Rabu, 11 Mei 2011

‘Abid-hambakah anda?


‘Abid-hambakah anda?

Sebelum kata menghambat bicara, suka saya ingatkan tentang matlamat hidup kita di bumi Allah s.w.t ini.
“Tidak aku ciptakan jin dan manusia melainkan agar mereka ber-ibadah kepada-Ku”
(Az-Zariyat;56)
Sudah terang lagi bersuluh disini, bawasanya penciptaan manusia daripada tanah tidak lain dan tidak bukan hanya untuk beribadah kepada penciptanya ,Allah swt selain menjadi khalifah di bumi ini.
 ika dirujuk di dalam Bahasa Arab, suku kata ‘Abid  itu berasal daripada perkataan Abd (عبد­) yang bermaksud hamba kepada penciptanya. Ia juga sering dikaitkan dengan istilah Ibadah (عبادة) yang diterjemahkan sebagai kepatuhan yang terunggul dan sifat rendah diri kepada Allah swt. Selain itu,mengikut kamus Dewan edisi ke-4 ‘Abid didefinisikan sebagai orang yang menghambakan diri kepada Allah dengan beribadat kepada-Nya.,
Pada dasarnya, seorang hamba perlu memupuk rasa cinta dan sayangnya hanya untuk Allah swt. Hal ini kerana,bercinta dengan Allah itu perlu sebelum bercinta kerana Allah seperti di dalam persahabatan, perkahwinan dll.
Selain daripada itu, rasa cinta yang menebal perlu disusuli dengan sifat patuh yang membuta. Sebagai hamba yang mencintai penciptanya, kita perlu patuh dengan segala suruhan dan menjauhi perbuatan larangan-Nya seperti pepatah arab ‘ amar makruf ,nahi mungkar’. Jika kita masih lokek dalam memenuhi syariat dan menjalani cara hidup islam maka setakat mana cinta kita. Cuba kita toleh sekejap kisah semalam yang masih menjadi bicara dibibir insan, hanya kerana cinta sesama manusia berdirinya kukuh istana Taj Mahal, gilanya Qaisy kerana Laila, derhakanya Jebat kerana Tuah dan banyak lagi dogeng sang kekasih yang membesar bersama kita. Jadi tidak salah rasanya kita menjadi hamba yang patuh kerana pemilik mahakarya cinta itu,yakni Allah swt.
Bunga-bunga cinta hamba yang lain adalah ikhlas dalam segala perbuatan. Benar, ikhlas itu di ibaratkan seperti seekor semut hitam yang berada di atas batu hitam di dalam malam yang kelam. Dan sesungguhnya Allah tidak memandang amalan yang banyak tetapi amalan yang ikhlas,sedangkan ikhlas itu rahsia Allah. Oleh itu kita perlu sedaya upaya membersihkan hati agar segala perbuatan dan tingkah laku kita adalah semata-mata kerana Allah swt.
Setiap usaha perlu diekori dengan sifat tawakal itu sediri iaitu berserah diri  dan percya dengan sepenuh hati kepada tuhan. Sifat ini amat penting kerana dengan bertawakal, hati kita akan sentiasa tenang walau dalam apa-apa situasi pun samada nikmat ataupun musibah. Ini kerana kita mempunyai kesedaran yang jelas didalam diri, bawasanya Allah berhak 110% terhadap hamba-Nya.
Kita juga perlu memahami konsep penghambaan itu sendiri iaitu hubungan antara Allah dan hamba-Nya. Untuk itu kita perlu membezakan istilah antara seorang  ‘khadam’ dan seorang ‘hamba’. Dimana khadam merupakan orang yang diupah untuk membuat kerja oleh itu dia berhak mengharapkan ganjaran daripada tuannya,manakala hamba pula adalah seseorang yang perlu melaksanakan perintah tuannya tanpa mengharapkan apa-apa balasan. Namun Alah swt yang maha pemurah lagi pengasihani senantiasa memberi nikmat kepada hamba-Nya.
Oleh itu,dalam misi menjadi seorang hamba yang ‘abid, ayuh kita menaudit diri sendiri(muhasabah) dengan sifat dan ciri seorang hamba. Selain itu, kami di BTK membuka ruang kepada anda unutk membuktikan anda adalah seorang ‘abid dengan menyediakan pelbagai program menarik seperti pertandingan penulisan puisi, tazkir foto dan banyak lagi. Jadi tunggu apa lagi, jom uji diri anda dengan kami. Dan sesungguhnya, tanda seseorang itu faham ialah apabila dia dapat menjelaskan sesuatau dengan bahasa dan cara yang lebih mudah. Buktikan kefahaman anda sekarang.
Akhir kata penghujung bicara, ‘abid-hambakah anda???



