Rabu, 6 April 2011

Tazkirah Mingguan -Penghargaan agama terhadap kaum wanita =]


Tarikh : 1 April 2011
Muwajih : Mohd Hazim bin Abdullah
Tajuk :  Penghargaan agama terhadap kaum wanita
Wanita mempunyai fungsi yang sangat besar sebagai ibu yang diberikan oleh Nabi s.a.w. Oleh sebab itu , anak mempunyai kewajipan supaya menghormati ibunya , sebab ibulah yang paling dekat dengan anaknya dalam kehidupan harian . Hal ini dijelaskan dalam sebuah hadis Rasulullah s.a.w. :
Ketika datang seseorang kepada Rasulullah s.a.w. lalu bertanya  “ Siapakah yang paling berhak saya pergauli dengan baik ? ” Jawab baginda “ ibumu. ” “ Kemudian siapa lagi ?” Jawab baginda “ ibumu . ”    “ Kemudian siapa ? ” Jawab baginda “ ibumu ! ” “ Dan lalu siapa ? ” jawab baginda “ ayahmu! ”
                                                                                                                                             ( HR. Bukhari dan Muslim )
Dalam hadis yang lain pula :
Ibnu Mas’ud bertanya kepada Nabi , “ Ya Rasulullah , apakah amal yang lebih mulia ? ” Jawab Nabi “Mengerjakan solat pada waktunya ,” lalu saya bertanya “ Kemudian apa lagi ?” Jawab Nabi “ Berbuat baik kepada  ibu bapa ” Lalu saya tanyakan lagi “ Kemudian apa lagi ? ” Jawab Nabi “ Jihad di jalan Allah”
                                                                                                                                             ( HR. Bukhari Muslim )
Oleh kerana begitu beratnya beban yang ditanggung oleh seorang ibu pada waktu mengandung , melahirkan dan juga membesarkan anaknya , maka bagi mereka yang durhaka kepada ibu adalah termasuk dosa besar.
Dalam sebuah riwayat diceritakan bahawa pernah berlaku suatu peristiwa di zaman Rasulullah s.a.w. Ketika itu pata sahabat dilanda dukacita kerana seorang sahabat mereka yang bernama Al Qamah berada dalam keadaan kesakitan . Yang membuatkan para sahabat bersedih bukan sakitnya Al Qamah , tetapi detik-detik akhirnya sungguh memilukan . Mulutnya tidak sanggup mengucapkan sesuatu kecuali mengerang kesakitan .
Sahabat telah mengajarkannya kalimah tauhid tetapi lidahnya sangat kaku untuk mengucapkan kalimah tauhid suci itu . Salah seorang sahabat mendatangi Rasulullah s.a.w. dan mengadu kepada baginda akan musibah itu
Nabi segera berangkat untuk melihat sendiri derita yang menimpa sahabatnya itu . Dengan sabar , baginda membisikkan kalimah tauhid ke telinga Al Qamah serta berpesan “ Al Qamah , bertaubatlah kepada Allah dan sebutlah nama Tuhanmu.” Tetapi Al Qamah tetap membisu . Sampai 3 kali Nabi mengulangi bisikannya , tetapi Al Qamah tidak sanggup mengulanginya .
Akhirnya , Nabi tidak lagi meneruskan ucapannya . Baginda melihat kepada para sahabat dan bertanya “Apakah kamu semua tahu , masihkah Al Qamah mempunyai orang tua ?  ”
Salah seorang berkata “ Setahu saya ayahnya sudah meninggal tetapi ibunya masih hidup . ”  Nabi lalu memerintahkan Ali dan Bilal untuk mencari Al Qamah . Setelah menemui ibu Al Qamah , mereka memberitahu akan masalah Al Qamah . Namun begitu , ibu Al Qamah enggan mengakui bahawa Al Qamah adalah anaknya. Alasan yang diberikan oleh ibunya adalah Al Qamah terlalu mementingkan isterinya sehingga mengabaikan ibunya . Puas Ali dan Bilal memujuknya untuk mengikuti  mereka menjenguk Al Qamah tetapi ibu Al Qamah enggan. Terpaksalah Bilal dan Ali pulang dengan sia-sia. Mereka menghadap Rasulullah dan menceritakan semuanya.
Nabi termenung seketika kemudian menyuruh Ali dan Bilal kembali kepada ibu Al Qamah dan beritahu bahawa Rasulullah menyuruhnya datang . Maka Ali dan Bilal membawa seekor unta untuk menjemput ibu Al Qamah sebagai kenderaannya . Pada masa yang sama , Rasulullah memerintahkan para sahabat untuk mengumpulkan kayu api di halaman rumah Al Qamah dan Al Qamah diangkat bersama tempat tidurnya ke tempat kayu api yang telah dikumpulkan .    
Apabila Bilal dan Ali tiba bersama dengan ibu Al Qamah , Rasulullah menyambut ibu Al Qamah dengan penuh hormat. Ibu Al Qamah berasa bangga tetapi air mukanya tiba2 berubah bila dia melihat anaknya terbaring berdekatan dengan kayu api. Nabi memberitahunya yang anaknya , Al Qamah durhaka kepadanya , jadi dia tersiksa pada waktu sakaratul maut dan daripada dia terus menderita, lebih baik  dia dibakar kecuali kalau ibunya mengampuninya. Ibu Al Qamah enggan mengampuni Al Qamah dan berkata bahawa Al Qamah bukan anaknya. Nabi lalu mengisyaratkan kepada para sahabat untuk membakar kayu api yang sudah dikumpulkan itu. Setelah api menyala, Nabi menyuruh para sahabat mengangkat Al Qamah dan melemparkannya ke dalam api.
Ibu Al Qamah terperanjat dan memekik saat Al Qamah diangkat menuju api yg sedang menyala serta bertanya adakah Nabi benar-benar ingin membakar Al Qamah .  Nabi mengangguk dan menyatakan bahawa baginda akan membakar Al Qamah kecuali jika ibu Al Qamah mengampuninya. Namun ibu Al Qamah tetap enggan mengampuni Al Qamah. Maka dengan serentak Al Qamah diangkat tinggi dan diayunkan hendak dilemparkan ke dalam api yang sedang menyala. Ibu Al Qamah memekik dan sambil menangis dia meminta supaya Rasulullah s.a.w tidak membakar Al Qamah kerana dia sudah mengampuni Al Qamah. Serentak dengan itu juga , Al Qamah dapat menyebut nama Allah dan meninggal dunia dengan tenang.
Begitulah cerita salah seorang sahabat Nabi yang telah durhaka kepada ibunya . Cerita ini menjelaskan kepada kita betapa bahayanya jika seseorang itu derhaka kepada ibunya dan betapa mulianya kasih seorang ibu. Oleh kerana itu , tepatlah kiranya jika islam memberikan penghargaan yang setinggi-tingginya untuk kaum wanita.
Disediakan oleh : MOHAMMAD HAFIZUDDIN BIN MOHAMMAD RIDZUAN


                

Tiada ulasan:

Catat Ulasan