Isnin, 16 Mei 2011

16 Mei hari Guru =]


Guru Oh Guru
Berburu ke padang datar,
Dapat rusa belang kaki,
Berguru kepala ajar,
Ibarat bunga kembang tak jadi,

Dialah pemberi paling setia,
Tiap akar ilmu miliknya,
Pelita dan lampu segala,
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat,
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat,
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat,
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa,
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta,
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara,
Jika hari ini seorang ulama yang mulia,
Jika hari ini seorang peguam menang bicara,
Jika hari ini seorang penulis terkemuka,
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya,
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota,
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu,
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulangi ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.
USMAN AWANG
1979
Sempena 16 Mei hari ini,saya membuka bicara dengan puisi karangan sasterawan negara Usman Awang. Karya  yang sering menjadi pilihan ketika sambutan hari guru ini amat bererti, penuh dengan nilai-nilai yang tersendiri Dalam dinginnya angin musim bunga di bumi Russia ini, saya teringat akan alam persekolahan yang sudah kian lama ditinggalkan. Masih malar segar di hati  detik ini 3-4 tahun yang dulu pasti sedang sibuk membungkus hadiah untuk cikgu-cikgu kesayangan, perut pula  kekenyangan dengan pelbagai jamuan untuk meraikan guru masing-masing. Tidak salah rasanya sesekali membelek album memori semalam Tambah lagi dengan realiti hari ini di mana nilai-nilai penghargaan kepada guru semakinn pudar, ditelan kabus zaman. Daripada meraikan pendidik, anak-anak muda lebih gemar menghabiskan masa di depan komputer menonton konsert artis korea ataupun melayani facebook.
                Tarikh 16 Mei telah dipilih sebagai hari guru kerana pada masa yang sama pada tahun 1956 Majlis Undang-Undang Persekutuan Melayu telah menerima cadanagn Laporan Jawatankuasa Pelajaran sebagai dasar pelajaran negara.
                Mengikut tatabahasa Indonesia guru bererti orang yang mengajar manakala perkataan teacher pula bermaksud pengajar. Dalam sudut islam pula, guru disamakan dengan pendidik yang bertanggungjawab terhadap perkembangan anak didik dan memberi pelajaran kepada murid. Di sekolah,kolej,universiti mahupun di masjid sesiapa sahaja yang mendidik layak dipanggil guru dan mendapat penghargaan.
Seperti yang kita tahu islam sendiri sangat memuliakan ilmu pengetahuan sehingga kita disuruh menuntut ilmu sehingga ke negeri China. Tambah lagi, mereka yang ,mengajar dan menyebarkan ilmu di dalam setiap masa pengajaran, ataupun dalam setiap peringkat tarbiah lahir dari rahim pendidikan.  Harus diigatkan juga ilmu itu datangnya daripada Allah swt dan ilmu tidak boleh terpisah dengan insan yang digelar guru. Oleh itu ia berkadar langsung dengan kedudukan guru yang amat tinggi dalam islam.
Bahkan sahabat Rasulullah saw dan juga anak saudara baginda Saidina Ali bin Abu Thalib pernah berkata “aku adalah hamba bagi siapa saja yang mendidikku, meskipun satu huruf”
Hal ini kerana islam sangat menganjurkan agar umatnya menghormati para ulama dan guru. Di dalam kitab Ta’lim Muta’allim menjelaskan bagaimana cara yang sewajarnya menghormati guru diantaranya ialah tidak boleh berjalan di depan guru, bila berhadapan tidak memulakan percakapan sebelum diicberi keizinan dan lain-lain. Sebagai penambah  perisa, Nabi Muhammmad saw juga pernah bersabda “ pelajarilah ilmu,peljarilah ilmu dengan ketenangan dan sikap hormat dan tawadhu kepada orang yang mengajaraimu”
Ini penting kerana keredhaan seorang guru itu perlu dalam membantu process penyerapan ilmu itu sendiri. Contoh yang terbaik pastinya sikap para sahabat yang molek dijadian panduan. Diriwayatkan Ibn Abbas seorang sahabat telah mempersilakan Zaid bin Tsabit,salah seorang penulis wahyu al Quran untuk naik ke atas kenderaannya, sedangkan ia sendiri yang menuntunnya. Begitu sekali mereka menghormati seorang pendidik. Contoh lain ialah perangai orang-orang dahulu yang sangat menghormati ulama.sebagai contoh, Iman Abu hanifah. Beliau sangat menghormati gurunya dan kata beliau;” aku tidak pernah solat selepas guruku Hammad wafat kecuali aku memintak keampunan unutknya dan orang tuaku. Nah ! sudah seteguh waja bukti betapa pentingnya menghormati guru,namun berapa keratkah yang masih mengamalkannya.
Cuba kita buka mata, buka telingan,realitinya hari ini, golongan bijak pandai seolah-olah terlena dan beranggapan kejayaan dan kepandaian mereka terjadi denagn sendirinya tanpa sentuhan dan doa para guru. Adap-adap dengan pendidik semakin terhakis dari paksi diri mereka,sehingga tidak segan lagi unutk mencela dan mencaci guru yang banyak berjasa dalam membina ummah. Oleh itu,teguran untuk diri saya sendiri supaya tidak terlena diulik arus urbanisasi sehingga tergadai hati. Ingatlah walau siapapun anda hari ini, seorang president ataupun seorang petani, insane yang bergelar guru tidak layak dipadam dari hati. Selamat hari guru,semoga cikgu semua terus berada didalam limpah rahmat-Nya terima kasih untuk segalanya.

p/s: Jom jadi 'abid dengan mengingati guru-guu kita 
and
selamat hari guru untuk semua yang pernah medidikku

Tiada ulasan:

Catat Ulasan