Sabtu, 28 Mac 2009

Yang Paling Dekat..

Salam wrt,


Dengan nama Allah, yg Maha Penyantun lagi Maha Mengampuni,


Moga dijauhkan sifat riak dr hati-hati kami,


 



water-in-hand 


 


Nak kongsi serangkap lirik lagu “Syahadat Cinta”. Mungkin ramai yg da tengok filem dia, tp sy lebih tersangkut pada lagunya.. Klik utk dengar..


 


“Syahadatmu adalah syahadat cinta


Penuh pengorbanan dan air mata


Semerbak mewangi


Suci dan murni menuju damai cinta”


 


Lagu yg refreshing.. Mungkin sebab da lama xde stok nasyid baru. Tp bait-baitnya menangkap hati sy. Chewah.. Kebelakangan ni byk benda yg berlaku mengingatkan sy pada benda2 basic yg kadang2 kita terlepas pandang.


 


“Dan Tuhanmu berfirman: ‘Berdo’alah kepada-Ku, nescaya akan Kuperkenankan bagimu. Sesungguhnya orang-orang yang menyombong diri dari menyembahKu akan masuk neraka jahanam dalam keadaan hina dina.”  Al-Mu’min, 40: 60


 


Diyakinkan lg dgn..


 


“Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah) bahawasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yg berdo’a apabila ia memohon kepada-Ku, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah)Ku dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran.”  Al-Baqarah, 2: 186


 


Ayat yg simple. Allah ajak kita doa pada dia. Meletakkan segala pergantungan pada Dia yg Maha Esa, Maha Satu. Dan lepas tu Allah yakinkan kita lagi yg bahawa Dia akan perkenankan keinginan kita.


Is it as simple as that? Takkan begitu senang? Hmm..  Kenapa perlu meraguinya? Kan ini janji Allah yg da termaktub kebenarannya.


 


“Dialah yg menghidupkan dan mematikan, maka apabila Dia menetapkan sesuatu urusan, Dia hanya berkata kepadanya: ‘Jadilah’, maka jadilah ia.”  Al-Mu’min, 40 : 68


 


Itulah Allah yg Maha Powerful.. Tapi kita sebagai pemohon-pemohon, peminta-peminta dari-Nya perlulah bagi perhatian jugak pd kualiti usaha kita, rasa rendah diri kita apabila meminta, keredaan kita pada ketentuan-Nya. Pegangan yg patut kita semua ada ialah mempercayai walau bagaimana buruk dan catastrophic pun sesuatu yg Allah bg pada kita, benda itu adalah yg  terbaik buat kita.



Cuma bila hikmah kejadian itu nak terserlah menjadi rahsia Allah. Mungkin cepat dan mungkin selepas beberapa tempoh yg lama.. Tp takpe.. Itu kan jentikan kasih dari-Nya.   :)


 


Kelam yg Allah bg itu kejap, sinarnya selepas itu lagilah berpanjangan.


*Peringatan buat diri juga.


 


Wallahua’lam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan