Assalamualaikum w.b.t kepada semua pengunjung blok ini.Sejak dua menjak ni kite sering kali dikejutkan dengan berita-berita sedih lagi menghayat hati yg melanda saudara seagama kite di Gaza,Palestin.Hajat di hati ingin menulis artikel mengenai hal ini tapi dirasakan tidak cukup ilmu di dada mengenai isu berdarah ni.sakit dan remuk redam hati melihat rejim Israel dengan selambanya 'menyembelih' umat islam di sana tapi apa boleh buat,,kite bukanlah kuasa besar yang mampu tuk menghentikan serangan mereka,jadi selemah-lemah iman kite hanyalah berdoa kepada Allah moge mereka di sana di beri kekuatan tuk mengahadapi situasi ini..Amin..
Saya merasa terpanggil tuk menulis dan berkongsi dengan saudara saudari sekalian mengenai tajuk seperti di atas..semoga dapat dijadikan renungan tuk kite bersama.Selama hayat kita sebagai manusia, Allah hanya memanggil kita sebanyak 3 kali sahaja. Iaitu:
Panggilan pertama adalah Azan.
Itu adalah panggilan Allah yang pertama. Panggilan ini sangat jelas terdengar di telinga kita, sangat kuat terdengar. Ketika kita solat, sesungguhnya kita menjawab panggilan Allah. Tetapi Allah masih fleksibel. Dia tidak ‘cepat marah’ akan sikap kita. Kadang-kala kita terlambat, bahkan tidak solat sama sekali kerana malas. Allah tidak marah seketika. Dia masih memberikan rahmat-Nya, masih memberikan kebahagiaan bagi umat-Nya, samada umat-Nya itu menjawab panggilan Azan-Nya atau tidak. Allah hanya akan membalas umat-Nya ketika hari Kiamat nanti.
Panggilan kedua adalah Umrah/Haji.
Panggilan ini bersifat halus. Allah memanggil hamba-Nya dengan panggilan yang halus dan sifatnya ‘bergiliran’. Hamba yang satu mendapatkan
kesempatan yang berbeza dengan hamba yang lain. Jalannya bermacam-macam…yang tidak ada wang menjadi ada wang, yang tidak merancang pula akan pergi, ada yang memang merancang dan terkabul. Ketika kita mengambil niat Haji/Umrah, berpakaian Ihram dan melafazkan ‘Labaik Allahuma Labaik/Umrotan’, sesungguhnya kita saat itu menjawab panggilan Allah yang ke dua. Saat itu kita merasa bahagia, kerana panggilan Allah sudah kita jawab, meskipun panggilan itu halus sekali. Allah berkata, laksanakan Haji/Umrah bagi yang mampu.
Dan panggilan ketiga adalah KEMATIAN.
Panggilan yang kita jawab dengan amal kita. Pada kebanyakan perkara, Allah tidak memberikan tanda secara langsung dan kita tidak mampu menjawab dengan lisan dan gerakan. Kita hanya menjawabnya dengan amal soleh. Kerana itu, manfaatkan waktu kita sebaik-baiknya. Jawablah 3 panggilan Allah dengan hati dan sikap yang Husnul Khotimah. InsyaAllah syurga adalah balasannya.
Pada hari kiamat akan keluar seekor binatang dari neraka jahanam yang
bernama ‘Huraisy‘ berasal dari anak kala jengking. Besarnya Huraisy ini
dari timur hingga ke barat. Panjangnya pula seperti jarak langit dan bumi.
Malaikat Jibril bertanya: ‘Hai Huraisy! Engkau hendak ke mana dan siapa
yang kau cari?’ Huraisy pun menjawab, ‘Aku mahu mencari lima orang
Pertama, orang yang meninggalkan sembahyang.
Kedua, orang yang tidak mahu keluarkan zakat.
Ketiga, orang yang derhaka kepada ibu bapanya.
Keempat, orang yang bercakap tentang dunia di dalam masjid.
Kelima, orang yang suka minum arak’.
Wallahualam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan