Isnin, 10 Mei 2010

The Future Of Our Religion by Tariq Swaidan. (Malay version)

Di masa zaman rasulullah, terdapat dua tamadun yang begitu kuat dan saling bersaing antara satu sama lain, iaitu :
Tamadun Parsi.
Tamadun Rom.

Tamadun Parsi : ibu negara : Al Madain. Menguasai wilayah Iraq, Peninsula Arab, dan India.

Tamadun Rom : diketuai oleh Cesar, mempunyai 3 ibu negara :

1. Constantinople : istanbul di bahagian utara.
2. Jerusalem : Al Quds di bahagian timur.
3. Iskandariah : di bahagian barat - dan juga Afrika Utara.

Rom pada tika itu, menguasai Afrika Utara, Mediterranean timur, Turkey, dan kawasan sekitarnya.

Cesar selalunya berada di Istanbul, tetapi kadang kadang memerintah Rom dari Jerusalem.

Rasulullah pernah menghantar utusan kepada Cesar ketika cesar berada di Jerusalem.

Tamadun Rom dan Parsi adalah dua tamadun yang kuat, dari segi kekuatan tentera, sains, teknologi, sastera, etc, mereka berada dalam kemuncak kekuatan mereka pada ketika tentera islam menyerang mereka.



Tahun 12 Hijrah, setahun setelah kewafatan rasulullah, ketika pemerintahan Abu Bakar As Siddiq r.a. :
Beliau telah mengutuskan tentera islam, yang diketuai oleh khalid Al walid Al Mahzumi, dan Muthanna Ibn Harithah Al Sharbani menyerang parsi.

Muthanna serang parsi dari arah utara, manakala Khalid Al walid dari arah selatan. Khalid Al Walid dapat memecah benteng tentera parsi dari sebelah selatan tetapi Muthanna tersekat di utara.

Khalid Al walid bagaimanapun diperlukan di Palestine, dan digantikan oleh Saad Ibn Waqas yang meneruskan serangan ke atas parsi. Dalam masa 3 tahun, parsi jatuh, di mana parsi tewas di dalam perang terbesar, Perang Al-Qadisiyah.

Di Rom, serangan pertama telah dilancarkan pada 12H ketika pemerintahan Abu Bakar r.a., 4 tentera menyerang Rom, di ketuai oleh :

1. Amr Ibn As : menyerang palestine dan jordan.
2. Ziad Ibn Abi : menyerang Syria.
3. Syarahbi Ibn Al Hasanah : Palestine dan lebanon.
4. Abu Ubaidah Abi Ibn Jarah : utara Palestine dan Syria selebihnya.

Apabila Scissor mendapat tahu hal ini, dia pun pergi ke damascus, dan setelah tentera islam mara, dia bergerak ke istanbul.

Bilangan orang dalam 4 tentera islam yang menyerang Rom adalah 34000 tentera.

Semasa scissor meninggalkan syria, scissor berkata : selamat tinggal syria buat selamanya. Cesar tahu mengenai kekuatan tentera islam. Cesar telah menghantar tentera nya yang terbaik, satu batalion, seramai 340000 orang tentera untuk menyerang muslim.

Khalid Al walid tiba di Yarmuk untuk membantu tentera islam di sana menentang tentera Rom.
Setibanya beliau di sana, dia lihat tentera islam dalam keadaan berpecah dalam 4 tentera berasingan. Khalid seorang panglima tentera yang unggul, terkenal dengan kebijaksaan nya mengendalikan strategi ketenteraan dan perang.

Khalid kemudian menyatukan keempat empat tentera islam di bawah satu ketua, Ketua Ketua tentera memilih Khalid sebagai ketua tentera, kerana tiada siapa yang boleh menandingi Khalid dalam bidang ketenteraan.

Perang dengan tentera Rom berakhir pada 14H. Hanya 2 tahun.

Amru Ibn As hendak menyerang Egypt, berjaya tentang Egypt dengan hanya ber tenterakan 8000 tentera - pada 18H.

Umar hantar 4 orang yang dikatakan sama dengan 4000 orang :
1. Muhammad Ibn Maslamah.
2. Zubair Ibn Awwam.
3. Ubaid Ibn Somad.
4. Mukdad Ibn Aswad.

Egypt pada ketika itu merupakan tamadun ketiga terkuat, yang berada di bawah pimpinan Rom and pertalian terus dengan constantinople(istanbul).

Hanya memerlukan 4 bulan sahaja bagi tentera islam memecah benteng Egypt hingga ke ibu negara nya Alexandria, menguasai Egypt.

Setelah itu, serangan pertama ke sepanyol, pada 92H, waktu itu tiada sahabat dalam tentera, di ketuai oleh Tariq Ibn Ziad, bukan seorang Arab mahupun sahabat, menguasai Sepanyol, pada 95H, dan mara ke Perancis pada 96H dan 60 km jarak sebelum sampai ke paris. Orang perancis sendiri tidak dapat melawan muslim ketika itu! .

Setelah dikaji, terdapat rahsia di sebalik kemenangan tentera islam pada tika itu yang berjaya mengalahkan tamadun tamadun dunia yang besar dalam masa yang begitu singkat iaitu :
1. Kehancuran moral dalam masyarakat Rom, Parsi, Egypt, Sepanyol dan Perancis. Di mana masyarakat berada dalam keadaan materilistik, kerosakan rumahtangga, kehancuran sistem keluarga etc.
2. Tamadun yang lebih baik menyerang mereka.

Islam di Mekah :

Satu satu tamadun itu dikatakan tamadun jika mempunyai satu negara untuk diperintah.

Pada 13 tahun pertama di mekah, para sahabat membina moral dan ideology. Pada masa itu, kewajipan yang ada adalah solat. Tiada sistem politik, dan kehakiman.

Bila di madinah, semua itu wujud, sistem kehakiman, politik, etc.

Sistem kalender islam bermula bila hijrah ke madinah.

Negara islam tika itu hanyalah satu bandar yang kecil, berpenduduk hanya 30 000 orang, muslim, yahudi dan lain lain.

Pada 2H, perang Badar, muslim di perang badar, 314 orang dan yang berkuda 2. manakala tentera quraisy mekah 950 orang dan yang berkuda sebanyak 200.

Perang itu hanya berjalan selama 2 jam.

Seorang pemuda islam, setibanya dia di madinah, dia disambut dengan gembira oleh penduduk madinah kerana kemenangan tentera islam di Badar. Dia berkata"mengapa kamu semua bersorak gembira begini sekali, kerana kami telah melalui perang itu dengan senang, kami hanya perlu menewaskan orang orang tua yang botak, dan kami sembelih mereka dengan senang". Rasulullah mendengar kata kata pemuda itu, dan baginda membetulkannya" jangan berkata begitu wahai anak muda, kita telah menewaskan "Malak" ketua ketua besar di mekah"

Dalam peperangan Badar, Ibn As Syam, seorang penduduk quraisy mekah, yang tidak turut serta berperang, melihat perang itu dari atas bukit. Dia berkata secara senyap dalam hati dalam perasaan terkejut, " Aku tidak pernah menyaksikan pertempuran sebegini, mereka(orang Quraisy) berlari ketakutan seperti perempuan".

Kemudian dia ke medinah 5 tahun selepas itu, bertemu dengan rasulullah yang memberitahunya mengenai hal itu, dia terkejut kerana rasulullah tahu mengenai apa yang dia fikirkan semasa perang Badar, kemudian dia memeluk islam.

Dalam perang itu, 70 orang quraisy mati dan 70 cedera. Semua ketua ketua mekah mati dalam perang kecuali 2 orang, Abu Sufyan dan Abu Lahab. Abu lahab mati 3 hari selepas perang kerana bersedih.

Tahun 3H, perang Uhud, tentera islam tewas.

5H, perang Ahzab/Khandak, di mana tentera quraisy 10000 terdiri daripada golongan jews, ghatafan, dan lain lain golongan arab. - battle of Allies - Al Ahzab. Tentera islam dikepung di utara dan terhalang dengan pembinaan parit, terlindung di belah barat dengan kawasan berbatu dan bukit, dan juga begitu sebelah timur, tetapi timur selatan terbuka kepada musuh.

Rasulullah telah membuat perjanjian dengan pihak yahudi untuk memastikan keselamatan madinah di sebelah timur selatan, yahudi mungkir janji.

Rasulullah telah di tinggalkan oleh penduduk madinah dan hanya 300 orang sahaja bersama baginda tika itu. Tentera islam menang dengan pertolongan Allah, menakutkan tentera musuh dengan angin kuat, dan ribut.

Perang Bani Khuraizah, menentang yahudi yang berpaling tadah, rasulullah membunuh 700 yahudi.

Dalam perang Khaibar, rasulullah tahu mengenai yahudi yang juga sekali lagi bermuslihat dengan tentera musuh, tentera islam membunuh semua yahudi dalam perang itu, kecuali yang telah mengaku kalah. Dalam perang khaibar ini, rasulullah diberikan daging kambing beracun, yang telah membunuh seorang sahabat. Rasulullah berhenti makan, dan meminta sahabat lain untuk berhenti.

Racun itu bagaimanapun telah memberi kesan kepada rasulullah, dan baginda berkata, "Saya terus dalam hidup saya ini, merasakan kesakitan racun khaibar, sehingga ia memotong urat ku"

Imam Ibn Qayyim, berkata rasulullah s.a.w. meninggal kerana itu : rasulullah mati syahid, mendapat sepakat ulama.

Ibn Qayyim berkata : jangan lupa siapa yang telah membunuh rasul kita.

18H, muslim menyerang mekah dalam perang Fathu Mekah. 2 bulan selepas mekah, perang Thaif dan Hunaiyn, di sini, tentera muslim lebih banyak, 12000 dan tentera musuh 10000, tetapi disebabkan over confident, fikir yang kemenangan disebabkan bilangan tentera maka mereka semua lari, kecuali 100 orang bersama rasulullah mara dan terus berperang sehingga menewaskan 10000 orang.

9H, orang Arab datang ke madinah memberi pengakuan masuk islam.

10H, Tabuk. Perang Tabuk, tentera islam menyerang tentera Rom, rasulullah mengetuai. Tetapi, tentera Rom enggan berhadapan tentera islam. Tentera islam tunggu selama 1 bulan, dan kembali ke madinah.

11H, kewafatan baginda rasulullah, ramai orang menentang islam, berpaling tadah. Yang tinggal masih bersama islam hanya 3 bandar, Madinah, Mecca dan Thaif. Mekkah dalam keadaan hendak berpaling dan Thaif masih baru dengan islam. Para sahabat waktu itu kecewa, bersedih, sehingga Abu Bakr mengingatkan mereka :

"Jika kamu menyembah rasulullah, maka rasulullah telah mati, tetapi jika kamu menyembah Allah maka Allah tidak akan mati"

Abu Bakr telah mengumpulkan seramai 12 tentera yang diterdiri daripada 10000 orang tentera untuk berhdapan dengan seluruh Tanah Arab.

Khalid Al Walid, sendiri hanya mempunyai tentera seramai 3000 orang menentang tentera Abu Salim Al Kazzab yang mempunyai 100000 orang tentera, tetapi, bilangan tidak menentukan kemenangan, islam kembali di tanah arab hanya dalam masa kurang setahun.

92H, islam di spain.

95H islam di France.

Abdul Rahman Al Rafiki ada perancangan, hendak mendapatkan satu europe dengan tentera seramai 2400 orang dengan cara menyerang eropah dari arah barat, iaitu spain portugal dan france. Akan tetapi, khalifah ketika itu, tidak membenarkan kerana dia akan menentang lebih 7 000 000 tentera eropah.

Dalam masa kurang 100 tahun muslim mempunyai wilayah terbesar, tamadun paling mantap, paling berteknologi, paling hebat.

Eropah pula pada waktu itu, masuk ke dalam Era kegelapan, pada masa yang sama muslim cemeralang dalam semua bidang dalam dunia.

Sehinggalah, muslim berhenti jihad, kerana sibuk dengan diri sendiri, pemimpin dan rakyat mula sibuk dengan materilistik dan hidup berfoya.

Pihak musuh islam tidak tidur, mereka menghantar perisik untuk merisik perkembangan dan kegiatan islam di eropah , di sempadan sepanyol.

France masih kuat bertahan, dan mahu kembali ke Spain. Raja mereka menghantar perisik dan dalam sejarah telah mendokumentasi satu cerita bagaimana perisik ini merisik -

- Cerita mengenai perisik berjumpa dengna pemuda islam berumur sekitar 16 tahun di sempadan france-spain, budak ini menangis teresak esak bagai seorang perempuan, lalu ditanyakan mengapa dia menangis, dan dia menjawab kerana ibunya tidak membenarkan dia pergi jihad melainkan dia habis hafal Quran terlebih dahulu. Tetapi pemuda ini hendak yang teramat untuk pergi berjihad dengan tentera islam. Perisik itu kembali ke raja france, dan memberitahu nya yang masa itu bukan masa sesuai untuk menyerang. Islam masih kuat.

- 30 tahun selepas itu, perisik datang lagi sekali ke tempat itu berjumpa dengan seorang pemuda yang sebaya berumur 16 tahun menangis teresak, bila ditanyakan mengapa menangis, maka pemuda tersebut menjawab kerana ibunya tidak benarkan dia membeli perempuan hamba. Perisik itu kembali ke raja france dan memberitahu yang masa ini cukup sesuai untuk menyerang.

Dengan itu, france telah pun menyerang dan berjaya mendapatkan Spain utara.

Di sini, kita dapat lihat bahawa, pemuda pemudi islam berperanan penting dalam kebangkitan dan masa hadapan islam. Bagaimana pemikiran pemuda, cara berfikir, dan apa yang dimahukan.

Setelah itu, tentera musuh terus mara dengan ingin menakluk palestine, dengan menghantar 500 000 tentera dari 7 negara, yang diketuai oleh 3 raja : raja france, raja britain dan raja german.

Mereka menyerang dari semua arah, dari darat dan laut.

Tentera german mara dari arah utara ke arah bandar Anthaqiya, Anthaqiya di kepung dari arah darat dan masih mempunyai kawasan laut. Muslim terkuat ketika itu adalah di Cairo Egypt, jika Anthaqiya tidak jatuh, maka Jerusalem juga tidak akan jatuh, kerana dia dalam keadaan arah yang sama. Anthaqiya telah berjuang bermatian dan bertahan selama 6 bulan.

Tetapi mereka memerlukan pertolongan, keperluan perang, makanan dan sebagainya untuk terus bertahan.

Anthaqiya hantar satu kapal kecil ke Cairo Egypt untuk meminta pertolongan dari pemerintah Egypt. Tetapi amat sedih apabila pemerintah Egypt menghantar seorang utusan bagi meminta dua perkara :
1. Perempuan hamba yang cantik dikatakan milik anthaqiya.
2. Pengukir seni di dinding untuk di bayar.

Setelah anthaqiya dapat surat itu, anthaqiya terus menyerah kalah. 99 tahun palestine jatuh ke tangan musuh,

Dalam masa 3 waktu :
1. 88 tahun dijajah oleh musuh, dapat semula kepada islam.
2. Sekali lagi selama 10 tahun, dan dapat semula.
3. Sekali lagi selama setahun dan dapat semula.

Selama 99 tahun muslim tidak berputus asa mendapatkan semula palestine, muslim bertekad untuk terus jihad dan bekerja keras.

Antara pemuda islam yang bertungkus lumus dalam mendapatkan semula palestine adalah Salahuddin.

Siapakah Salahuddin?

100 tahun sebelum Salahuddin, terdapat 2 scholars of islam :
1. Abu Hamid Ghazali.
2. Abu Bakar Al Tartushi.

Scholars ini nampak ummah pada waku itu dalam keadaan lemah, dan mereka pun meminta pemerintah pada ketika itu, Khalifah Abbasiyah di baghdad, untuk melaungkan jihad, tetapi, khalifah sibuk dengan hamba perempuan dan hanya banyak ber-propaganda.

2 orang scholars ini pun terus melakukan tindakan sendiri, dengan mengumpulkan semua scholars yang ada untuk mendidik masyarakat waktu itu, tentang islam, menyegarkan ilmu islam dalam msyarakat, dan mereka telah meletakkan prioriti pada pemuda pemudi islam.

Mereka telah menggelarkan gerakan mereka ini, dengan nama, Harakat Ihya' Ad-Din.

Gerakan ini tersebar luas di seluruh wilayah islam, yang mana pada ketika itu masih luas dan setiap bandar bergerak dengan tempo masing masing. Ada yang bergerak laju dan ada yang bergerak perlahan.

Tetapi tempat yang paling effektif adalah satu bandar di utara Iraq, dipanggil Mosul. Di sini, bandar ini telah dikelolai oleh satu keluarga diraja, yang diketuai oleh Imad Ad Din Zanki.

Beliau adalah muslim pertama mengisytihar jihad pada masa itu. Beliau mempunyai satu tentera yang sedikit bilangan. Tentera tentera terbesar ketika itu adalah di bawah dinasti Fatimi dan Syria.

Imad Ad Din Zanki telah menghantar utusan kepada Syria untuk bersama nya jihad menentang kristian Crusaders di Palestine. Tetapi, pemerintah ketika itu, enggan serta dan berasa yang imad addin zanki hendak membahayakan kedudukan nya di Syria - dan telah membuat persetujuan damai dengan tentera crusaders di palestine menentang Imad Ad Din Zanki.

Masyarakat Syria ketika itu marah mengenai berita itu, dan hantar utusan secara senyap kepada Imad Ad Din Zanki untuk turut serta. Imad Ad Din Zanki, serang syria dengan bantuan dari dalam penduduk syria dan seterusnya menguasai Syria. Dan dengan itu, Imad Ad Din zanki telah menguasai syria dan lebanon dan iraq.

Setelah itu, Nur Din Zanki telah menggantikan tempat bapanya Imad Ad Din Zanki untuk memerintah Iraq, syria dan lebanon dan meneruskan jihad menentang Crusaders di palestine.

Nur-Din Zanki menghantar salah seorang ketua pemerintah sebagai utusan ke dinasti Fatimi di Cairo Egypt, beliau bernama Asasuddin Syarko. Asasuddin Syarko membawa anak saudaranya bernama yusuf sebagai salah seorang dari utusan itu, yang di gelar Salahuddin.

Delegasi itu mengajak dinasti Fatimi untuk turut serta menyerang crusaders dari arah selatan dan mereka dari arah utara.

Pemerintah Fatimi ketika itu memberikan kata kata manis dan membuat penjanjian damai dengan crusaders. Nur Din Zanki hantar tenteranya ke Egypt menyeberangi palestine, menyerang dan menguasai Egypt. Nur Din tidak mahu berperang dengan Fatimi tetapi mahu sama sama menentang crusaders. Pemerintah Fatimi sekali lagi memberi kata kata manis, dan ketika itu, Salahuddin memerhati setiap perkara yang sedang berlaku.

Salahuddin bertekad membunuh pemerintah Fatimi, tetapi Asasuddin tidak setuju kerana tidak mahu bergaduh sesama muslim.

Salahuddin tanpa persetujuan asasuddin telah membawa beberapa orang askar masuk ke dalam istana dan membunuh pemerintah.

Dengan itu, Egypt pun berada di bawah kuasa Nur Din Zanki. Asasuddin menjadi gabenor di Egypt. Asasuddin meninggal dunia 2 bulan selepas itu, dan Nur Din Zanki melantik Salahuddin menjadi Gabenor di Egypt.

Setelah itu, Nur Din Zanki pun mangkat, dan keluarga nya sibuk bergaduh untuk menentukan siapa yang berkuasa terhadap kerajaan Nur Din Zanki.

Salahuddin mengambil tindakan dengan membawa tentera nya ke utara melalui palestine dan ambil alih semua tanah jajahan Nur Din Zanki.

Dengan bersatunya ummah, maka mereka pun menyerang crusaders di palestine dalam perang Khittin dengan hanya bertenterakan 12,000 orang tentera menyerang tentera 250,000 crusaders yang berkawal di Akka, yang terus terkeluar dari palestine.

Banyak kerja dilakukan untuk menyatukan ummah.

Selepas beberapa tahun berlalu, tentera mongol datang menyerang Abbasiyah Syria, lebanon, Europe, Afrika Utara, dan tiada siapa dapat menghentikan mereka.

Dan, ada seorang scholar, bernama Al Aiz Abdis Salam, seorang ulama di Syria, telah mencadangkan dan meminta pemerintah untuk mengisytiharkan jihad sebelum Mongol datang, tetapi pemerintah mengenakan hukuman buang negara kepada Al Aiz Abdis Salam.

Al Aiz Abdis Salam pun pergi ke Egypt dan masyarakat Egypt menerima kedatangannya dan menjadikannya ulama di sana sehingga diberikan gelaran Sultan Of Ulama. Penduduk Egypt pada ketika itu digelar Mamluk.

Al Aiz Abdis Salam berjaya mengajak penduduk Egypt berjihad melawan Mongols.

Tentera kecil diketuai oleh Saifuddin Qutuz mengisytiharkan Wal-Islami, disertai juga dalam tentera itu, ulama Al Aiz Abdis Salam dalam perang menentang Mongol. - peristiwa ini menunjukkan peranan besar ulama islam dalam menyegarkan ummat islam.

Kemenangan tentera islam di Ain Jalud, tentera Mongol tewas dan berakhir Era Mongol di tanah jajahan islam.

Dalam peristiwa peristiwa dalam sejarah, kita dapat lihat islam tidak mudah jatuh, jatuh begitu sukar sekiranya ummat islam kuat berpegang kepada al Quran dan Sunnah. Quran adalah kekal.

Hingga awal abad ke 20, :

Tahun 1908, masyarakat islam ketika empayar menjadi lemah, di bawah pemerintahan sultan Abdul Hamid, yang berkata " over my dead body" kepada yahudi yang hendak membeli palestine.

Herzel balik ke congregasi switserland, dan mereka bekerja keras membentuk kumpulan dalam Turki, dan telah diikuti oleh orang orang yang mempunyai influence tinggi di Turkey, kamal at taturk - the father of the turk.

1908 : mereka berjaya menjatuhkan sultan Abdul Hamid, dan mereka memerintah, sistem khalifah masih ada tetapi hanya pada nama.

Gerakan ini dibawa oleh yahudi.

Pada masa itu, Britain, Europe dan France, ingin menawan Palestine dan Egypt. Tentera Uthmaniyah telah menghentikan gerakan mereka di Aqaba Jordan.

Britain hantar perisik untuk membanteras tentangan Uthmaniyah dari arah bertentangan. Perisik itu, bernama Lawrence Of Arabia. Dia pergi ke Hijjaz, dan bertemu dengan Faisal, anak kepada Al Syariff Husain, ketua umat islam arab, dan memupuk semangat nationalism pada faisal.

"orang arab bukan Turks, macam mana kamu boleh membenarkan orang kurds memerintah kamu? Jika kamu hendak menentang turks, kami akan bantu - jika dalam kedudukan kamu, kami patut menjadikan seluruh wilayah ini menjadi tanah jajahan arab ".

Syariff Husain membantu britain menyerang tentera islam kurds di Aqaba dari arah timur, yang mana kurds tidak menjangka mereka datang dari arah itu - gerakan tentera Syariff di kelolakan oleh Lawrence.

Bila mereka berjaya menewaskan tentera islam di situ, lawrence pergi ke kubur Salahuddin dan menendang nya, dengan berkata " Oh Salahuddin, kami kembali berada di sini"

Dan seterusnya, berlaku perlumbaan antara tentera Syariff dan tentera Lawrence untuk menawan Damascus, mereka sampai di Damascus pada masa yang sama, dan berlaku pertelingkahan antara Syariff dan Lawrence, setelah itu, mereka memberikan keluarga Hussain memerintah Damascus, tetapi hanya pada nama.

1916 : pada tahun ini, telah berlaku sebuah perjanjian bernama Size-Peacock. Menurut perjanjian itu, setelah berjaya menawan seluruh tanah arab, Britain mengambil alih semua kecuali syria dan lebanon yang mana dipegang oleh france. Italy, marah dan diberikan Lybia.

Rasulullah telah berkata mengenai peristiwa ini, ummat islam seperti buih pada masa itu, kerana kita lemah dan kita lemah kerana cinta kepada dunia dan begitu takut kepada mati.

1924 : At taturk mengisytiharkan tiada lagi sistem Khilafa, tiada lagi islam, tiada lagi bahasa arab, dan azan hanya dalam bahasa turki. Selama 54 tahun.

Setelah itu, sekala lagi dalam kalangan scholars keluar nama nama ulung bagi membangkitkan semula islam.

Imam Hassan Al Bana, hanya 4 tahun selepas islam jatuh, 1928, gerakannya diikuti ramai, dari Morocco, Syria, semenanjung Arab, dan pada masa yang sama, bangkit di Pakistan, message yang sama, dengan harapan membangkitkan islam. Islam adalah cara hidup terbaik melingkupi kesemua bidang politik, kehakiman, Islam mesti bangkit semula!!

Rasulullah berkata dalam satu hadith yang sahih :

Apabila ditanyakan mengenai apa yang akan berlaku selepas waktu mereka oleh para sahabat baginda, rasulullah menjawab :

"Zaman kerasulan(prophethood) akan berada selama yang Allah mahukan, dan Allah akan keluarkannya bila masa Allah mahu, selepas itu datang Khilafah, dan Allah keluarkan Khilafah bila Allah mahukan, selepas itu datang kerajaan yang bertahan begitu lama(abasiyah, fatimi), dan ia akan kekal selama Allah kehendakkan, selepas itu, datang kerajaan tentera(kebanyakan negara islam sekarang), dan kerajaan tentera akan kekal selama Allah mahukan, dan Allah akan keluarkan bila Allah mahukan, selepas itu, datang Khilafa yang sama seperti khilafa Abu bakar, Umar Uthman dan Ali, Khilafah yang berpandukan islam".

Kita semua perlu sedar yang islam akan muncul sebagai kuasa besar di bumi ini, kita tidak tahu bila, tetapi Allah telah menjanjikannya. Oleh sebab itu, kita perlu bekerja keras dalam dakwah dan jihad supaya termasuk dalam golongan orang orang yang berusaha ke arah merealisasikan Khilafa Islam ini insyaallah !!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan