(Universiti Gaza Diserang)
27/12/2008 Gaza (arrahmah) - Jumlah korban warga Palestina terus bertambah sehingga mencapai 205 terbunuh dan 750 terluka dalam serangan Israel di Jalur Gaza, Sabtu waktu zohor.
Serangan tersebut terjadi pada saat para pelajar baru keluar dari sekolah mereka. Menurut Ketua Unit Kecemasan dari Kementerian Kesihatan di Gaza, jumlah yang korban akibat pengeboman Israel di Jalur Gaza pada saat ini mencapai lebih dari 205 orang.
Orang ramai mengatakan, keadaan yang terjadi benar-benar seperti perang. Israel melancarkan serangan ke pelbagai lokasi yang mengakibatkan ramai yang gugur syahid dalam jumlah besar.
Saksi menambah, pesawat tempur Israel jenis F-16 melancarkan serangan ke arah pemukiman di utara, tengah, dan selatan Jalur Gaza. Serangan ditujukan terhadap lebih dari 30 sasaran. [fadly/alm/arrahmah.com]
Israel terus serang Gaza: 10 penduduk Palestin maut
29/12/2008 GAZA: Pesawat pejuang Israel terus melancarkan serangan ke atas Tebing Gaza awal subuh tadi, dengan sekurang-kurangnya 10 warga Palestin dilaporkan maut dan 10 cedera.
Pengarah Bantuan Kecemasan Gaza, Moawiya Abu Hassanein memberitahu AFP, sekurang-kurangnya 10 serangan udara dilancarkan angkatan udara Israel dengan kebanyakannya di Bandaraya Gaza dengan sasaran kawasan Hamas termasuk bangunan keselamatan dan kementerian. Pihak tentera Israel turut mengesahkan serangan baru yang masuk hari keempat itu hanya menyerang kawasan 'sasaran Hamas'.
Antara bangunan yang rosak dalam pengeboman itu ialah pejabat Perdana Menteri, Kementerian Pertahanan, Kementerian Luar, Kementerian Kewangan dan Universiti Islam, menurut sumber Hamas yang memetik sumber di Gaza.
Turut disasarkan ialah sebuah markas yang dikaitkan dengan Gerakan Fatah yang diketuai Presiden Palestin, Mahmud Abbas.
Kementerian Luar yang diketuai Mahmud Zahar, salah seorang pemimpin Hamas paling berpengaruh, dilaporkan musnah sama sekali, termasuk perumahan awam berdekatan dalam serangan itu.
Bangunan Kementerian Luar turut mengalami kemusnahan teruk dan terbakar dengan api masih marak di tempat kejadian. - AFP
Tiada ulasan:
Catat Ulasan