Jumaat, 13 November 2009

ulasan fiqh demo 07/11/09

Pada 7 November 2009, Biro Tarbiah dan Kerohanian telah menganjurkan ’Live Demo Fiqh Islami’ bersempena dengan bulan kefahaman Islam di dewan Hostel 3. Program ini merupakan program yang pertama diadakan oleh ahli-ahli Biro Tarbiah dan Kerohanian sempena bulan kefahaman Islam ini. Seramai 139 pelajar telah menghadiri program tersebut.

WUDHU

Kepentingan wudhu
Wajib untuk berwudhu sebelum menunaikan solat. Hal ini berdasarkan sebuah hadith berikut:
“Allah tidak menerima solat salah seorang di antaramu bila ia berhadas, sampai berwudhuk terlebih dahulu” (HR Bukhari dan Muslim, Abu DAud dan Tarmizi)

Cara-cara berwudhu (wajib)
*niat/intention
-ambil wudhu kerana Allah
-mention verbally adalah sunat dan tidak wajib
*muka
-basuh muka sekali sahaja
-alirkan air ke atasnya
-dari gigi rambut sampai dagu
-dari pinggir telinga hingga ke telinga satu lagi
*tangan
-basuh kedua-dua tangan sampai siku sahaja
*kepala
-basahkan tangan
-perlu ade contact antara kepala dengan tangan(bukan rambut)
*kaki
-basuh kedua-dua kaki serta buku lali
-pastikan celah-celah kaki juga kena air
*Tertib
-ikut turutan

Perkara-perkara yang membatalkan wudhu(batal terus)
-keluar apa sahaja dari qubul dan dubur
-tidur hingga hilang kesedaran terhadap sekeliling
-tetapi jika keadaan punggung adalah tetap pada permukaan lantai/kerusi, wudhu tidak batal
-hilang akal

Perkara-perkara lain yang membatalkan wudhu
-sentuh lawan jantina
*mengikut mazhab Syafie-batal wudhu
*mengikut Jumhurul Ulama(banyak ulama)-tidak batal wudhu

Kes ragu-ragu
Situasi 1: “Eh..tadi aku ade berak..tapi aku dah berwudhu ke belom??”
Penjelasan: Jika anda mengalami situasi seperti contoh di atas,maka anda hendaklah ambil kira apa yang anda pasti yang telah anda lakukan. Dengan kata lain,anda kenalah berwudhu kerana yang anda tidak pasti adalah sama ada anda telah berwudhu atau belum.Begitulah juga jika sebaliknya.
Kes terkena formalin
Kalau anda terkena formalin, maka anda hanya perlu membasuhnya sahaja.Tidak perlu untuk berwudhu sekali lagi.

JALAN PENYELESAIAN MASALAH BERWUDHU (KHUF)

Apa itu khuf?
-kaus kaki yang diperbuat daripada kulit
-Islam membenarkan mereka yang memakai khuf untuk sapu air ke atasnya tanpa membukanya terlebih dahulu ketika berwudhu

Syarat-syarat
1)pakai khuf setelah ambil wudhu. Jika wudhu batal, sapu khuf.
2)khuf perlu tutup bahagian kaki yang dibasuh ketika berwudhu(buku lali)
3)khuf tidak tembus air (waterproof)
4)khuf dari kulit yang suci

Berapa lama??
1)3 hari 3 malam bagi yang bermusafir dan pada musim sejuk
2)1 hari 1 malam bagi yang tidak bermusafir

Cara sapu
-hanya sapu bahagian lapisan atas khuf
-Syafie-tapak kaki sahaja

Perkara membatalkan khuf
-hadas besar
-tamat masa khuf
-khuf ditanggalkan

Khuf dengan stokin dan kasut
Mazhab Syafie mensyaratkan:
-mestilah tebal dan boleh dipakai untuk perjalanan jauh
-tutup hingga ke buku lali (stokin berlubang tidak diterima)

Cara-cara
-sapu ke atas kaus kaki atau kasut

MAKANAN

Makanan yang bercampur halal dan haram
-hukumnya adalah haram

Masakan halal yang digunakan dengan bekas yang sama dengan yang haram
-masih dikaji

Apa itu syubhah?
-meragui sama ada halal atau haram
-"yang halal itu sudah jelas dan yang haram pun sudah jelas.Dan diantara kedua-duanya terdapat hal-hal yang syubhah"

Syubhah dan caranya
-syak hanya timbul melalui alasan yang kukuh
-jika yang halal itu nyata, iaitu tanda halal, dan tiada benda yang menyebabkan benda itu pada masa itu haram, maka ia halal.
-tidak menjadi kewajipan bagi muslim untuk menanyakan hal-hal yang tidak disaksikan
-dilarang menghamburkan syak secara melulu/membabi buta

KOD E
-senarai sebahagian kod E yang telah dikeluarkan oleh JAKIM dan disahkan haram
Sumber asal kumpulan kod E:
-Bahan kimia/tiruan
-Tumbuh-tumbuhan
-Lemak haiwan
-Alkohol

Apa itu istihlah?
-Satu proses di mana bahan yang haram ditukarkan sepenuhnya kepada bahan yang halal tanpa meninggalkan sedikitpun bentuk dan ciri-ciri bahan asalnya. Telah disahkan oleh Pertubuhan Islam di Eropah.
-Maka, hukum terhadap bahan-bahan tersebut telah berubah tanpa mengira sumbernya

Konklusi dari fiqh makanan
-mengharamkan benda yang halal adalah berdosa, begitu juga jika menghalalkan benda yang haram
-selagi tidak ada unsur-unsur jelas yang mengharamkan, makanan tersebut halal
-hukum terhadap makanan dalm islam berbeza dengan hukum terhadap ibadah. Hanya perlaksanaan ibadah yang diterangkan dalam al-Quran dan sunnah sahaja boleh dilakukan. Tetapi dalam konsep makanan, hanya makanan yang diterangkan dalam al-Quran dan sunnah sahaja yang diharamkan.

SOLAT

JAMAK
Sebab diharuskan:
-musafir
-hujan lebat (bagi yang berjemaah di masjid sahaja)
-sakit dan uzur
-kerana adanya keperluan (contoh:ada kelas pengajian)

QASAR
-ketika musafir sahaja

Tempoh
Tidak tahu tempoh bermukim
-4 mazhab bersetuju-selama tugas belum selesai
Tahu tempoh bermukim
-Syafie-3 hari 3 malam (tidak termasuk hari masuk dan keluar)
-Abu Hanifah-kurang dari 15 hari
-Ali bin Abu Talib-kurang dari 10 hari

SOLAT JUMAAT
Jumlah
-secara berjemaah
-2 orang atau lebih sudah dianggap berjemaah
Tempat untuk mengerjakan solat
-tidak semestinya di masjid
-di mana-mana sahaja yang sesuai

Khutbah
-wajib: mengikut majoriti ulama
-sunat (As-Syaukani menegaskan)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan