kembali tanpa menjawab dulu persoalannya.

"erm.." Dia berfikir smbil tangannya memegang dagu mencari jawapan.

" Sebab nak selamat la. kalau apa-apa berlaku, atleast kecederaan tu tak la teruk" dia menjawab
ringkas.

"Ok, tapi itu kalau berlaku kemalangan kan. Macam mana pula kalau orang yang pandai dan cekap dalam memandu. Perlu ke dia pakai seat-belt ?" Saya bertanya lagi untuk menduga.

"Eh, kenalah pakai jugak. Even dia dah cekap memandu seperti Michael Schumacer, kenalah pakai jugak sebab kemalangan tu tak mengira siapa..kan? Satu lagi, kadang kemalangan tu bukan sebab kita pun, tapi ada kes kemalangan sebab pemandu lain yang tak berhati-hati akhirnya kita yang menjaga ni pun menjadi mangsa, kan?" Dia bertanya kembali.

"So, apa kaitannya kesalahan pemandu lain dengan seat-belt pulak" Saya terus bertanya.
" Yelah, nak menunjukkan bahawa seat-belt tu sangat penting sekarang, sebab pemandu-pemandu jalan raya bukannya semua berhemah. Jadi untuk keselamatan, pakai seat-belt. Kalau dilanggar sekalipun kita tak la cedera teruk atau tercampak keluar"

"Tak rimas ke? kadang orang-orang tak selesa pakai seat-belt, katanya rimas" Saya bertanya lagi.

"Alaa, nak selamat kenalah tahan sikit, kan..soal keselamatan, kena jaga" Jawabnya.

Saya tersenyum mendengar penerangannya. Hampir sampai pada tujuan persoalan.

"Hmm, itulah jawapan saya pada persoalan awak tadi. Kenapa saya bertudung besar."
Dia terus memandang saya dengan dahinya yang berkerut.

"Ok, lets me explain ya. Persoalan kenapa saya pakai tudung yang besar-besar sama sahaja dengan jawapan awak tadi tentang kenapa kita pakai seat-belt bila memandu. Tujuannya sama. iaitu keselamatan" saya menjawab mengikut jawapannya pada persoalan tadi dan dia semakin merenung saya sambil berfikir.

"Tapi kalau tak pakai seat-belt, tak apa-apa kan? Tak berdosa, kan? Asalkan kita yakin kita mampu memandu dengan baik.Tapi yakin ke kita bila kita memandu tanpa memakai seat-belt walaupun memandu dengan baik dan berhemah, kita akan selamat?"
Dia menggeleng kepala tanpa suara.

" Hmm, thats why saya cuba menjaga keselamatan hidup saya dengan tudung yang besar. Sebab saya tak tahu apa bencana yang sedang menanti. Semuanya untuk tujuan keselamatan ditambah pula dengan galakan agama yang suruh kita menjaga pemakaian yang lebih selamat. Iya, tudung kecil atau tudung biasa tak mengapa, asalkan mampu menjaga diri sebab dunia sekarang, tau-tau je la kan, banyak godaanya. Kadangkala hanya kita yang berhemah di jalan, tetiba sedar-sedar kita kena langgar, nasib baik pakai seat-belt...hehehe"..Saya tergelak kecil, berharap mengundang bibit mesra dengannya.
"Dan satu lagi, kereta sekarang macam-macam gaya dan jenama, kan? Orang ramai tergilakan kereta-kereta canggih sehingga lupa nak menjaga keselamatan. Ramai je yang berkereta canggih tapi akhirnya tercampak keluar dari keretanya sendiri apabila berlaku kemalangan yang tidak diigini. Macam tu jugak tudung, sekarang ni macam-macam fesyen, tapi masih lagi tak ikut syariat. Ketat sana, singkat sini. Bukankah itu membahayakan hidup? " Saya tersenyum. Sedaya upaya membuatkan dia terus berfikir.

"Tudung besar yang saya pakai ini bukan untuk mintak penghormatan daripada sesiapa pun. Tapi tak lari dari tujuan keselamatan. Selamat untuk diri sendiri, selamat untuk orang lain dan juga yang penting, saya nak cuba penuhi galakkan agama supaya menjaga diri melalui pemakaian."

"So, persoalan rimas atau tak, dah terjawab tadi..kan?" Saya bertanya kembali. Dia memandang
bebola mata saya mencari pengertian.

"Tak rimas ke pakai tudung besar-besar? Hmm, hanya yang pakai sahaja yang tahu. Kadang tu rimas jugak la, lebih-lebih lagi musim panas. Tapi tahan sikitla, sebab prinsip kita untuk jaga keselamatan. Sebab itu, pemandu yang paling berhemah adalah pemandu yang sentiasa menjaga keselamatannya..betul tak? Saya terus bertanya. Dan dia mengangguk.

"So, faham tak kaitan antara tudung besar dengan seat-belt?" Saya bertanya dengan lembut, memancing kefahamannya..

Dia mengangguk...
"Maaf, saya pergi dulu ya..kelas saya dah nak start" Saya bangun dari kerusi dan mohon mengundur diri.

" Iya" Jawabnya ringkas, masih lagi seolah-olah memikirkan sesuatu.

Saya berjalan meninggalkan dia menuju ke kelas sambil brmonolog sendirian.

'Hmm, ada kaitan jugak ya seat-belt dengan tudung besar ni..sebelum ni tak pernah terfikir' Tersenyum saya..moga hari ini sedikit ilmu itu mampu meluaskan selautan kebaikan...dan membukakan jalan buat mereka yang mencari jalan.. ameen.



Dan saya..terus berjalan, sambil membetulkan 'seat-belt' saya yang asyik terasa longgar sahaja pin'nya...kena pakai betul-betul nanti tak selamat...hehe...
Shared by Fatimah Othman

Jumaat, 1 April 2011

Kisah Bakawali =] Malunya Seorang Wanita





Malunya seorang wanita Islam




MALUNYA WANITA DALAM QURAN

Didalam al-Quran disebut kisah dua anak Nabi Syuaib as dengan Nabi Musa as. Firman Allah swt:

"Salah seorang anak perempuan Nabi Syuaib as berjalan untuk menemui Nabi Musa dengan penuh rasa malu" (25 : al-Qasas)

Dalam tafsir Sofwatut Tafasir menyatakan anak perempuan Nabi Syuaib as datang sambil menutup mukanya dengan pakaiannya.

Anak Nabi Syuaib as ini datang berjumpa dengan Nabi Musa atas arahan ayahnya yang sudah uzur.

Pengajaran: Wanita yang mempunyai urusan dengan lelaki hendaklah berjumpa dengan penuh rasa malu dan adab yang tinggi.

MALUNYA WANITA DALAM SUNNAH

كان صلى الله عليه وسلم أشد حياء من العذراء في خدرها

"Nabi saw tersangat malu lebih dari malunya anak dara yang berada disebalik tirainya."
(Hr Ahmad -sahih)

Dalam hadis menunjukkan kepada malunya seorang wanita terutama anak dara. Ia sepatutnya tidak mempamirkan diri kepada yang bukan mahramnya tanpa keperluan.
KISAH MALUNYA SEORANG WANITA

Seorang isteri telah mengemukakan aduan kepada qadi Mu'tadid Ali ar-Rayy tentang 500 dinar (wang mas) kahwin yang belum dibayar oleh suaminya. Wanita tadi membawa beberapa orang saksi yang menyokong dakwaannya. Si suami tidak mengakui dakwaan si isteri. Qadi pun menyuruh saksi-saksi untuk mengemukakan penyaksian mereka untuk menyokong dakwaan si isteri. Para saksi berkata:

"Wanita ini hendaklah memperlihatkan wajahnya supaya kami dapat pastikan dia lah wanita yang kami maksudkan."

Si Qadi menerima permintaan para saksi dan menganggapnya itu hak saksi2. Wanita menolak untuk menunjukkan mukanya kerana malu. Si Qadi menyuruh wanita tadi untuk memperlihatkan wajahnya untuk meneruskan dakwaan tadi. Tiba2 si suami yang bersimpati dengan isterinya segera berkata:

"Tidak usah tunjukkan muka mu. Aku mengakui dakwaan mu itu."

Si isteri terkesan dengan sikap suaminya lalu berkata:

"Aku menjadikan Allah sebagai saksi dan juga kamu semua bahawa aku halalkan semua mas kahwinku dunia dan akhirat."

Pengajaran: Walaupun ditempat yang sepatutnya wanita tadi membuka purdahnya untuk mendapatkan haknya tetapi oleh kerana itu sifat malu yang tinggi menyebabkan dia sanggup mengorbankan 500 dinar (wang emas).

Firman Allah swt:

ولا يضربن بأرجلهن ليعلم ما يخفين من زينتهن

"Janganlah para wanita itu menghentak kakinya dengan tujuan supaya orang lelaki mendengar bunyi gelang kakinya sehingga menarik perhatian orang lelaki."
(Sebahgian ayat 30 : an-Nur)

Peringatan: Hendaklah sifat malu ini tidak memilih jenis bangsa dan tempat. Jangan di luar negara (mesir contohnya) mempunyai malu yang tinggi tetapi tidak dimalaysia. Hendaklah sifat malu itu kerana Allah bukannya kerana manusia. Sentiasa mengawasi kita dimana sahaja kita berada.
MALUNYA WANITA TIDAK MENEGAH IA UNTUK KELUAR MENUNTUT ILMU AGAMA

Walaupun Islam menyanjung sifat malu pada wanita tetapi hendaklah sifat malu itu tidak menegah dari dia keluar menuntut ilmu. Kita lihat kesungguhan para wanita di zaman Nabi saw. Abu Sai'id al-Khudri berkata:

"Seorang wanita berjumpa Rasulullah saw dan berkata "Wahai Rasulullah, orang2 lelaki beruntung kerana selalu mendapat tazkirah darimu. Kami minta satu hari untuk kamu khususkan kepada kami bagi menyampaikan ilmu yang telah engkau ajarkan." Lalu Nabi saw menjawab:

اجتمعن يوم كذا وكذا

"Berhimpun pada hari sekian-sekian."

Kami pun berhimpun pada hari yang telah ditetapkan Nabi dan Nabi saw mengajar mereka apa yang telah ajarkan pada Nabi saw." (Hr Bukhari dan Muslim - sahih)

Dalam athar ada menyebut:

نعمت النساء نساء الأنصار لم يمنعهن الحياء من السوءال عن دينهن

"Sebaik-baik wanita adalah wanita ansar, sifat malu yang ada pada mereka tidak menghalang mereka bertanya dan mencari ilmu agama."

Pengajaran: Oleh itu ditempat yang diperlukan , wanita hendaklah berani e hadapan. Kita lihat zaman Nabi dan para sahabat bagaimana berani Nusaibah ra berjihad menentang musuh, Rafidah al-Aslami merawat orang lelaki yang cedera dalam peperangan, Asma' bintu Abu bakar yang menghantar makanan pada Nabi dan ayahnya dalam peristiwa hijrah, Khaulah yang menegur Khalifah umar di khalayak ramai dan lain-lain. Jangan menggunakan alasan malu untuk menjauhkan dari kerja-kerja menegakkan Islam. Kerja-kerja ini adalah melibatkan lelaki dan perempuan seperti yang dinyatakan dalam ayat 71 surah at-Taubah.

Rujukan: Safwatut Tafasir oleh Sobuni, Makarimul Akhlak Fil Islam dan Riadus salihin oleh Imam Nawawi.


Salam  Si Bakawali
Amirah Farhana dan Nurul Ihsan

Kisah Bakawali =] Siapakah Wanita



Salam Si Puteri Bakawali....

Saya pernah membaca sebuah artikel, yang temanya  'Susahnya menjadi Seorang Muslimah' ,kerana terdapat pelbagai bendung yang perlu dilangkah, terutama apabila berhadapan dengan pandangan masyarakat yang diselimuti adat kuno. Kononnya wanita tempatnya hanya di dapur, mengacau gulai . Ternyata benak mereka terisi dengan tunas-tunas jahiliah,sehingga mereka terlupa tangan yang mengoncang buaian itu mampu mengoncang dunia.  Tidak ingin saya berbicara lebih lebar lagi. Suka saya kongsikan sebuah pandangan daripada sahabat saya yang berjudul  "Siapakah Wanita" . Hayatilah...


“Harta yang paling berharga di dunia adalah wanita yang solehah.” Hadis Muslim
Wanita adalah makhluk Allah yang amat istimewa. Kemuliaan dan keruntuhan sesuatu bangsa terletak di tangan wanita. Oleh yang demikian, Allah telah menetapkan hukum ke atas mereka; walaupun berat di pandangan mata si jahil dan ingkar tetapi ia adalah kemanisan iman yang dicicip oleh wanita solehah. Kerana itulah…sebagai anak, dia menjadi anak yang solehah… Sebagai remaja dia akan menjadi remaja yang berhemah.. sebagai isteri, dia menjadi isteri yang menyenangkan dan menenangkan hati suaminya.. sebagai ibu…dia akan mendidik anaknya dengan penuh kasih sayang… dan pastinya sebagai hamba Allah, dia akan menjadi hamba yang tunduk dan menyerah diri hanya kepada-Nya. Islam tidak membezakan kedudukan atau darjat seseorang sama ada mereka wanita atau lelaki melainkan berdasarkan ketaqwaan mereka kepada Allah.

“Barangsiapa yang mengerjakan amalan yang soleh baik lelaki mahupun wanita sedang ia seorang yang beriman maka mereka itu masuk ke dalam syurga dan mereka tidak dianiaya walau sedikitpun.”  
(An-Nisa’: 24) 


Di manakah letaknya kecantikan sebenar pada seorang wanita?
Mata menilai kecantikan pada rupa. Akal menilai pada fikiran. Nafsu menilai pada bentuk tubuh. Tetapi hati tentulah menilainya pada akhlak dan budi!
Kecantikan rohani banyak menitik beratkan hubungan kita dengan Allah. Dengan pembetukan kerohanianlah maka terpancarlah 'Nur' cahaya yang datang dari kerja amalan kita. Sabda Rasulullah SAW yang maksudnya: "Solat ialah tiang agama dan mempunyai 10 fadilat salah satunya ialah daya penarik pada wajah. Islam menyarankan bahawa kecantikan yang hakiki berpaksi kepada iman yang kental dan sifat kesyukuran yang mendalam. Cantik di mata Allah lebih penting daripada cantik pada pandangan manusia.
Wanita ibarat bunga… cantik indahnya pada pandangan mata hanya sementara… Yang kekal menjadi pujaan manusia, hanyalah wanita yang mulia akhlaknya… kerana akhlak itu umpama bunga diri.. Tiada guna berwajah cantik tetapi berakhlak buruk… tiada guna juga berwajah cantik tetapi hati kosong dari ilmu… Ibarat bunga…ada yang cantik bila dipandang tetapi busuk baunya… Ada pula yang kurang menarik dan baunya juga kurang menyenangkan… Ada juga bunga yang tidak menarik pada pandangan mata kasar.. tetapi bila dihalusi dengan mata hati, ternyata amat tinggi nilainya….
"Ya Allah, sebagaimana Engkau perelokkan kejadian ku, Engkau elokkanlah akhlak-ku.” Amin.


Salam Si Bakawali
Liyana,Fakhirah dan Syazana


Khamis, 31 Mac 2011

gapura insaniah




pembuka tirai semesta ini, kami menyajikan anda dengan GAPURA INSANIAH. Berketepatan dengan  warta dewasa ini yang mirip dengan tema kemanusiaan. Tujuan kami menganjurkan bulan yang bertemakan insaniah ini adalah tidak lain untuk mengajak anda semua bersama-sama di dalam bulatan kami dan membuktikan kita PRIHATIN. Selain itu, saya percaya tanpa kempen humanistik ini, anda masih peka kerana kita berkongsi akidah yang sama, bak kata pepatah 'cubit paha kanan, paha kiri terasa jua"

Jika kita masih tidak mampu memikul AK-14 ataupun ataupun memetik picu revolver, ayuh bersama kami membantu mereka dengan menyertai program kami. Sesungguhnya Rasulullah pernah bersabda:
 Dari Ali Radiallahu-Anhu ia berkata : Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda : Doa itu adalah senjata orang mukmin, tiang agama dan cahaya langit dan bumi. (Riwayat Al-Imam Al-Hakim).

p/s: bumi sudah semakin tua

Rabu, 30 Mac 2011

10 muwasafat tarbiah- Qawiyul Jism


Qawiyul Jism atau dalam bahasa melayunya ‘Sihat Tubuh Badan’ merupakan salah satu daripada 10 muwasafat tarbiyah yang perlu dirutinkan oleh seorang individu muslim.
Persoalan pertama untuk para pembaca, mengapa kita perlu memiliki jasmani yang kuat dan sihat? Sebelum menjawap persoalan itu, gemar saya kongsikan sepotong hadis dari junjungan kita Nabi Muhammad s.a.w
Maksud Hadis : Mukmin yang kuat itu lebih baik dan lebih dikasihi Allah dari mukmin yang lemah, tetapi pada keduanya ada kebaikan.

Sudah terang lagikan bersuluh, agama islam itu sendiri sukakan umatnya yang sihat dah kuat. Ini kerana sebagai pemuda,kita perlu berada di barisan hadapan dan berdiri sebagai pemegang panji-panji islam di medan jihad nanti insyaAllah. Tambah lagi,kekuatan tubuh badan amat penting untuk menjalankan ibadat denagn lebih efektif. Jika kita sebagai harapan agama tidak mampu bertahan untuk solat malam, adakah musuh akan gerun melihat kita di barisan hadapan?

Selain daripada itu, kita sebagai peyambung dakwah perlu berinteraksi dengan orang lain denagn lebih bersemangat dan bertenaga keran dakwah itu bukan kerja mudah.
Sebelum saya berbicara dengan lebih panjang, adakah anda mempunyai Qawiyul Jism? Jom kita tilik diri sendiri

Bil.
Perkara
Ya
Tidak
1
Menjaga kebersihan diri, pakaian, tempat tidur dll.
2
Menjaga permakanan dan mengikut adap makan Rasulullah
3
Bangun sebelum fajar
4
Menghindari rokok dan perkara yang membahayakan kesihatan
5
Tidak penat apabila bangun malam
6
Senantiasa optimis dan positif
7
Anda sentiasa bertenaga dan banyak stamina

Di atas merupakan secubit daripada parameter yang menentukan  tahap kesihatan kita. Dimana agaknya kita berdiri? usah lihat ke kiri,mahupun pandang ke kanan tanya sahaja pada diri sendiri.

Sebagai langkah pertama, saya kepilkan sedikit tips untuk menjadi kuat dah sihat seperti yang dituntut oleh agama kita.


  •   Mengamalkan permakanan seimbang- berdasarkan pyramid makan.
  •  Bersenam dan bersukan- 20 minit setiap sesi untuk 3 kali seminggu                      p/s: bersenam kurang daripada 20 minit tidak dapat menghancurkan lemak dibadan
  • Pemeriksaan kesihatan yang berkala- bak kata pepatah, mencegah lebih baik daripada merawat.  
  •  Dll. Hihihi (^^,)v
  • Jadi tunggu apa lagi, ayuh wahai pemuda bersama kita memenuhi tuntutan alam ini agar dapat kita menjadi muslim yang mukmin. Mari kita bersama berlumba menyihatkan dan menguatkan badan kerana ia adalah salah satu kunci untuk menjadi individu muslim.






Isnin, 28 Mac 2011

penulisan kreatif



Assalamualaaikum w.b.t

Gapura Insaniah-pintu gerbang kemanusian, begitulah tema yang dipilih oleh pihak kami BTK sempena bulan April ini. Berketepatan dengan “pintu gerbang”, kini kami membuka ruang unutk andai semua ber’kemanusian’ dengan pertandingan penulisan kreatif. Siapa tahu,titisan salji yang membeku ataupun sinar mentari nizhny yang dingin ini dapat memberi ilham kepada anda semua untuk mengarap penulisan. Sedikit kelaianan dalam siri pertandingan yang terbaru ini adalah dengan penambahan kategori baru seperti penulisan lagi dan hadiah yang menanti pemenang. Jadi tunggu apa lagi...jom sertai kami.
Berikut adalah sedikit maklumat unutk anda semua yer   v(^_^)

Kategori
1) Cerpen
2) Puisi 
- Syair
- Sajak
- Pantun
- Seloka
3) Penulisan lirik lagu berunsur Islamic

b) Tema (bulan april)
kemanusiaan

c) Syarat pertandingan
- Penyertaan terbuka kepada semua ahli PPIM
- Penulisan dalam bahasa melayu atau English
- Setiap penyertaan hendaklah disertakan dengan maklumat berkenaan:- 
1) Nama penuh:-
2) Nama pena(jika ada):-
3) e-mail :-
4) no telefon:-
5) tahun pengajian:-

- Penyertaan perlulah dihantarkan kepada Siti Roneza 3rd year melalui emel 
(lovill_nea97star@yahoo.com)
atau by hand ( 3rd hostel 321)
- Setiap karya hendaklah dihantar sebelum atau pada 23/04/2011
- Juri adalah terdiri daripada juri yang berpengalaman dan keputusan juri adalah muktamad.
- Pemenang akan diumumkan pada 29/04/2011 melalui blog BTK dan melalui emel atau SMS dr pihak penganjur


d) Hadiah 
- pemenang akan mendapat hamper 




p/s: jangan tunggu lama-lama, nanti lama-lama HAMPER disambar orang( dgn rentak =])

a.a


Ahad, 20 Mac 2011

Tazkirah Mingguan-Qiamullail


Ringkasan Tazkirah 18th  March 2011
Tajuk: Qiamullail
Pemberi: Amir Hamzah bin Hamzaid

Element-element manusia
·      Fizikal – diisi dengan makanan untuk kekuatan
·      Akal – diisi dengan ilmu
·      Emosi – diisi dengan kasih sayang, rakan-rakan dan keluarga
·      Rohani – perlu diisi dengan ibadah untuk menjamin kesejahteraannya. Antara ibadah yang digalakkan ialah Qiamullail
Apa maksud Qiamullail??
Bangun pada waktu malam (menghidupkan malam) dengan beribadat kepada Allah seperti bersolat, membaca al-Quran dan berzikir semata-mata mengharap keredhaan Allah.
Allah Azzawajalla turun pada tiap-tiap malam ke langit dunia ketika tinggal satu pertiga malam yang terakhir , maka ia berfirman : " Sesiapa yang akan berdoa kepada aku akan aku perkenankan. Sesiapa yang meminta ampun kepada aku akan aku ampuninya".
 (Al-Bukhari)
Al-Muzammil 73;1-8
[1] Wahai orang yang berselimut!.

[2] Bangunlah sembahyang Tahajjud pada waktu malam, selain dari sedikit masa (yang tak dapat tidak untuk berehat),

[3] Iaitu separuh dari waktu malam, atau kurangkan sedikit dari separuh itu,

[4] Ataupun lebihkan (sedikit) daripadanya; dan bacalah Al-Quran dengan "Tartil".

[5] (Sayugialah engkau dan pengikut-pengikutmu membiasakan diri masing-masing dengan ibadat yang berat kepada hawa nafsu, kerana) sesungguhnya Kami akan menurunkan kepadamu wahyu (Al-Quran yang mengandungi perintah-perintah) yang berat (kepada orang-orang yang tidak bersedia menyempurnakannya).

[6] Sebenarnya sembahyang dan ibadat malam lebih kuat kesannya (kepada jiwa), dan lebih tetap betul bacaannya.

[7] (Kami galakkan engkau dan umatmu beribadat pada waktu malam), kerana sesungguhnya engkau pada siang hari mempunyai urusan-urusan yang panjang kira bicaranya;

[8] Dan sebutlah (dengan lidah dan hati) akan nama Tuhanmu (terus menerus siang dan malam), serta tumpukanlah (amal ibadatmu) kepadaNya dengan sebulat-bulat tumpuan.
Perkara-perkara yang boleh dilakukan
1.        Solat sunat tahajjud
“dan bangunlah pada sebahagian dari waktu malam dan kerjakanlah solat tahajjud sebagai solat tambahan bagimu. Semoga tuhanmu membangkit dan menempatkanmu pada hari qiamat ditempat yang terpuji.”Al-Isra’ 79
2.        Solat sunat tasbih, taubat, istikharah,hajat, mengqada’ solat fardhu, solat mutlak, dan solat sunat yang lain.
3.        Solat witir
4.        Berzikir, bertasbih dan bertahmid
5.        Membaca al-Quran
6.        Dan amalan-amalan lain seperti muhasabah dan memikirkan keagungan dan kekuasaan Allah
Kelebihan dan hikmah Qiam..
1.        Dimakbulkan doanya dan masin perkataan.
2.        Tenang hati dan fikirannya
3.        Dimurahkan rezeki
4.        Dihormati masyarakat
5.        Dilindungi Allah daripada khianat manusia.
6.        Meningkatkan keimanan individu
7.        Meninggikan darjat disisi Allah
8.        Dapat beribadah dengan lebih khusyuk
9.        Mendidik jiwa bersyukur dengan nikmat
10.     Melatih diri menjadi insan bertakwa
11.     Mendidik jiwa melawan nafsu dan syaitan


Cara istiqamah
1. Tasbih, Tahmid dan Takbir, dapat membersihkan hati
2. Afternoon nap,tidur sekejap sebelum waktu zohor. Perkara ini diamalkan oleh Rasulullah saw dan dipercayai dapat memberi kekuatan unutk berqiyamulail
3.Mengurangkan dosa, kesalahan dan dari membuat maksiat.
4.Tidur awal
5.  Niat
Fudhail bin Iyadh' berkata:
"Apakah engkau tidak mendengar hai Waki tentang apa yang difirmankan oleh Allah?" Dia menjawab, "Aku tidak tahu!" Fudhail berkata, "Allah berfirman : "Hambaku TIDAK JUJUR, dia mengaku menCINTAIKU, tapi bila malam menyelimutinya, dia tidur dan meninggalkanKu" 

Selamat beramal ^.^
Disediakan oleh : Nasir Zainal Abidin