Selasa, 17 Mei 2011

Tazkirah Mingguan -'abid-hambakah anda??


TAZKIRAH MINGGUAN – ‘ABID / HAMBA
Tarikh : 14 Mei 2011 (Sabtu)
Masa : 7.00 ptg
Pengacara Majlis : Hafizuddin
Pentazkirah : Nasir Zainal Abidin
Isi kandungan tazkirah…
‘Abid boleh diertikan sebagai ibadah atau orang yang melakukan ibadah…

Perlu ikhlaskan hati untuk melakukan ibadah…
"Ikhlas itu ibarat semut hitam yang berjalan di atas batu hitam di dalam keadaan malam gelap."
Penuhkan hati dengan ikhlas kerana ALLAH...BUANG RIAK JAUH-JAUH
Ramai orang yang berjuang untuk mendapatkan tahap amal yang ikhlas...tapi perjuangan ini tidak nampak dengan mata kasar, tidak perlu pedang dan perisai, kerana perjuangan ini medannya terletak pada hati yang hanya ada iman dan taqwa berperang dengan nafsu...ikhlas ada pada hati, hanya ALLAH saja yang tahu...kadang-kadang kita rasa macam ikhlas, tapi pada mata ALLAH hanya DIA saja yang tahu....kadang-kadang kita rasa macam tak ada apa-apa, tapi pada mata ALLAH sangat-sangatlah ikhlas.

Kisah bongkak iblis…
Iblis adalah mahkluk yang paling mulia kepada ALLAH, sebelum penciptaan manusia (Adam). Iblis disingkirkan dari syurga disebabkan sifat sombong dan bongkak yang ditunjukkan kepada ALLAH. Iblis ingkar untuk tunduk kepada Adam setelah ALLAH memerintahkan berbuat demikian, hal ini dijelaskan dalam al- Quran surah7(Al-A’raf):11-13 yang bermaksud:
Dan sungguh, Kami telah mencipta kamu (ADAM) lalu Kami bentuk tubuh mu, kemudian Kami katakan kepada para malaikat, sujudlah kepada Adam, maka mereka pun bersujud kecuali Iblis. Dia tidak termasuk mereka yang bersujud, ALLAH berfirman lagi maksudnya: Apakah yang menghalangimu untuk bersujud (kepada Adam) diwaktu Aku menyuruhmu? Jawap Iblis: aku lebih baik daripada dia. Engkau ciptakan aku daripada api sedangkan dia Engkau ciptakan dari tanah.
Firman ALLAH lagi maksudnya: Turunlah kamu dari syurga itu kerana kamu tidak sepatutnya menyombong diri didalamnya, maka keluarlah, sesungguhnya kamu termasuk makhluk yang hina.
Iblis terlalu marah kepada Adam kerana keengkarannya tunduk kepada Adam menyebabkan dia hilang nikmat hidup di syurga. Perasaan dendam dan marah terhadap Adam menyebabkan Iblis berazam untuk memusnahkan Adam dan keturunannya sehingga hari kiamat.
Perkara ini dijelaskan dalam surah7(Al-A’raf) ayat 14-18 yang bermaksud:
 Jawap Iblis, berilah tangguh kepadaku sampai waktu mereka dibangkitkan. 
Fiman ALLAH, maksudnya: Sesungguhnya kamu termasuk mereka yang diberi tangguh. 
Jawap iblis: Kerana Engkau telah menghukum aku sesat, aku benar-benar akan menghalang mereka dari jalan Kamu yang lurus, kemudian aku akan mendatangi mereka dari depan, dari belakang, dari kanan dan dari kiri mereka. Dan Engkau tidak akan mendapati kebanyakan mereka bersyukur(taat). 
Firman ALLAH pula maksudnya: Keluarlah kamu dari syurga itu sebagai orang terhina lagi terusir. Sesungguhnya barang siapa diantara mereka mengikuti kamu, pasti akan  Aku isi neraka jahanam dengan kamu semua. 
“Surely the devil is enemy, so take him as enemy”
Konklusi…
Perbaiki cara hidup…Niat ikhlaskan hati kerana ALLAH…
Lawan bisikan-bisikan syaitan…

Disediakan oleh:
Amirah Farhanah

Tiada ulasan:

Catat Ulasan