Rabu, 11 Mei 2011

‘Abid-hambakah anda?


‘Abid-hambakah anda?

Sebelum kata menghambat bicara, suka saya ingatkan tentang matlamat hidup kita di bumi Allah s.w.t ini.
“Tidak aku ciptakan jin dan manusia melainkan agar mereka ber-ibadah kepada-Ku”
(Az-Zariyat;56)
Sudah terang lagi bersuluh disini, bawasanya penciptaan manusia daripada tanah tidak lain dan tidak bukan hanya untuk beribadah kepada penciptanya ,Allah swt selain menjadi khalifah di bumi ini.
 ika dirujuk di dalam Bahasa Arab, suku kata ‘Abid  itu berasal daripada perkataan Abd (عبد­) yang bermaksud hamba kepada penciptanya. Ia juga sering dikaitkan dengan istilah Ibadah (عبادة) yang diterjemahkan sebagai kepatuhan yang terunggul dan sifat rendah diri kepada Allah swt. Selain itu,mengikut kamus Dewan edisi ke-4 ‘Abid didefinisikan sebagai orang yang menghambakan diri kepada Allah dengan beribadat kepada-Nya.,
Pada dasarnya, seorang hamba perlu memupuk rasa cinta dan sayangnya hanya untuk Allah swt. Hal ini kerana,bercinta dengan Allah itu perlu sebelum bercinta kerana Allah seperti di dalam persahabatan, perkahwinan dll.
Selain daripada itu, rasa cinta yang menebal perlu disusuli dengan sifat patuh yang membuta. Sebagai hamba yang mencintai penciptanya, kita perlu patuh dengan segala suruhan dan menjauhi perbuatan larangan-Nya seperti pepatah arab ‘ amar makruf ,nahi mungkar’. Jika kita masih lokek dalam memenuhi syariat dan menjalani cara hidup islam maka setakat mana cinta kita. Cuba kita toleh sekejap kisah semalam yang masih menjadi bicara dibibir insan, hanya kerana cinta sesama manusia berdirinya kukuh istana Taj Mahal, gilanya Qaisy kerana Laila, derhakanya Jebat kerana Tuah dan banyak lagi dogeng sang kekasih yang membesar bersama kita. Jadi tidak salah rasanya kita menjadi hamba yang patuh kerana pemilik mahakarya cinta itu,yakni Allah swt.
Bunga-bunga cinta hamba yang lain adalah ikhlas dalam segala perbuatan. Benar, ikhlas itu di ibaratkan seperti seekor semut hitam yang berada di atas batu hitam di dalam malam yang kelam. Dan sesungguhnya Allah tidak memandang amalan yang banyak tetapi amalan yang ikhlas,sedangkan ikhlas itu rahsia Allah. Oleh itu kita perlu sedaya upaya membersihkan hati agar segala perbuatan dan tingkah laku kita adalah semata-mata kerana Allah swt.
Setiap usaha perlu diekori dengan sifat tawakal itu sediri iaitu berserah diri  dan percya dengan sepenuh hati kepada tuhan. Sifat ini amat penting kerana dengan bertawakal, hati kita akan sentiasa tenang walau dalam apa-apa situasi pun samada nikmat ataupun musibah. Ini kerana kita mempunyai kesedaran yang jelas didalam diri, bawasanya Allah berhak 110% terhadap hamba-Nya.
Kita juga perlu memahami konsep penghambaan itu sendiri iaitu hubungan antara Allah dan hamba-Nya. Untuk itu kita perlu membezakan istilah antara seorang  ‘khadam’ dan seorang ‘hamba’. Dimana khadam merupakan orang yang diupah untuk membuat kerja oleh itu dia berhak mengharapkan ganjaran daripada tuannya,manakala hamba pula adalah seseorang yang perlu melaksanakan perintah tuannya tanpa mengharapkan apa-apa balasan. Namun Alah swt yang maha pemurah lagi pengasihani senantiasa memberi nikmat kepada hamba-Nya.
Oleh itu,dalam misi menjadi seorang hamba yang ‘abid, ayuh kita menaudit diri sendiri(muhasabah) dengan sifat dan ciri seorang hamba. Selain itu, kami di BTK membuka ruang kepada anda unutk membuktikan anda adalah seorang ‘abid dengan menyediakan pelbagai program menarik seperti pertandingan penulisan puisi, tazkir foto dan banyak lagi. Jadi tunggu apa lagi, jom uji diri anda dengan kami. Dan sesungguhnya, tanda seseorang itu faham ialah apabila dia dapat menjelaskan sesuatau dengan bahasa dan cara yang lebih mudah. Buktikan kefahaman anda sekarang.
Akhir kata penghujung bicara, ‘abid-hambakah anda???



‘Abid

Wahai sekalian ahli ibadah,
Setiap keletihanyang tanpa pada keredhaan Allah yang Maha Mulia…
Adalah satu kepayahan yang sia-sia.
Dan setiap milik tanpa diredhai Yang Maha Mengawasi…adalah sia-sia.
Dan demi Allah, betapa indah sujud yang khusyuk,
Betapa mulia mata yang menangis,
Betapa baik kepada orang berhaji yang dicukur,
Dan betapa mahal pakaian zuhud yang koyak rabak.


Wahai sekalian abid,
Dudukmu di muhrab dan berdirimu di pintu-pintu…
Lebih berharga dari seluruh yang ada di atas muka bumi.
Kerana engkau yang benar satu-satunya…dan arif yang tunggal,
Sedang mereka meraba-raba dalam kegelapan.
Dan berhias dalam kepalsuan.
Menitisnya air wudhuk dari janggutmu
Lebih bersinar dari kilauan permata pada mahkota sultan,
Bergugurannya air mata dari kelopak matamu
Lebih berkilau dari rantai mutiara dalam majlis,
Nafas-nafasmu semerbak harum dari syurga mahabbah,
Dan bau nafasmu adalah kasturi dari taman-taman kemesraan.


Wahai sekalian abid,
Ini merupakan satu kebanggaan…
Bahawa engkau telah selamat dari keriuhan pasar-pasar dan kepalsuan hiburan-hiburan…
Merupakan satu kemuliaan…
Bahawa engkau di dalam ibadah…bila engkau sedang tidur,
Dan berada dalam wirid…apabila engkau bangun,
Dalam petunjuk…apabila engkau berazam,
Dan dalam solat…apabila engkau bertasbih.


Wahai sekalian abid,
Pondokmu lebih besar dari istana,
Tikarmu lebih mahal dari permaidani,
Pakaianmu lebih berharga dari sutera,
Betapa baik untukmu…
Tiada yang hilang padamu selain kebohongan upahan,
Dan tidak ada yang luput kecuali hiburan orang-orang yang hidup mewah.
*********************************
(Dr. ‘Aidh Abdullah Al-Qarni)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan