(Di Nizhny, kami menggunakan term C.I.R.C.L.E menggantikan term USRAH)
C.I.R.C.L.E Of Russia @ singkatannya C.I.R.C.L.E adalah satu sistem kumpulan-kumpulan kecil yang dirancang oleh Persatuan Perubatan Islam Malaysia Student Chapter Nizhny Novgorod yang digerakkan di bawah Biro Tarbiah & Kerohanian. Ianya diharapkan dapat menjadi kumpulan-kumpulan kecil yang dipertautkan ahli-ahlinya oleh satu ikatan hati yang kukuh dan mesra, yang wujud interaksi dan komunikasi yang baik antara satu sama lain.
C.I.R.C.L.E dipimpin oleh pelajar-pelajar yang dikenali sebagai Naqib/Naqibah yang bertindak untuk mewujudkan C.I.R.C.L.E yang saling kasih mengasihi dan mengambil berat antara satu sama lain serta sentiasa berusaha mempertingkatkan ilmu, kefahaman, amalan dan penghayatan Islam melalui pelbagai aktiviti yang sesuai dan munasabah.
C.I.R.C.L.E ditegakkan dengan 3 prinsip utama iaitu :
Setiap ahli mestilah berusaha untuk mengenali ahli yang lain supaya pengertian persahabatan yang sebenar dapat dirasai. Dengan itu, setiap ahli akan dapat memelihara perhubungan ukhuwwah serta menyuburkannya sebaik mungkin.
2) Tafahum (Saling bersefahaman):
Asas kesefahaman yang penting ialah semua ahli mestilah bercita-cita menghayati hidup Islam. Ini bermakna segala usaha mestilah difahami sebagai bertujuan untuk mencapai cita-cita tersebut. Jangan ada ahli yang merasa terpinggir atau merasakan dirinya terasing dari usaha-usaha tersebut.
3) Takaful (Saling melindungi) :
Seluruh ahli adalah ibarat tubuh yang satu. Perasaan ini akan menjadikan C.I.R.C.L.E satu kumpulan yang saling kuat memperkuat antara satu sama lain. Maka tidak akan ada seorang ahli yang di dalam kesusahan melainkan seluruh ahli akan merasainya bersama. Inilah kemuncak ukhuwwah Islamiyyah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan