Ahad, 19 April 2009

Mengejar erti tawakal..

Salam wrt.


Segala puji bagi Dia yang menguasai hati-hati kita,


Perancangan sesuatu kerja itu sangat penting. Tanpa ada sebarang strategi, boleh jadi kita hanya mengundang kegagalan. Teringat satu phrase ni, "If you fail to plan, you plan to fail. "Fuh, bile 1st time dapat phrase ni memang tercucuk anak panah kat kepala saye...


Macam-macam bende pun kite merancang. Plan cam ne nak buat program, plan nak menang volgo games, plan agenda cuti, plan nak masak ape, plan prepare untuk exam.....dan banyak sangatla.... Kadang-kadang rancangan kite memang tersangat mantap. Kita yakin bahawa kita mampu melaksanakannya. Kita rase kita pasti berjaya. Tapi sahabatku, tak semua planning itu akan tercapai. Barangkali ianya bukan seperti yang kita harapkan. Kerana kita lupa bahawa Allah itu juga merancang buat kita...


Maka itu, jangan lupa bertawakal di setiap apa jua perkara. Tawakal ataupun berserah tanda Allah menguji sejauh mana pergantungan kita kepadaNya... kepada Dia sahaja ye! Didahului dengan doa, kemudian disusuli dengan usaha dan diakhiri dengan bertawakal...


Ingin ku ceritakan sebuah kisah dari kitab Riadus Solihin,


Dari Abdullah bin Abbas r.a. berkata, Sabda Rasulullah s.a.w


"Telah ditunjukkan kepadaku keadaan umat yang dahulu, hingga aku melihat seorang Nabi dengan rombongan yang kecil, dan ada pula Nabi yang mempunyai satu atau dua pengikut, bahkan ada juga Nabi yang tiada pengikutnya.. Kemudian aku melihat satu rombongan yang besar sekali, aku kira itu umatku, maka diberitahukan padaku bahawa itu adalah Nabi Musa dan kaumnya....


Tiba-tiba di ufuk kanan dan kiriku, di sana aku melihat rombongan yang besar sekali, dikatakan kepadaku: Itulah umatmu dan di samping mereka ada 70000 yang masuk syurga tanpa hisab."


Setelah itu Nabi pun bangun dan masuk ke rumahnya. Manakala para sahabat tertanya-tanya sesama sendiri mengenai golongan yang masuk syurga tanpa dihisab itu. Pelbagai pendapat yang diutarakan mereka.


Kemudian Rasulullah s.a.w pun kembali dan bertanya: "Apakah yang sedang kau bicarakan?"


Maka para sahabat pun mengajukan masalah itu,


Lalu Rasulullah s.a.w bersabda: "Mereka itu adalah yang tidak pernah menjampi atau dijampikan dan tidak suka menebak nasib dengan pengantaraan burung, dan kepada Tuhan mereka  selalu berserah.


Pabila para sahabat mendengar sabda Rasulullah s.a.w itu, bangunlah Ukkasjah bin Mihshan dan berkata: "Ya Rasulullah doakan semoga Allah memasukkan saya dari golongan mereka."


Jawab baginda. "Engkau termasuk golongan mereka."


Kemudian berdiri pula sahabat yang lain. "Doakan semoga Allah menjadikan saya dari golongan mereka!


Jawab baginda: "Engkau telah didahului oleh Ukkasjah..


(Bukhari dan Muslim)


Bestkan kalau kita masuk syurga tanpa dihisab?! Ayuh kita kejar erti tawakal...


"Sesungguhnya orang2 mukmin adalah mereka yang apabila disebut nama Allah gementar hatinya, dan dibacakan ayat-ayatNya kepada mereka bertambah kuat imannya dan hanya kepada Tuhan mereka berserah.. (Al-anfal:2)"


 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan