Rabu, 25 Mac 2009

Hatiku tersentuh...aduhh!!

Dikala berbicara mengenai hati, ana percaya mesti kalian x pernah bosan bercerita mengenainya kan?

Ana x pasti kenapa hati ana tergerak untuk menulis mengenai hati (mungkin dipengaruhi dengan post sebelum ni atau mungkin dipengaruhi dgn peristiwa2 yg berlaku dlm hidup ana) tp yg penting ana nak share ngan kalian mengenai apa yg ana rasa mengenai lagu ni dgn hati ana..maafkan ana,ana bukan penafsir lirik yg hebat, cuma sekadar tersentuh dikala telinga ana menghayatinye...

HARAPANKU PADAMU SUBUR KEMBALI

Wahai Tuhan ku Yang Esa
Bila Kenangkan Qaharmu
Rasa Gerun Di Hatiku
Kerana Takutkan Seksamu

Hambamu Rasa Putus Asa
Siapakah Dapat Bersihkan Diri
Dari Segala Dosa Yang Memburu
Setiap Hari Setiap Ketika

Tika Mengenang Ghafarmu
Putus Asa Tiada Lagi
Semangatku Pulih Kembali
Harapanku Subur Kembali

Ujian Menimpa Menekan Di Jiwa
Tak Sanggup Meneruskan Perjuanganku
Mehnahmu itu Penghapus Dosaku
Mengganti Hukumanmu Di Akhirat

Di Waktu Mengenang Rahmatmu
Terasa Diri Kurang Bersyukur
Padamu Harusku Memohon
Moga Syukurku Bertambah
Alangkah Susahnya
Mendidik Nafsuku
Yang Tidak Dapat Melihat Kebenaranmu
Bantulah Hambamu
Dalam Mendidik Jiwaku Ini

Sebagai hamba Allah yang hina n lemah,kita pasti tidak dapat melarikan diri drpd melakukan kesalahan .. mgkn kesalahan yg kita lakukan tu tidaklah sebesar mana,tapi tulah dlm hati org2 yg beriman,pasti jua akan merasakan jiwa resah,x tenang dek hanya kerana dosa yg kecil itu .. dan bila hati org2 yg beriman tu jadi resah,apa mereka buat? adakah mereka pergi mereleasekan 'tension' dgn melakukan perkara yg bukan2?..x sama sekali kan?..

Ana suka sgt kat satu ayat cinta ni,

" Degan mengingati ALLAH, hati2 akan menjadi tenang"

Firman ni secara jelas dh menyatakan satu jalan keluar kepada keresahan manusia. Buatlah apa2 sahaja yg boleh membuatkan kalian rasa dekat dgn-Nya. Selagi x bertentangan dgn ajaran islam. Kalau seandainye, melukis boleh membuatkan kita terfikir akan kebesaranNya n membuatkan jiwa tenang,teruskanlah. Seandainye, kalian merasakan di dlm Al-Quran itu termaktubnye ketenangan,selak n bacalah,maka damailah pemikiran kalian. Yang penting ingat pada Dia. Dia x rugi pun seandainye kita x ingat Dia,cuma kita yang rugi kerana x pernah bersyukur atas nikmat Dia.Dia masih setia menanti rintihan perasaan dr hamba2 nya. Sesungguhnye,pengampunan Allah jua adalah selaut melangit tinggi.

wallahu'alam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan