Rabu, 11 Februari 2009

Jaulah syitawiyah 09







Jalan Juang - Izzatul Islam
Jaulah syitawiyah 09 di Berlin,

Lagu semangat di atas merupakan lagu tema jaulah kali ini.

Manisnya kenangan ini. Kami sama-sama berhijrah dengan niat yang satu. Berhijrah dari Russia ke Berlin pada musim winter ini. Mencari sesuatu yang bermanfaat agar hati-hati kami sentiasa terisi, agar ruh-ruh kami juga sentiasa membara dan bercahaya dengan redhaNya. Kami ke sana bukan sekadar makan angin, namun sambil mengaut ilmu Allah yang akan diguna pakai dan akan diseret ke mana jua kami berada.

Alhamdulillah...Alhamdulillah....Alhamdulillah. Tak ternilai nikmat yang maha besar ini..




[caption id="attachment_251" align="alignright" width="134" caption="masjid Bilal"]masjid Bilal[/caption]

Di masjid Palestin kami berkumpul. Saudara-saudara kami dari France, Republic Czech, Ireland dan German juga turut serta berpadu tenaga di sini. Mendengar dan melihat dari mata hati sambil berfikir dengan akal yang rasional. Suka-duka kami berkongsi bersama. Mungkin di masjid ini ianya tidak begitu selesa seperti katil-katil empuk di mana jua hotel. Namun, inilah pengorbanan cinta kami yang tak seberapa yang kami ingin buktikan. Ianya takkan meluruhkan semangat kami untuk terus berjuang.

Ukhuwah
"Wahai manusia, sesungguhnya Kami menjadikan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan, kemudian Kami jadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku agar kamu saling mengenal. Sungguh yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertaqwa. Sungguh Allah maha mengetahui."(Surah Al Hujurat:13)

Ape itu ukhuwah?

Ukhuwah itu satu ikatan persaudaraan sesama mukmin. Jalinan dari hati ke hati yang mana sayang kita kepada seseorang sahabat hanya kerana kita ingin masuk ke syurga bersamanya. Ianya adalah persaudaraan yang terbina kerana Allah dan merupakan tali iman yang paling kuat.

Di jaulah ini bukan ukhuwah antara kami sahaja terbina, malah ikatan saudara sesama rakyat Palestin juga dapat dieratkan. Oh, sungguh manis pertemuan ini hingga tak mampu diungkapkan di sini. Untuk pengetahuan antunna semua mereka jugalah yang menyediakan makanan yang begitu lazat buat kami. Syukran!!!

Ingin saye kongsikan bersama cara-cara untuk mendapatkan ukhuwah Islamiah


  • Ucapkan sayang kita kepada orang itu.

  • Mendoakan tanpa diketahuinya

  • Ceriakan muka tiap kali bertemu

  • Bersalaman ketika berjumpa

  • Ziarah

  • Ucapkan tahniah ketika mereka berjaya

  • Prihatin terhadap masalah-masalah dan keperluan saudara

  • Laksanakan hak-hak ukhuwah~ (Jika berjumpa berikan salam, jika dijemput maka perkenankanlah, jika meminta nasihat maka nasihatilah, jika ia bersin dan memuji Allah maka doakanlah, jika ia sakit maka ziarahlah, dan jika ia mati maka hantarlah jenazahnya)

  • Memberi hadiah



"Ukhuwah itu bukan terletak pada pertemuan, bukan pada manisnya ucapan di bibir. Tetapi pada ingatan seseorang terhadap saudara di dalam doanya." (Imam Ghazali)





[caption id="attachment_252" align="alignleft" width="300" caption="sisters"]sisters[/caption]

[caption id="attachment_253" align="alignleft" width="348" caption="brothers"]brothers[/caption]









Jaulah ini bermula dari 31 Januari 2009 dan berakhir pada malam 5 Feb 2009. Sepanjang 6 hari ini terlalu banyak yang kami dapat. Berat rasa hati untuk meninggalkan Berlin ketika itu. Namun kami gagahi jua kerana bertemu kami kerana Allah dan berpisah jua kerana Allah. Perpisahan inilah merupakan titik mula kami untuk menjadi penolong-penolong Allah di mana jua kami berada. Insya Allah.


Ayuh beri ruang....rapatkan barisan!!!!!


Tiada ulasan:

Catat Ulasan