Selasa, 24 Februari 2009

Di sebalik tabir "Surat Cinta dariNya"

Alhamdulillah,dengan izinNya kami telah dapat bersama2 berkumpul mengimarahkan lagi sebuah majlis ilmu yang bertajuk ‘’Surat Cinta dariNya’’. Ana bersyukur kerana ukhti2 semua sanggup mengorbankan waktu tidur antumna semata2 untuk bersama2 menghadirkan diri ke majlis ilmu ini.


Dari Abu Hurairah ra. dari Nabi saw. beliau bersabda : "Sungguh Allah mempunyai malaikat-malaikat yang mulia yang selalu berjalan mencari majlis zikir,apabila mereka mendapatkan suatu majlis yang dipergunakan untuk berzikir, maka mereka duduk di situ dan masing-masing malaikat membentangkan sayapnya, sehingga memenuhi ruangan yang berada di antara ahli zikir dan langit dunia.



Apabila ahli zikir itu telah kembali ke rumah masing-masing, maka para malaikat itu naik ke langit, dan kemudian di tanya oleh Allah Azza wa Jalla padahal Allah telah mengetahuinya :

"Dari mana kalian datang ?"

Para malaikat menjawab : "Kami baru saja mendatangi hamba-Mu di bumi yang membaca tasbih, takbir, tahmid dan memohon kepadaMu."

Allah bertanya : "Apakah yang mereka minta ?"

Malaikat menjawab : "Mereka minta Syurga."

Allah bertanya : "Apakah mereka pernah melihat syurga-Ku ?"

Para Malaikat menjawab : "Belum pernah"

Allah bertanya : "Bagaimana jika mereka melihat Syurga-Ku ?"

Para Malaikat menjawab : "Mereka juga mohon diselamatkan."

Allah bertanya : "Mereka mohon diselamatkan dari apa ?"

Para Malaikat menjawab : "Dari Neraka-Mu."

Allah bertanya : "Apakah mereka pernah melihat Neraka ?"

Para Malaikat menjawab : "Belum pernah"

Allah bertanya : "Bagaimana jika mereka pernah melihatnya?"

Para Malaikat menjawab : "Mereka juga memohon ampun kepada mu."

Allah berfirman : "Aku telah mengampuni mereka, maka Aku akan memenuhipermohonan mereka dan akan menjauhkan mereka dari apa yang mereka mohon untuk diselamatkan."

Para Malaikat berkata : "Wahai Tuhanku, di dalam majlis itu ada si Fulan, seorang hamba yang banyak berdosa, ia hanya lewat kemudian ikut duduk bersama mereka."

Allah berfirman : "Kepada Fulan pun Aku mengampuninya. Mereka semua adalah termasuk ahli zikir, dimana tidak ada seorang yang duduk di situ akan mendapatkan celaka." (HR. Bukhari Muslim)

Majlis zikir yang dimaksudkan disini bukanlah sekadar majlis yang disertai dengan zikir munajat  memuji Allah tetapi adalah majlis yang dapat membuatkan kita ingat akan Allah. Majlis yang membuatkan kita  merasakan kecilnya kita di muka bumi kepunyaanNya ini.




Dari Abu Hurairah ra. ia berkata : Rasulullah saw. bersabda : "Apabila berkumpul suatu kaum dalam rumah-rumah Allah (masjid) untuk membaca Al Qur'an dan mempelajarinya, maka ketenangan pasti akan turun kepada mereka, rahmat
Allah melingkupi mereka, malaikat-malaikat mengelilingi mereka dan Allah menyebut-nyebut mereka di kalangan makhluk yang ada didekatNya (para malaikat)." (HR. Muslim)

 


Mudah-mudahan kita tergolong dalam golongan yang terpilih ini. InsyaAllah .=)


 


Ok,insyaAllah untuk post kali ini,ana akan menceritakan serba sedikit di sebalik tabir program ini. Mungkin ada yang dah tahu dan mungkin masih ada yang tertanya2 .  Mungkin  kita boleh bersama2 mengambil pengajaran  dan memperbaiki  diri untuk kebaikan pada masa akan datang.


 


“Dan demi malam apabila telah sunyi, tuhanmu tidak meninggalkan engkau dan tidak pula membencimu, dan sungguh yang kemudian itu lebih baik bagimu drpd permulaan.”


                                                                                                                                          93:2-4


1)Salah faham


Rasanya untuk point ni ramai dah tahu. Sehinggakan pihak penganjur terpaksa mengeluarkan post bagi menerangkan kondisi sebenar program ini. Tapi tidak mengapa. Bukan salah untuk bertanya.  Malah ketika ditanyakan di awal2  program,masih ramai lagi yang meyangka program ini untuk berlajar tajwid, bertarannum, tafsir dan bermacam2 lagi. Teringat ana pada seorang sahabat ana  yang agak konfius juga mengenai program ini. Terngiang2 kata2 sahabat ana tu.


“ya ukhti,siapa yang bakal mengaji secara bertarannum nanti ? Ana dah siap buat list nama2 yang mungkin bertaranum nanti.”


=). Walau apapun tanggapan antumna semua,Alhamdulillah ramai juga yang hadir. Malah muka2 ukhti sekalian berseri2 dan  bersemangat ana tengok. Mungkin disini ana boleh wakilkan untuk pihak penganjur memohon maaf atas masalah teknikal ini.


 


2)Misteri kepak  ayam  


Pada mulanya ana agak terkejut  juga dengan berita ni. Ana ditakdirkan pergi agak lewat pada hari tu,lantaran berjaga malam menyiapkan surat2 cinta untuk didistribute pada pagi tu. Sesampai je ana di sana,ana pun dengan segera pergilah meninjau keadaan bagi memastikan semuanya berjalan dengan baik.


 


‘’ya ukhti,macam mana semua? Semua berjalan dengan baik ke?


 


‘’Itulah  mungkin lauk2 ni agak lambat sikit nak siap. Ukhti tahu tak semua ayam kita dah terbang?”


 


“Terbang?”


 


“Ha’ah. Hanya tinggal satu kepak je. Mungkin tertinggal time terbang.”


 


“ Ya Allah, betul ke? Habistu macam mana?”


 


“Itulah pagi2 tadi,kami terpaksa minta wakil dari 3rd hostel untuk ambilkan ayam. Ana tak sangka pulak akan jadi macam ni. Selama ni ana letak,selamat je. Itu yang pagi ni kena defrost dan potong semula ayam2 tu.”


 


Beristighfar panjang ana dalam hati. Rasa nak marah pun ada jugak.  Tapi nak buat maca mana kan. Tak boleh nak tuduh sebarang. Mungkin si fulan terambil atau bak kata sahabat ana,terpinjam. Tapi,Alhamdulillah,Alah permudahkan juga sesi memasak pada hari tu. Bagi menyedapkan hati,ana balas balik pada ukhti ana tu,


 


“Kira baik juga orang tu,siap tinggalkan kepak ayam untuk kita.”


 


Tak lupa juga di waktu mengemas2  tempat program. Ana bertanyakan kepada  sahabat ana,


 


“Hmm,nak tinggalkan karpet ni macam tu je ke? Ke ada orang yang akan angkat?”


 


“Kita gulung je la. Nanti  karang takut orang tu gunting semua tinggalkan tempat untuk imam je.”=)


 


Tergelak ana  dengar. Ada betul jugak. Tapi tula,semua yang berlaku Dia dah tentukan. Dan sesungguhnya manusia hanya merancang,Allah yang menentukan. Mungkin inilah pengajaran terbaik yang kami dapat dari program ni.


 


Sebelum  mengakhiri post ana untuk kali ni,suka ana kongsikan ayat cinta ana pada kalian.


 


“Wahai  jiwa yang tenang! Kembalilah kepada Tuhanmu dengan hati yang redha dan diredhaiNya. Maka masuklah ke dalam golongan hamba2ku,dan masuklah ke dalam syurgaKu.”


                                                                                                                        89:27-30


 


 


 


 p10110891


#bagi sesiapa yang mendapat ayat cinta ini,sila rujuk semula kerana kesilapan ketika menulis membuatkan ana x perasan ana tertinggal satu ayat. Harap maaf atas kejahilan ini.


 


 


 


 


 


 


 


 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan