Isnin, 23 Mac 2009

Hati oh Hati..



Salam wrt,


 


Dengan nama Allah yg mendatangkan ilham dan Maha Pengampun,


Aku berlindung dari syaitan yg durjana.



soft heart






“Hati manusia itu umpama bulu yang dibolak-balik angin di padang pasir”


Baru je dapat hadis ni.. Betapa terkenanya pd batang hidung sendiri. Memang.. memang tak dapat nak dinafikan kita sebagai manusia ni selalu shj x tetap pendiriannya.


Sekejap nak makan ais krim coklat, sekejap kejap nak ais krim strawberi pulak. Perumpaan la ye.. Dan ada pulak ketika bila kita rasa lapang dada, gembira sgt2, tp hari esoknya pula bermuram durjana. ‘C’est la vie’, kata orang French. Inilah hidup. Ada turun naiknya.


Tapi kita umat Islam adalah umat yg terpilih. Bila kita berada dalam satu kebuntuan, kita bukan berseorangan dengan halangan tu. Kita ada Allah. Dan Allah lah yang akan membantu kita utk hadapi rintangan2 yg Dia sendiri turunkan utk kita supaya kita jd lg kuat,lagi hebat dari sebelumnya.



“Jika Allah menolong kamu, maka tak ada orang yang dapat mengalahkan kamu; jika Allah membiarkan kamu (tidak memberi pertolongan), maka siapakah gerangan yang dapat menolong kamu (selain) dari Allah sesudah itu? Kerana itu hendaklah kepada Allah saja orang-orang mu’min bertawakkal.”   Ali’Imran, 3: 160


Tadi kata kita ni umat terpilih.. Terpilih? Kenapa terpilih pulak?


Yelah, sebab kita dah ada kalimah syahadat itu. Pengakuan bahawa tiada Tuhan melainkan Allah, dan Nabi Muhammad itu pesuruh Allah. Kita da pegang da pada Islam itu, satu-satunya agama yang Allah da bagi cop Sirim. Betapa bertuahnya kita. Bersyukur x?


Maka, perlu lah sedar yg betapa muhasabah diri itu sgt perlu. Menjaga hati itu sgt perlu. Teringat kata-kata seorang sahabat. Katanya mestilah hati kte ni kena dijaga baik2, sebab nanti kita nak isi dgn Allah kan.


Hari-hari kita perlu check balik dan tanya pada diri sendiri: (Peringatan juga buat diri sendiri yg selalu alpa.)


“Hari ini rasanya dah berapa mukasurat  amal yg da dicatat malaikat di sebehlah kanan aku ni? Dan macam mane pulak dgn dosa2 aku? Dan antara aktiviti yg aku buat hari ini, yg mana yg mendekatkan lagi aku pd-Nya, yang mana yg menjauhkan diriku dari-Nya?”


Kita buat yang termampu, tp perlu juga pastikan yg paling termampu kita lakukan adalah yang terbaik dari diri kita.



“Sesungguhnya Allah tidak menganiayakan seseorang walau sebesar zarah, dan jika ada kebajikan sebesar zarah, nescaya Allah akan melipat gandakannya dan memberikan dari sisi-Nya pahala yg besar.”  An-Nisaa’,4: 40


Wallahu’alam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan