Sabtu, 12 Mac 2011

Salam Ukhwah

Salam ukhwah buat semua,


Selamat datang ke laman blog Biro Tarbiah & Kerohanian Nizhny Novgorad yang berwajah baru. Dengan semangat yang serba baru kami BTK,  melangkah ke semester ini. Semoga perjuangan kami yang masih berbaki ini mendapat tempat di hati para pengunjung blog ini. Seperti yang anda sedia maklum, blog ini merupakan salah satu mata pena kami dalam menjayakan misi BTK di bumi bertuah ini, yakni dalam membentuk biah islami di sini.

Saya memetik kata-kata sahabat saya, TS. Katanya kita adalah pemula bulatan, pengerak satu pusingan. Pentingnya kita sebagai pemula kerana tanpa pemula pasti tiada akhirnya. Analoginya, jika kita ingin mengunakan komputer mestilah perlu dibuka suisnya terlebih dahulu. Walau secanggih manapun komputer tersebut jika tidak diaktifkan suis pertamanya pasti tidak berguna. Oleh itu, kita semua perlu merasakan diri kita sepenting itu kerana khidmat kita diperlukan dalam membina biah islami di sini.


Saya akhiri catatan kali ini dengan seranggkap lagu dari penyanyi pujaan saya sifu M.Nasir

"Rapatkan saf semangatmu jangan goyah
Kota yang telah roboh harus dibina semula
Atas dasar kebenaran demi kita demi waris
Semua serangan yang datang kita tangkis


Jangan kau gentar pada bayang-bayang sendiri
Di sebalik pahit getir kemenangan menanti
Bagaikan burung Phoenix bangkit dari abu
Bangkit membina (semula) satu keindahan (baru)"


-Phoenix Bangkit dari Abu,M Nasir-



Wassalam...Teruskan perjuangan ini sebagai seorang permula bulatan,insyaAllah langkah pertama ini bakal membina empayar yang kita angankan bersama.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan