Khamis, 25 Disember 2008

USRAH

Usrah bermakna keluarga. Rapatnya hubungan antara anggota usrah menyebabkan kadang-kadang lebih akrab daripada hubungan saudara sekeluarga.

Tahukah anda Usrah merupakan satu aktiviti yang amat popular dikalangan pendakwah sebagai perantara popular masyarakat masa kini yang mana, telah terlaksana buat kali pertama di rumah sahabat Baginda S.A.W, Abu Al Arqam ketika penentangan terhadap dakwah Baginda diawal perintah Allah S.W.T kepada Baginda S.A.W

Gambar hiasan (atas) - Bangsa Arab Makkah menerima dakwah kali pertama di rumah sahabat Baginda S.A.W, Abu Al Arqam.

Manakala istilah yang disebut oleh ulama' gerakan ialah kumpulan individu Muslim yang beriman kepada Allah, berusaha untuk tolong menolong sesama mereka untuk memahami ajaran Islam. Mereka ini melakukan kerja-kerja Islam sebagai menyahut seruan Allah s.w.t.
Maksudnya:
"Hendaklah kamu nasihat-menasihati dengan kebenaran dan nasihat-menasihati supaya menepati kesabaran."
(al-Asr, 103:3)

Kesimpulannya usrah adalah proses untuk mengikat hubungan yang lebih mantap di kalangan ahli jemaah untuk melakukan kerja Islam yang mencabar. Tegur menegur antara sesama ahli dan nasihat menasihat adalah asas kekuatan jemaah. Kemanisan berjemaah akan terasa apabila pelaksanaannya menepati kehendak usrah.

-----------------------------------------------------------------------------------------

Tiada ulasan:

Catat Ulasan