Jumaat, 26 November 2010

Kau dan Aku





Kau dan aku

Satu untuk kau satu untukku

Kau dan aku kita berjalan beriringan selalu

Tak ingin antara kita ada yang kurang

Maka kita saling melengkapi dan menguatkan

Saling memperingati sabda Rasul dan firman Tuhan

Dunia kita rasai bersama

Akhirat kita raih berdua

Kita menjalin persahabatan

Meski sifatmu jauh berbeda denganku

Andai aku pilih matahari kau memilih bulan

Andai aku sukakan putih kau sukakan hitam

Variasi ini melakarkan warna

bukan penghalang ukhuwah kita

keinginan dan cara hidup kita berbeza

namun kita disatuka dengan niat yang sama

saling mengenal berlandaskan iman

kadangkala virus ukhuwah menggoncang rasa

sifat mazmumah memah cinta

sifat mahmudah mulai sirna

titik hitam semakin nyata

prasangka, cemburu, dengki mulai beraja

perselisihan  itu hal yang wajar teman

kerana kita bukan malaikat

kita berdua sudah memahami

Tuhan sayangi orang yang sabar

orang-orang yang dapat menahan marah

kita harus berfikiran jernih

meski syaitan mulai merantai dengan virus benci

meski kesedihan mulai hinggap

kekecewaan menyerkap

Teman pesanku padamu

usah berharap pada makhluk

hanya berharap pada Allah

usah berharap pada kesempurnaan

kesempurnaan hanya milik Tuhan

oleh  itu  disaat diriku kau sakiti

Aku pasti memaafkan

Kerana ukhuwah ini mengajar ku untuk berbaik sangka

bila kau aku sakiti kau tetap berlapang dada

kerana kau tahu  bukan itu niatku, cuma khilaf manusia biasa

Disuatu saat kita pasti akan terpisah

Mungkin untuk sementara atau untuk selamanya

Semoga perpisahan menjadi saksi

Agar kita dinaungi rahmat Tuhan

Bertemu kerana Dia

Dan berpisah juga  keranaNya

Akan ku kirimkan angin cinta dan rindu

Dalam doa-doaku kepadamu

Akanku abadikan dalam diari hatiku

suatu masa dahulu ku punya sahabat

Yang ku cintai kerana Tuhan

-       Nukilan Nurul Aini Atiqah binti Nasir



Tiada ulasan:

Catat Ulasan