Jumaat, 27 November 2009

salam aidiladha...












salam aidiladha







Assalamualaikum w.b.t....


Kehadiran Aidiladha pastinya menyingkap kisah pengorbanan agung Nabi Ibrahim a.s. serta puteranya Nabi lsmail a.s. Pengorbanan antara seorang hamba kepada Tuhannya ini telah menjadi titik tolak bermulanya sejarah ibadah korban yang dilakukan oleh umat Islam hari ini setiap kali tibanya Aidil Adha.


Nabi Ibrahim a.s setelah selesai membangun Kaabah di kota Makkah, telah mendapat perintah untuk berkorban dengan menyembelih putera tunggal kesayangannya. Sebagai manusia biasa, perintah mengorbankan anak kesayangannya amat berat untuk dilaksanakan oleh Nabi Ibrahim a.s. Namun dengan hati yang berat, Nabi Ibrahim a.s menyampaikan juga berita itu kepada puteranya Ismail mengenai mimpinya itu. "...Wahai anak kesayanganku! Sesungguhnya aku melihat dalam mimpi bahawa aku akan menyembelihmu, maka fikirkanlah apa pendapatmu?" (as-Saffat ;102)


Sebagai seorang anak yang taat kepada perintah Allah SWT, Nabi Ismail AS telah menjawab dengan tenang dan menyakinkan, sebagaimana maksud ayat al-Quran:..."Wahai ayah, jalankanlah apa yang diperintahkan kepadamu, InsyaAllah, ayah akan mendapati daku dari orang yang sabar."(as-Saffat:102). Dalam suasana yang mengharukan itu, Nabi Ismail meminta ayahnya melaksanakan perintah Allah tersebut.


Pada saat itu Allah telah menunjukkan kekuasaanNya dan menggantikannya dengan seekor kibas yang muncul secara tiba-tiba menggantikan leher Nabi Ismail. Semenjak itulah Nabi Ibrahim a.s melakukan ibadat korban dengan menyembelih haiwan. Kemudian Nabi Muhammad SAW meneruskan ibadat korban sebagai syiar Islam sebagaimana yang kita laksanakan pada setiap hari raya Aidil Adha dan hari-hari tasyrik.



lembu...



Begitulah hakikat yang sebenarnya tentang pergorbanan. Sebenarnya dalam apa juga bidang dan lapangan kehidupan pergorbanan adalah satu tuntutan dan kemestian. Orang yang berjaya sebenarnya ialah orang yang melakukan pergorbanan, sanggup berkorban masa, wang, jiwa raga, kepentingan diri, tenaga, fikiran, perasaan dan sebagainya kerana kejayaan dan kecemerlangan sememangnya tidak datang menggolek. Sesungguhnya Allah telah berjanji bahawa mereka yang sanggup berkorban kerana-Nya akan diberi limpahan pahala yang besar disisi-Nya.


Wallahualam.


Assalamualaikum w.b.t






Tiada ulasan:

Catat Ulasan