Ahad, 29 Mac 2009

TENTANG KEIMANAN DAN AKHLAK



Ketahuilah, bahawa DIA Yang Memiliki semua perbendaharaan di segenap langit dan bumi telah mengizinkan engkau berdoa kepadaNya.
DIA telah berjanji menerima doamu.
Dan DIA telah memerintahkanmu menunjukkan
permohonan kepadaNya
agar DIA memberimu apa yang kau minta; dan juga yang
mendambakan rahmatNya agar DIA melimpahkannya atas dirimu. Tidak seorangpun yang dapat menjadi penghalang antara kau dan DIA.

Tiada DIA mencegahmu bertaubat
bila kau melakukan kejahatan,
dan tiada pula DIA menyegerakan pelaksanaan hukuman bila kau melanggar laranganNya.
DIA tidak mengejekmu bila kau akhirnya kembali kepada-Nya,
dan tidak membongkarkan rahsia-rahsia dosamu meski yang demikian itulah yang lebih patut bagimu.
DIA takkan mempersulit penerimaan taubatmu,
tidak mengungkit-ungkit kesalahanmu,
dan tidak akan pernah membuatmu merasa putus asa akan rahmatNya.
Bahkan bila kau mengurungkan niatmu untuk melakukan dosa, DIA akan menghitungnya sebagai suatu perbuatan baik yang layak diberi pahala.
DIA hanya menghitung pelanggaran yang kau lakukan sebagai satu kali dosa,
akan tetapi perbuatan baik yang kau lakukan akan dihitungNya sepuluh kali lipat pahalanya !

PintuNya selalu terbuka bagimu bila kau kembali kepadaNya.
Kesempatan diberikanNya kepadamu bila kau ingin memperbaiki dirimu di hadapanNya.
Bila kau memanggilNya, DIA mendengar panggilanmu itu. Bila kau bermunajat denganNya,
DIA pun mengetahui bisikan hatimu.
Dan kau selalu diberi-Nya
waktu untuk memaparkan kepada-Nya segala hajatmu, mencurahkan segala isi hatimu,
dan mengeluhkan segala kerisauanmu.
Ataupun kau memohon agar DIA
menghilangkan segala kesusahanmu serta mengharap pertolongan-Nya atas semua urusanmu.
Atau meminta agar DIA melimpahkan bagimu dari khazanah rahmat-Nya,
sebanyak apa saja yang tak mungkin siapapun selain DIA memberikannya,
baik berupa penambahan usia, kesehatan jasmani atau kelapangan rezeki.

DiserahkanNya kepadamu kunci-kunci khazanahNya dengan mengizinkan kau meminta dariNya.
Setiap kali kau ingin, kau dapat mengetuk pintu-pintu
nikmatNya dengan berdoa kepadaNya seraya mengharapkan curahan rahmatNya.
Maka janganlah sampai kau berputus asa bila DIA tak segera menjawab permohonanmu.
Sebab pemberianNya selalu seimbang dengan niat yang menyertai setiap permintaan.
Adakalanya jawaban dariNya tertunda untuk sementara,
agar lebih besar ganjaranNya bagi si peminta dan lebih berharga bagi si pengharap.
Dan adakalanya kau memohon sesuatu tetapi tidak memperolehnya.

Namun kau mungkin akan mendapat yang lebih baik, segera atau ditangguhkan sampai waktu lainnya.
Atau hal itu memang sengaja dialihkan agar engkau memperoleh gantinya yang lebih utama.
Sungguh, kau tidak tahu, dalam sesuatu yang kau
minta mungkin saja tersembunyi penyebab kehancuran agamamu sekiranya kau memperolehnya.
Karena itu mohonlah dariNya agar semua permintaanmu ditetapkan kebaikannya untukmu dan dijauhkan keburukannya darimu.

Betapapun juga,
kekayaan yang diberikan kepadamu tak akan berada di tanganmu selamanya,
demikian pula kau tak akan hidup terus untuknya.
Ketahuilah, bahawa kau dicipta untuk kehidupan akhirat, bukan untuk dunia.
Untuk kefanaan, bukan untuk kebaqaan.
Untuk kematian, bukan untuk kehidupan yang selamanya.

Dan bahawa kau kini berdiam dalam rumah sementara
dengan keadaan yang hanya mencukupi keperluan,
dan dibawa berjalan di atas jalan menuju akhirat.
Dan bahawa kau selalu dikejar oleh maut yang tiada
seorangpun terlepas dari kejarannya,
dan tidak pula mampu menghindarinya.
Ia pasti mencapai mangsanya.

Maka, waspadalah selalu !
Jangan sampai ia mencapaimu ketika kau dalam keadaan yang buruk.
Walaupun barangkali kau pernah membisikkan keinginan
bertaubat ke dalam hati sanubarimu,
namun maut yang datang cepat dapat
menjadi penghalang antara kau dan niatmu itu.
Jika yang demikian itu terjadi,
maka sesungguhnya kau telah menjadi penyebab kebinasaan bagi dirimu sendiri..


jagalah adabmu, jagalah akhlakmu sebagai seorang muslim...bukan hanya menjaga hubungan dengan Allah s.w.t tetapi tidak menjaga hubungan dengan manusia yang lain...sesungguhnya islamyang sempurna bukan hanya terletak pada hatinya, namun ia ditonjolkan dengan perbuatan..


patuhilah perintah agamaNya dan janganlah kau membuat kemungkaran.


subhanallah



Al- Ghazali pernah berkata ; " Segala adab sopan anggota badan zahiriah adalah tanda kesopanan batiniah. Segala gerakan anggota badan adalah buah yang terguris di dalam hati yakni segala amal perbuatan dari akhlak."



Sabtu, 28 Mac 2009

Qiam Muslimah =)

untitled

Goreng Pisang Panas!!!

untitled2

CARA MEMPERBAIKI BUDI PEKERTI MANUSIA

Imam Ghazali telah memberi beberapa pedoman dalam memperbaiki budi pekerti manusia iaitu sebagaimana berikut :

Pertama : Dia mesti sentiasa berdekatan dengan seorang guru yang mengetahui sunguh-sungguh tentang kekurangan, kecelakaan dan keburukan yang ada pada dirinya dan yang dapat melihat kecacatan yang tersembunyi dalam jiwanya. Guru ini dengan kebijaksanaannya akan menerangkan kekurangan itu kepadamya di mana selepas itu guru tersebut akan memberi petunjuk yang mesti diikuti secarabersungguh. Begitu juga dengan latihan yang berkaitan dengan pembaikian itu dikerjakan benar-benar maka barulah hasilnya akan berkesan.

Kedua : Dia mesti mencari seorang teman yang setia, jujur, mengetahui keadaan dirinya dan beragama untuk dijadikan pengawas yang sentiasa mengamti segala gerak- gerinya. Pengawas ini akan menegur apabila adanya sesuatu yang kurang baik berlaku. Apabila setiap teguran dipatuhi maka usahanya ke arah memperbaiki budi pekerti akan bertambah maju.

Ketiga : Seseorang dapat mempelajari kekurangan, kecelaan dan keburukan dirinya daripada musuhnya iaitu dengan mendengar kekurangan yang keluar daripada musuhnya yang membencinya kerana mata orang yang benci cepat melihat kecelaan yang ada. Manusia dapat banyak faedah daripada lidah musuhnya yang sedang marah dan sedang menghamburkan keburukan dirinya. Ia lebih baik daripada pujian seorang teman yang penipu dan suka menyembunyikan keburukan yang sebenarnya.

Keempat : Melalui pergaulan juga mampu memperbaiki budi pekerti seseorang. Bergaul dengan ramai orang banyak faedahnya di mana seseorang dapat melihat apa yang baik dan kurang baik melaluinya. Dia mengambil sifat yang baik untuk diguna dan yang tidak baik untuk dijauhkan atau menggantikannya dengan yang baik. Sebaiknya seseorang yang mahu memperbaiki budi pekertinya mestilah menghitung dirinya sendiri dengan membersihkannya daripada segala kecacatan .

MATLAMAT AHKLAK MULIA

Imam Ghazali dalam ajarannya menjadikan Al-Quran sebagai ukuran dalam mengenali tanda budi pekerti yang baik dan ukuran yang digunakan untuk mengetahuinya. Al-Quran cukup lusa membentangkan dua jenis mausia yang baik dan jahat. Hampir keseluruhan firman Allah secara terus terang atau menyindir menyebutkan sifat orang mukmin yang soleh dan sifat orag kafir serta munafik yang merosakkan. Menurut Imam Ghazali
kebahagiaan akhirat merupakan matlamat utama akhlak mulia.

Melalui kitabnya Al-Mizan beliau menerangkan tujuan tersebut : " Kebahagiaan yang sebenar ialah kebahagiaan akhirat. Kebahagiaan yag lain daripada itu adalah kebahagiann majazi yang terdiri daripada majizi yang keliru iaiatu kebahagiaan dunia yang tidak dapat membantu untuk sampai kebahagiaannya ke akhirat. Majizi yang sebenar ialah yang dapat membantu tujuan akhirat. Sekalipun ada sesuatu yang dapat menyampaikan manusia kepada kebajikan dan kebahagiaan tetapi kebahagiaan akhiratlah yang benar daripada segala tujuan itu".

Secara rambang Imam Ghazali seperti tidak mahu mengakui tujuan sosial dan tidak mahu menamakan tujuan itu suatu kebahagiaan. Sebenarnya beliau ingin lebih jauh daripada tujuan itu dalam meletakkan dasar-dasar utama untuk sesuatu amal kebajikan itu bukan hanya sehingga tercapainya masyarakat sosial tetapi beliau ingin mengembalikan segala tujuan itu kepada Allah dan kebahagiaan akhirat. Dengan ini maka segala kebajikan yang dilakukan bukan kerana ingin nama, pangkat dan sebagainya tetapi ditimbulkan atas rasa keikhlasan dan tanggungjawab terhadap Allah. Kepuasan hati yang disebutkan kebahagiaan daripada orang yang berbuat baik akan lebih dirasai daripada kepuasan yang dapat daripada pujian sesama manusia.

Imam Ghazali turut menyatakan dalam kitabnya Al-Mizan bahawa orang yang menjauhi segala kejahatan dan maksiat kerana hanya memelihara kemuliaan diri tidak dinamakan afif iaitu sopan santun atau suci batinnya disebabkan dia tidak bermaksud berbuat demikian kerana Allah.

Inilah fahaman Imam Ghazali tentang akhlak di mana kitab-kitabnya terus menjadi bahan rujukan utama sehingga hari ini untuk dijadikan pedoman dalam menghayatinya dan menangani permasalahan akhlak yang timbul .

Yang Paling Dekat..

Salam wrt,


Dengan nama Allah, yg Maha Penyantun lagi Maha Mengampuni,


Moga dijauhkan sifat riak dr hati-hati kami,


 



water-in-hand 


 


Nak kongsi serangkap lirik lagu “Syahadat Cinta”. Mungkin ramai yg da tengok filem dia, tp sy lebih tersangkut pada lagunya.. Klik utk dengar..


 


“Syahadatmu adalah syahadat cinta


Penuh pengorbanan dan air mata


Semerbak mewangi


Suci dan murni menuju damai cinta”


 


Lagu yg refreshing.. Mungkin sebab da lama xde stok nasyid baru. Tp bait-baitnya menangkap hati sy. Chewah.. Kebelakangan ni byk benda yg berlaku mengingatkan sy pada benda2 basic yg kadang2 kita terlepas pandang.


 


“Dan Tuhanmu berfirman: ‘Berdo’alah kepada-Ku, nescaya akan Kuperkenankan bagimu. Sesungguhnya orang-orang yang menyombong diri dari menyembahKu akan masuk neraka jahanam dalam keadaan hina dina.”  Al-Mu’min, 40: 60


 


Diyakinkan lg dgn..


 


“Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah) bahawasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yg berdo’a apabila ia memohon kepada-Ku, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah)Ku dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran.”  Al-Baqarah, 2: 186


 


Ayat yg simple. Allah ajak kita doa pada dia. Meletakkan segala pergantungan pada Dia yg Maha Esa, Maha Satu. Dan lepas tu Allah yakinkan kita lagi yg bahawa Dia akan perkenankan keinginan kita.


Is it as simple as that? Takkan begitu senang? Hmm..  Kenapa perlu meraguinya? Kan ini janji Allah yg da termaktub kebenarannya.


 


“Dialah yg menghidupkan dan mematikan, maka apabila Dia menetapkan sesuatu urusan, Dia hanya berkata kepadanya: ‘Jadilah’, maka jadilah ia.”  Al-Mu’min, 40 : 68


 


Itulah Allah yg Maha Powerful.. Tapi kita sebagai pemohon-pemohon, peminta-peminta dari-Nya perlulah bagi perhatian jugak pd kualiti usaha kita, rasa rendah diri kita apabila meminta, keredaan kita pada ketentuan-Nya. Pegangan yg patut kita semua ada ialah mempercayai walau bagaimana buruk dan catastrophic pun sesuatu yg Allah bg pada kita, benda itu adalah yg  terbaik buat kita.



Cuma bila hikmah kejadian itu nak terserlah menjadi rahsia Allah. Mungkin cepat dan mungkin selepas beberapa tempoh yg lama.. Tp takpe.. Itu kan jentikan kasih dari-Nya.   :)


 


Kelam yg Allah bg itu kejap, sinarnya selepas itu lagilah berpanjangan.


*Peringatan buat diri juga.


 


Wallahua’lam.

Khamis, 26 Mac 2009

Cerita kita

Dengan Nama Allah, Rabb yang Maha Pengampun



Sahabat, aku tersedar dan memahami sesuatu..aku menjumpainya di dalam Quran.. Kemudian aku melihat dan mengaitkannya dengan realiti di sekelilingku.. Aku ingin menceritakan kepada kamu.. Cerita tentang kita..






*****






"Bukankah pernah datang kepada manusia, suatu ketika dari masa, yang ketika itu (manusia itu) belum merupakan sesuatu yang dapat disebut..?" [QS 76: 1]






"Dia menciptakan kamu dari diri yang satu (Adam)……Dia menjadikan kamu dalam perut ibumu kejadian demi kejadian (embryogenesis).." [QS 39: 6]






Sahabat, ya..aku dan engkau sebelum ini tidak pernah wujud, malah tidak disebutpun..Kemudian Dia telah menjadikan kita ini, kita


 


baby


 



 


*****






"Dan jika kamu menghitung nikmat Allah,nescaya kamu tidak akan mampu menghitungnya.." [14: 34]






"(Semua itu) untuk kesenanganmu dan untuk haiwan-haiwan ternakmu.." [80: 32]






Ya, dia telah menciptakan segala benda di bumi untuk kita gunakan..untuk kesenangan kita.. Sahabat, mahukah anda tahu untuk apa kesenangan itu bagi kita.?.


nature



 

*****






"Aku tidak menciptakan jin dan manusia, melainkan agar mereka beribadah(menghambakan diri) kepadaKu." [51: 56]






"..Aku hendak menjadikan (manusia) khalifah di bumi.." [QS 2: 30]






Semua itu adalah supaya kita mampu memenuhi tuntutan wujudnya kita sebagai kita di dunia ini..supaya kita mampu memikul tugas hakiki yang di amanahkanNya..









Tetapi..









Manusia itu sangat ingkar kepada tuhannya..tidak bersyukur terhadap pemberianNya.. Kesenangan digunakan tanpa menghiraukan haknya..Kenapa manusia itu selesa dengan dirinya apabila ia melakukan dosa..? Sedangkan manusia itu sudah mengetahui.. Apakah yang telah berjaya menipu manusia ini..?




 


"WAHAI MANUSIA! Apakah yang telah memperdayakan engkau (berbuat durhaka) terhadap Tuhanmu yang Maha Pengasih??!"


 


"..yang telah menciptakanmu, lalu menyempurnakan kejadianmu dan menjadikan (susunan tubuh)mu seimbang.." [QS 82: 6-7]






Mengapa manusia masih biadap terhadap Tuhan kita?


Mengapa manusia tidak merindukan Tuhan kita?


Mengapa manusia tidak mahu mengingati dia?


Mengapa manusia tidak menghambakan diri HANYA kepada dia?


Bukankah kita semua adalah dari Dia..?






*****






Wahai manusia, janganlah kamu begitu..


Merelakan diri untuk menjadi manusia yang seperti itu..


Kerna aku juga seperti kamu, seorang manusia..


Yang tidak kurang berbanding kamu, punyai kelemahan dan cacat cela






Ingin aku mengajak kamu kepada satu hakikat..


Hakikat yang tidak akan luput oleh sempadan tempat, dan sempadan masa..


Marilah saudara memahami hakikat ini..


Jika dijiwai inshaAllah, akan kembali mengorientasi diri..






"Wahai manusia! Kamulah yang memerlukan Allah..Dan Allah, Dialah yang Maha Kaya, Maha Terpuji (tidak memerlukan apa-apa pun).." [QS 35: 15]






*****






Sahabat,


Mari kita susun kembali kehidupan kita.. =)






WaAllahua'alam..






"Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kepada Allah..dan carilah jalan untuk mendekatkan diri kepadaNya, dan bermujahadah (berusaha sungguh-sungguh segenap kemampuan) di jalanNya..agar kamu BERUNTUNG." [QS 5: 35]


 


*Dipetik dari http://syntahstylo.blogspot.com/

MaSih berPeluanG,,betoii...

Assalamualaikum geng,

dari Alin ke Sai,,nak sambung gak,,tajuk ana pulak Pengampunan Allah,,
kengkawan sekalian,,nak share ayat favourite ana:
"Sungguh,Allah yang menahan langit dan bumi agar tidak lenyap; dan jika keduanya lenyap tidak ada seorang pun yang mampu menahannya selain Allah. Sungguh, Dia Maha Penyantun, Maha Pengampun" (35;41)


Ayat nie simple jee ,,tapi maksud die mendalam,,
Ana sure manusia mana yang xterlepas dari berbuat dosa. ITS NORMAL!!, but its become abnormal when we feel easy with it, pretend like nothing happened, feel nothing, tapi sebenarnya bumi tempat kte berdiri meminta keizinan Tuhan untuk membenamkan kte dan langit yang di atas kepala kte memohon izin untuk gugur menimpa kte."But then Tuhan yang maha penyayang tu berfirman pada langit dan bumi,
"Tahanlah bahaya untuk hamba-Ku itu dan berilah dia waktu. Mungkin dia bertaubat pada-Ku lalu Aku ampunkan dan mungkin saja dia menggantikan kerja buruknya dengan amalan yang baik lalu Aku gantikan dosanya dengan pahala."

Ya Allah, betapa sayangnya Engkau kepada hamba2Mu yang melampaui batas ni,,masih bagi peluang lagi, mmg sifat penyayang Allah ni sangat100x tinggi nilainya,,melebihi kasih sayang seorang ibu pada anaknya(termaktub dalam hadis sohih Bukhari n Muslim),,
So,sementara ade waktu lagi nie,sentiasalah meminta keampunan dari Allah,,dan jangnlah sesekali merasa cukup dengan ibadah ciput yang kte buat nie. Boleh jadi bila tiba waktu yang dijanjikan tu,antum lihat buku antum kosong,se rubble pon xdak,,

Bukan nak takutkan, apetah lagi jathkan semangt antum tapi amalan antum yang naik kelangit sentiasa ditapis, jikalau terkandung sedikit riak nescaya di lemparkan kembali, so, sentiasalah beristighfar n mohon keampunan Allah terhadap dosa yang zahir n batin,,

melayu-251

Ya Allah kurniakan daku kesensitivan yang tinggi tatkala melakukan dosa, supaya daku x hangut dalam arus kefasikan ,,,amin