Jumaat, 1 April 2011

Kisah Bakawali =] Siapakah Wanita



Salam Si Puteri Bakawali....

Saya pernah membaca sebuah artikel, yang temanya  'Susahnya menjadi Seorang Muslimah' ,kerana terdapat pelbagai bendung yang perlu dilangkah, terutama apabila berhadapan dengan pandangan masyarakat yang diselimuti adat kuno. Kononnya wanita tempatnya hanya di dapur, mengacau gulai . Ternyata benak mereka terisi dengan tunas-tunas jahiliah,sehingga mereka terlupa tangan yang mengoncang buaian itu mampu mengoncang dunia.  Tidak ingin saya berbicara lebih lebar lagi. Suka saya kongsikan sebuah pandangan daripada sahabat saya yang berjudul  "Siapakah Wanita" . Hayatilah...


Harta yang paling berharga di dunia adalah wanita yang solehah.” Hadis Muslim
Wanita adalah makhluk Allah yang amat istimewa. Kemuliaan dan keruntuhan sesuatu bangsa terletak di tangan wanita. Oleh yang demikian, Allah telah menetapkan hukum ke atas mereka; walaupun berat di pandangan mata si jahil dan ingkar tetapi ia adalah kemanisan iman yang dicicip oleh wanita solehah. Kerana itulah…sebagai anak, dia menjadi anak yang solehah… Sebagai remaja dia akan menjadi remaja yang berhemah.. sebagai isteri, dia menjadi isteri yang menyenangkan dan menenangkan hati suaminya.. sebagai ibu…dia akan mendidik anaknya dengan penuh kasih sayang… dan pastinya sebagai hamba Allah, dia akan menjadi hamba yang tunduk dan menyerah diri hanya kepada-Nya. Islam tidak membezakan kedudukan atau darjat seseorang sama ada mereka wanita atau lelaki melainkan berdasarkan ketaqwaan mereka kepada Allah.

“Barangsiapa yang mengerjakan amalan yang soleh baik lelaki mahupun wanita sedang ia seorang yang beriman maka mereka itu masuk ke dalam syurga dan mereka tidak dianiaya walau sedikitpun.”  
(An-Nisa’: 24) 


Di manakah letaknya kecantikan sebenar pada seorang wanita?
Mata menilai kecantikan pada rupa. Akal menilai pada fikiran. Nafsu menilai pada bentuk tubuh. Tetapi hati tentulah menilainya pada akhlak dan budi!
Kecantikan rohani banyak menitik beratkan hubungan kita dengan Allah. Dengan pembetukan kerohanianlah maka terpancarlah 'Nur' cahaya yang datang dari kerja amalan kita. Sabda Rasulullah SAW yang maksudnya: "Solat ialah tiang agama dan mempunyai 10 fadilat salah satunya ialah daya penarik pada wajah. Islam menyarankan bahawa kecantikan yang hakiki berpaksi kepada iman yang kental dan sifat kesyukuran yang mendalam. Cantik di mata Allah lebih penting daripada cantik pada pandangan manusia.
Wanita ibarat bunga… cantik indahnya pada pandangan mata hanya sementara… Yang kekal menjadi pujaan manusia, hanyalah wanita yang mulia akhlaknya… kerana akhlak itu umpama bunga diri.. Tiada guna berwajah cantik tetapi berakhlak buruk… tiada guna juga berwajah cantik tetapi hati kosong dari ilmu… Ibarat bunga…ada yang cantik bila dipandang tetapi busuk baunya… Ada pula yang kurang menarik dan baunya juga kurang menyenangkan… Ada juga bunga yang tidak menarik pada pandangan mata kasar.. tetapi bila dihalusi dengan mata hati, ternyata amat tinggi nilainya….
"Ya Allah, sebagaimana Engkau perelokkan kejadian ku, Engkau elokkanlah akhlak-ku.” Amin.


Salam Si Bakawali
Liyana,Fakhirah dan Syazana


Tiada ulasan:

Catat Ulasan