‘Abid

Wahai sekalian ahli ibadah,
Setiap keletihanyang tanpa pada keredhaan Allah yang Maha Mulia…
Adalah satu kepayahan yang sia-sia.
Dan setiap milik tanpa diredhai Yang Maha Mengawasi…adalah sia-sia.
Dan demi Allah, betapa indah sujud yang khusyuk,
Betapa mulia mata yang menangis,
Betapa baik kepada orang berhaji yang dicukur,
Dan betapa mahal pakaian zuhud yang koyak rabak.


Wahai sekalian abid,
Dudukmu di muhrab dan berdirimu di pintu-pintu…
Lebih berharga dari seluruh yang ada di atas muka bumi.
Kerana engkau yang benar satu-satunya…dan arif yang tunggal,
Sedang mereka meraba-raba dalam kegelapan.
Dan berhias dalam kepalsuan.
Menitisnya air wudhuk dari janggutmu
Lebih bersinar dari kilauan permata pada mahkota sultan,
Bergugurannya air mata dari kelopak matamu
Lebih berkilau dari rantai mutiara dalam majlis,
Nafas-nafasmu semerbak harum dari syurga mahabbah,
Dan bau nafasmu adalah kasturi dari taman-taman kemesraan.


Wahai sekalian abid,
Ini merupakan satu kebanggaan…
Bahawa engkau telah selamat dari keriuhan pasar-pasar dan kepalsuan hiburan-hiburan…
Merupakan satu kemuliaan…
Bahawa engkau di dalam ibadah…bila engkau sedang tidur,
Dan berada dalam wirid…apabila engkau bangun,
Dalam petunjuk…apabila engkau berazam,
Dan dalam solat…apabila engkau bertasbih.


Wahai sekalian abid,
Pondokmu lebih besar dari istana,
Tikarmu lebih mahal dari permaidani,
Pakaianmu lebih berharga dari sutera,
Betapa baik untukmu…
Tiada yang hilang padamu selain kebohongan upahan,
Dan tidak ada yang luput kecuali hiburan orang-orang yang hidup mewah.
*********************************
(Dr. ‘Aidh Abdullah Al-Qarni)

Selasa, 10 Mei 2011

Tazkirah Mingguan -Tasfir Surah al-Rum 17-22

 Laporan Tazkirah Mingguan
Tarikh:  7 Mei 2011 ( Sabtu )
Masa  : 9 - 9.45 malam
Pengacara Majlis :  Mukhlis ( 3th year)
Pentazkirah:  Azli Nasiruddin

Tafsir Surah Ar-Rum Ayat 17-22
17. Maka bertasbihlah kepada Allah pada petang hari dan pada pagi hari (Subuh)
18. dan segala puji bagi-Nya baik di langit, di bumi, pada malam hari dan pada waktu zuhur (tengah hari)
Allah mengingatkan manusia untuk sentiasa bertasbih kepadaNya kerana dengan bertasbih manusia akan sentiasa ingat kepadaNya. Dengan mengingatiNya, manusia tidak akan cenderung melakukan perkara-perkara yang dilarangNya kerana mereka sedar bahawa wujudnya satu kuasa yang sentiasa mengawasi tindak-tanduk mereka.
19. Dia mengeluarkan yang hidup dari yang mati dan mengeluarkan yang mati dari hidup dan menghidupkan bumi setelah mati (kering). Dan seperti itulah kamu akan dikeluarkan (dari kubur).
Allah s.w.t menekankan kuasanya untuk mencipta dan mematikan apa yang ada di muka bumi ini. Sebagaimana bumi yang kering kontang mampu hidup subur kembali, begitu jugalah dengan nyawa manusia. Dialah Maha Pencipta, Dialah juga yang mematikan apa yang dikehendakiNya.
Berdasarkan ayat-ayat ini,Allah ingin menerangkan kepada manusia tentang kehebatan penciptaanNya yang tiada tandingannya. Seperti yang kita sentiasa ungkapkan di dalam asma’ ul-husna kita mengetahui dan yakin bahawa Allah adalah Maha Pencipta iaitu sebaik-baik pencipta.
20. Dan diantara tanda-tanda (kebesaran)-Nya, ialah Dia menciptakan kamu dari tanah, kemudian tiba-tiba kamu (menjadi) manusia yang berkembang-biak.
Melalui ayat 20, Allah mendorong manusia untuk berfikir dan menyedari hakikat sebenar penciptaan manusia yang asalnya hanya daripada tanah. Seperti yang kita ketahui bahawa struktur tanah itu sendiri halus dan boleh diibaratkan sebagai debu. Tanah itu juga sentiasa dipijak-pijak oleh manusia menunjukkan betapa hinanya asal penciptaan kita. Namun Allah mampu untuk menukarkan tanah yang hina itu kepada manusia yang sangat indah rupanya malahan bijak pandai serta diangkat menjadi khalifah di atas muka bumi. Subhanallah.
21. Dan diantara tanda-tanda (kebesaran)-Nya, ialah Dia menciptakan pasangan-pasangan untukmu dari jenismu sendiri, agar kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan Dia menjadikan diantaramu rasa kasih dan sayang. Sungguh, pada yang demikian itu, benar-benar terdapat tanda-tanda (kebesaran Allah) bagi kaum yang berfikir.
Melalui ayat 21, Allah menerangkan lagi kehebatan-kehebatan ciptaanNya iaitu perasaan cinta dan kasih sayang yang terbit dari hati setiap insan di atas muka bumi ini. Perasaan cinta dan sayang ini tidak perlu diajar oleh ibu bapa di rumah atau guru-guru di sekolah kerana ia adalah anugerah dari Allah yang telah disemat di dalam hati manusia. Namun, sejauh manakah kita menghargai nikmat yang dikurniakannya? Adakah kita menggunakan nikmat cinta dan kasih sayang Allah yang suci ini ke arah jalan yang diredhaiNya? Fikir-fikirlah sendiri. Tepuk dada tanya  iman.
22. Dan diantara tanda-tanda (kebesaran)-Nya, ialah Dia menciptakan langit dan bumi, perbedaan bahasamu dan warna kulitmu. Sungguh, pada yang demikian itu, benar-benar terdapat tanda-tanda bagi orang-orang yang mengetahui.
Melalui ayat 22, Allah mengagungkan penciptaan langit dan bumi. Di dalam al-Quran, Allah banyak bersumpah ke atas langit dan bumi kerana penciptaanNya yang sangat hebat. Boleh rujuk surah al-Mulk ayat 3-5. Di dalam ayat ini juga Allah menerangkan tentang penciptaan manusia yang terdiri daripada berbagai bangsa dan warna kulit. Betapa indahnya Islam kerana  tanpa mengira bangsa atau warna kulit kita adalah bersaudara atas dasar kepercayaan kepada Allah yang satu. Bayangkan sekiranya di dunia ini hanya terdapat satu kaum sahaja. Mesti hidup kita tidak menarik dan pemikiran manusia akan tertutup. Ini juga salah satu nikmat Allah yang harus kita sentiasa mensyukuri.   

Rabu, 4 Mei 2011

Tazkirah Mingguan -video



Laporan Tazkirah Mingguan
Tarikh:  30 April 2011 ( Sabtu )
Masa  : 9 - 9.45 malam
Pengacara Majlis :  Hazim ( 4th year)
Pentazkirah:  Amir Hamzah bin Hamzaid

-          Pentazkirah  menayangkan video bertajuk  ‘Medical Sharing’ daripada Dr.Fauziah
-          Video ini merupakan rakaman daripada Aqsa Syarif Le Tour d'Europe yang bertempat di Olomouc, Czech Republic  bertarikh 19 April 2011.
Isi kandungan tazkirah :
Isu
Berkisar mengenai tujuan hidup utama seorang muslim yaitu untuk memperolehi keredhaan Allah S.W.T
1.       Selain itu, beliau menekankan tentang tanggungjawab yang perlu dipikul seorang muslim.
Tanggungjawab ini perlu dilaksanakan sebaik mungkin kerana hal ini akan ditanya oleh Allah di akhirat nanti.
Contoh yang diberi : Tanggungjawab seorang doktor untuk memberikan nasihat yang terbaik
                                      kepada pesakit dan menegakkan pendirian berkaitan agama dalam 
                                      bidang perubatan seperti masalah pengguguran bayi dan sebagainya.
Tanggungjawab ini juga meliputi peranan seorang muslim dalam masyarakat. Seorang muslim seharusnya memainkan peranan untuk memperbaiki masyarakat dan mengambil peduli akan hal-hal yang berlaku pada masyarakat tersebut.

2.       Isu berkaitan masa turut beliau kupaskan dalam video tersebut.
       Beliau mengibaratkan masa sebagai kehidupan dan menyatakan hakikat masa yang semakin  pantas berlalu adalah kerana beban dan tanggungjawab yang  semakin bertambah dari hari kehari seiring dengan usia.
        Terdapat dua masa yang manusia selalu leka denganya yaitu masa lapang dan masa sihat.   Hal berkaitan masa ini juga akan Allah tanyakan kepada manusia di akhirat nanti
Tindakan yang perlu diambil :
1.       Memikul tanggungjawab  dan melaksanakannya dengan sebaik-baiknya
2.       Pengurusan yang mantap dalam pelbagai bidang misalnya pengurusan masa, kewangan dan sebagainya
3.       Sentiasa berfikiran positif- Seorang muslim tidak seharusnya murung kerana setiap perkara yang berlaku keatas seorang muslim adalah kebaikan semata-mata
4.       Mempunyai sistem sokongan yang kuat  seperti keluarga, rakan-rakan.
5.       Menjadi seorang muslim yang kuat secara fizikal mahupun mental
6.       Memudahkandan melapangkan urusan  urusan orang lain- Berdasarkan hadis riwayat muslim.
Konklusi
Seorang muslim hendaklah menjadi mukmin yang lebih kuat dalam segala aspek kerana mukmin yang lebih kuat itu lebih dikasihi Allah berbanding mukmin yang lemah.

Tazkirah Mingguan -Musibah: Matangkah kita?



Tarikh: 23 April 2011
Muwajih: Abd Muiz b. Abd Halim
Tajuk: Musibah:Matangkah kita?

Ø  Kisah air yang tinggal separuh

A: tinggal separuh je...
B: ade separuh lagi...

     Kita perlulah bersikap optimistik dan sentiasa berfikiran positif  seperti si B. Kita tidak boleh berfikiran negetif dan mudah mengalah  seperti si A.

Ø  Kisah Nabi Yunus

     Nabi Yunus diutuskan Allah SWT untuk menyampaikan dakwah kepada kaumnya. Setelah sekian lama membawa dakwah tersebut, pengikut Nabi Yunus tetap sedikit.Nabi Yunus berputus asa dan keluar dari kawasan tersebut meninggalkan kaumnya dalam  keadaan jahil. Nabi Yunus menaiki kapal dalam perjalanannya. Ketika berada ditengah laut, badai menimpa. Kapal tersebut tidak stabil dan isi kandungannya perlu dikurangkan. Setelah membuang semua barang yang ada diatas kapal tersebut, kestabilan masih tidak dicapai. Nakhoda kapal tersebut membuat keputusan untuk membuang orang melalui undian. Nama Nabi Yunus terpilih dalam undian pertama. Akan tetapi, disebabkan rasa hormat nakhoda kapal terhadap Nabi Yunus, mereka melaksanakan undian buat kali kedua. Nama Nabi Yunus sekali lagi terpilih dalam undian kedua. Undian ketiga dilaksanakan. Dalam undian ketiga, nama Nabi Yunus terpilih lagi. Nabi Yunus redha dengan takdirnya dan dibuang di tengah lautan itu. Apabila berada di tngah lautan, Nabi Yunus ditelan oleh seekor ikan Nun tanpa sebarang luka dengan kuasa Allah SWT. Nabi Yunus hidup di dalam perut ikan Nun berminggu lamanya. Keadaan dalam perut ikan Nun itu sempit dan gelap gelita. Nabi Yunus berzikir setiap hari tanpa putus asa sehingga Allah SWT menerima taubatnya. Akhirnya, ikan Nun tersebut meluahkan Nabi Yunus

Konklusi
·         Putus asa akan membawa kegelapan
·         Kita perlu sabar menghadapi ujian Allah SWT dan tidak mudah berputus asa.
Disediakan oleh Nurul Ihsan binti Muhammad Fareed

Tazkirah Mingguan -Tasfir Surah al-Baqarah(2:246-250)



 Tasir Surah al-Baqarah (2:246-250)

Tarikh: 22 April 2011
Muwajih: Azizan Azfar Sameon
Tajuk: Tasir Surah al-Baqarah (2:246-250)

(2:246-248)
“ Tidakkah kamu perhatikan para pemuka Bani Israel setelah Musa wafat, ketika mereka berkata kepada seorang nabi mereka, ‘ Angkatlah seorang rajauntuk kami, nescaya kami berperang di jalan Allah.’ Nabi mereka menjawab, ‘ Jangan-jangan jika diwajibkan atasmu berperang,kamu tidak akan berperang juga?’ Mereka menjawab, ‘ Mengapa kami tidak akan berperang di jalan Allah, sedangkan kami telah diusir dari kampung halaman kami dan (dipisahkan dari) anak-anak kami?’ Tetapi ketika perang itu diwajibkan ke atas mereka, mereka berpaling, kecuali sebahagian kecil dari mereka.  Dan Allah Maha Mengetahui orang-orang yang zalim. Dan nabi mereka berkata kepada mereka, ‘ Sesungguhnya Allah telah mengangkat Talut menjadi rajamu.’ Mereka menjawab, ‘ Bagaimana talut memperoleh kerajaan atas kami,sedangkan kami lebih berhak atas kerajaan itu daripadanya, dan dia tidak diberikan kekayaan yang banyak?’ (Nabi) menjawab, ‘ Allah telah memilihnya (menjadi raja) kamu dan member kelebihan ilmu dan fizik.’ Allah memberi kerajaan-Nya kepada siapa yang Dia kehendaki, dan Allah Maha Luas, Maha Mengetahui. Dan nabi mereka berkata kepada mereka, ‘ Sesungguhnyatanda kerajaan adalah datangnya Tabut kepadamu yang didalamnya terdapat ketenangan dari Tuhanmu dan sisa peninggalan keluarga Musa dan keluarga Harun, yang dibawa oleh malaikat.’ Sunnguh, pada yang demikian itu terdapat tanda (kebesaran Allah) bagimu,jika kamu orang yang beriman.”
·         Kisah Bani Israel yang tidak berpegang pada kata-kata mereka
·         Ketua penting untuk mebuat keputusan.
·         Allah SWT tidak memandang harta tetapi ketaqwaan seseorang untuk dijadikan ketua

(2:249)
“ Maka ketika Talut membawa bala tenteranya, dia berkata, ‘ Allah akan menguji kamu dengan sebuah sungai. Maka barang siapa meminum (airnya),  dia bukanlah pengikutku. Dan barangsiapa tidak meminumnya, maka dia adalah pengikutku kecuali menceduk-ceduk dengan tangan.’ Tetapi mereka meminumnya kecuali sebahagian kecil di antara mereka. Ketika dia (Talut) dan orang-orang  yang beriman bersamanya menyeberangi sungai itu, mereka berkata, ‘Kami tidak kuat lagi pada hari ini melawan Jalut dan bala tenteranya.’ Mereka yang meyakini bahawa akan menemui Allah berkata, ‘ Betapa banyak kelompok kecil mengalahkan kelompok besar dengan izin Allah .’ Dan Allah beserta orang-orang yang sabar.”
·         Allah  SWT menurunkan sesuatu itu sebagai ujian (eg. larangan minum air, solat , pakai tudung etc.)
·         Bilangan tentera berkurang kerana tidak yakin pada ketua mereka dan mereka melanggar laranagan Allah SWT.  Tentera yang tiggal itu mempunyai iman yang hebat.

(2:250)
“ Dan ketika mereka maju melawan Jalut dan tenteranya, mereka berdoa, ‘Ya Tuhan kami, limpahkanlah kesabaran kepada kami,kukuhkanlah langkah kami dan tolonglah kami menghadapi orang-orang kafir.”
·         Mintalah pertolongan Allah SWT
·         Tentera Islam menang dengan bantuan Allah SWT. Nabi Daud mengalahkan Jalut.

Konklusi
Ø  Kaum yang naik itu bergilir.
·         Kenapa Islam tidak berada diatas? – Sebab kita masih tiada potensi.
·         Analogi: Seorang pengarah hospital mempunyai seorang anak yang gagal dalam SPM tetapi mahu menjadi “head surgeon”. Si anak tidak mempunyai potensi untuk melaksanakan tanggungjawab tersebut dan ini akan mengakibatkan kesan yang buruk pada hospital tersebut. Si ayah perlulah menyediakan peluang untuk si anak menimba ilmu manakala si anak perlulah mujahadah untuk mempelajari ilmu tersebut.

Disediakan oleh Nurul Ihsan binti Muhammad Fareed

Isnin, 11 April 2011

Aqsa Syarif di Nizhniy!



Bismillahirrahmanirrahim..
Salam wrt, peace and blessings to all my beloved comrades in Nizhniy Novgorod.
inshaAllah esok 12 April, Aqsa Syarif Le Tour D'Europe akan tiba di Nizhniy!


let's open our hearts and make time for Palestine. Moga usaha kita untuk tahu lebih mengenai Palestin akan mengorakkan langkah dan menggerakkan hati-hati kita untuk membantu saudara-saudara kita di sana, inshaAllah.





Di 3rd Hostel, selepas solat maghrib (8.00 pm). Be sharp!


More about Aqsa Syarif here and here

Wallahu'alam.

gapura insaniah 1


 Kemanusian,insaniah,ataupun humanistik walau bagaimapun suku katanya diubah maksudnya masih sama. Ianya merupakan ciri-ciri yang wajib ada di dalam diri setiap insan terutama sebagai seorang muslim,barulah layak dipanggil berperikemanusiaan.
         Hal ini kerana, umat islam telah disimpul dengan kata janji mereka dengan ikrar 2 kalimah syahadah. Lupakah anda apabila kita mengucap “Tiada Tuhan Melainkan Allah dan Muhammad Itu Pesuruh Allah” kita telah membuat satu akuan sumpah untuk memelihara maruah, harta dan nyawa saudara se islam.
Suka saya petik hadis yang giriwayatkan oleh Inu Umar r.a yang bermaksud "Aku telah diperintahkan supaya memerangi manusia sehinggalah mereka bersaksi bahawa tiada tuhan melainkan Allah dan Muhammad adalah Rasulullah, dan mereka mengerjakan solat serta memberi zakat. Maka sekiranya mereka melakukan perkara itu, terpeliharalah darah (nyawa) mereka dan harta benda mereka daripadaku kecuali dengan hak Islam. Dan perhitungan mereka adalah atas ketentuan Allah." (Hadis riwayat Imam al-Bukhari)
Saya rasa dengan hadis di atas, kita sebagai umat islam perlu faham bawasanyanya apabila kalimah syahadah menari laju dari bibir, kita telah mengikat janji untuk berganding bahu dengan mereka dan bertanggungjawap untuk memberi bantuan terhadap sadara seislam kita yang sedang dilanda musibah.
         Contoh yang terdekat, isu Palestin yang saban hari makin panas, setiap detik yang berlalu,nyawa yang qudus terus terkorban. Apa peranan kita di situ, adakah kita masih asyik dengan drama Korea sehingga terlupa saudara kita disana sengsara tanpa bekalan elektrik. Atau sedang enak  meratah Fillet o Fish di Mc Donald, ketika seorang kanak-kanak Palestin menangis kerana sekeping roti. Kemana pergi kemanusian yang sepatutnya menjadi identiti kita sebagai seorang muslim? Tepuk dada, tanyalah iman saudara,saudari sekalian.
         Usah gunakan alasan sebagai pelajar untuk mengelak melaksanakan kewajiban ini. Di dalam dunia moden alaf baru ini, kita boleh menyumbang bukan hanya dengan memegang senjata atau bertarung seperti komando, tetapi  dengan bertindak sebagai muslim yang prihatin kita boleh menolong saudara kita. Pelbagai program misi kemanusian yang dianjurkan untuk meringankan beban di bahu mereka. Benar pepatah melayu pernah berkata ‘berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul’ namun sedikit sebanyak dengan komitmen kita menyertai misi-misi seperti ini dapat membantu mereka.
         Antara misi yang pernah dan sedang dijalankan adalah usaha memboikot barang buatan Yahudi yang memberi kepentingan kepada Israel. Pahatkan didalam minda masing-masing, setiap sen yang kita belanjakan di toko-toko produk Yahudi digunakan untuk membeli peluru yang akhirnya membunuh saudara kita di sana. Fikir-fikirkan lah...



         Selain daripada itu kutipan derma juga diadakan unutk meringgan beban mereka disana. Maklumlah setelah dikenakan sekatan ekonomi oleh pihak Israel kehidupan rakyat Palestin semakin tersepit seperti sudah jatuh ditimpa tangga pula. Jika anda risau wang anda digunakan si saluran yang tidak benar usah bimbang kerana anda boleh terus memindahkan wang anda ke saluran yang boleh dipercayai seperti Aqsa Syarif dan sebagainya.
Antara contoh bantuan yang boleh disalurkan bantuan.

         Sebagai penutup kata, ingin saya ingatkan anda dan diri sendiri, “Doa itu merupakan senjata kepada orang beriman” oleh itu setiap kali usai solat fardu/sunat ataupun bila-bila masa apabila terlintas di hati, jangan lupa unutp titipkan doa unutk mereka supaya terus diberika kekuatan dan keimanan untuk memerangi yahudi yang dilakhnat itu.
Fikir-fikirkanlah...
        
No mother no father to wipe away my tears
That’s why I won’t cry
I feel scared but I won’t show my fears
I keep my head high
Deep in my heart I never have any doubt
That Palestin tomorrow will be free
Palestin tomorrow will be free
 -Maher Zain-


p/s: lebih detail.. layari 
http://permaya.org/yaman/modules.php?op=modload&name=News&file=article&sid=369