Laporan Tazkirah Mingguan
Tarikh: 30 April 2011 ( Sabtu )
Masa : 9 - 9.45 malam
Pengacara Majlis : Hazim ( 4th year)
Pentazkirah: Amir Hamzah bin Hamzaid
- Pentazkirah menayangkan video bertajuk ‘Medical Sharing’ daripada Dr.Fauziah
- Video ini merupakan rakaman daripada Aqsa Syarif Le Tour d'Europe yang bertempat di Olomouc, Czech Republic bertarikh 19 April 2011.
Isi kandungan tazkirah :
Isu
Berkisar mengenai tujuan hidup utama seorang muslim yaitu untuk memperolehi keredhaan Allah S.W.T
1. Selain itu, beliau menekankan tentang tanggungjawab yang perlu dipikul seorang muslim.
Tanggungjawab ini perlu dilaksanakan sebaik mungkin kerana hal ini akan ditanya oleh Allah di akhirat nanti.
Contoh yang diberi : Tanggungjawab seorang doktor untuk memberikan nasihat yang terbaik
kepada pesakit dan menegakkan pendirian berkaitan agama dalam
bidang perubatan seperti masalah pengguguran bayi dan sebagainya.
Tanggungjawab ini juga meliputi peranan seorang muslim dalam masyarakat. Seorang muslim seharusnya memainkan peranan untuk memperbaiki masyarakat dan mengambil peduli akan hal-hal yang berlaku pada masyarakat tersebut.
2. Isu berkaitan masa turut beliau kupaskan dalam video tersebut.
Beliau mengibaratkan masa sebagai kehidupan dan menyatakan hakikat masa yang semakin pantas berlalu adalah kerana beban dan tanggungjawab yang semakin bertambah dari hari kehari seiring dengan usia.
Terdapat dua masa yang manusia selalu leka denganya yaitu masa lapang dan masa sihat. Hal berkaitan masa ini juga akan Allah tanyakan kepada manusia di akhirat nanti
Tindakan yang perlu diambil :
1. Memikul tanggungjawab dan melaksanakannya dengan sebaik-baiknya
2. Pengurusan yang mantap dalam pelbagai bidang misalnya pengurusan masa, kewangan dan sebagainya
3. Sentiasa berfikiran positif- Seorang muslim tidak seharusnya murung kerana setiap perkara yang berlaku keatas seorang muslim adalah kebaikan semata-mata
4. Mempunyai sistem sokongan yang kuat seperti keluarga, rakan-rakan.
5. Menjadi seorang muslim yang kuat secara fizikal mahupun mental
6. Memudahkandan melapangkan urusan urusan orang lain- Berdasarkan hadis riwayat muslim.
Konklusi
Seorang muslim hendaklah menjadi mukmin yang lebih kuat dalam segala aspek kerana mukmin yang lebih kuat itu lebih dikasihi Allah berbanding mukmin yang lemah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan