Selasa, 17 Mei 2011

Hari ini



Hari ini...
Awan langit yang dulunya cerah bertukar mendung,
Kelembutan hembusan angin berubah menjadi puting beliung,
Mekar bunga kini layu gugur, jatuh tersadung,
Hijau bumi di simbah merah darah pejuang terulung,
Riuh rendah anak-anak sepi tidak berpenghujung,
Yang tiggal hanyalah sisa, saki baki sejarah yang dulunya agung.


Janganlah engkau disana menyanyi lagu duka,
Bilamana kemanusiaan sudah tiada,
Perhambaan menjadi galang gantinya,
Kekejaman mula menaiki tahta,
Penindasan oleh pihak-pihak berkuasa.


Kini engkau ibarat pendatang di negara sendiri,
Segala hak-hak asasi dicabuli,
Rumah-rumah dicerobohi,
Oleh penzalim berkuku besi.


Hidupmu kini tidak lagi bebas,
Tanah airmu pula di kebas,
Apa yang ada di rampas,
Pemuda-pemuda di libas-libas,
Gergasi jentolak menghempas-hempas,
Rumah-rumah dibedil tanpa belas.


Hidupmu lebih terseksa daripada banduan dipenjara,
Tidak ubah seperti neraka dunia,
Logik akal tidak dapat menerima,
Wujudnya manusia berperangai syaitan durjana.


Mereka itu syaitan bertopengkan manusia,
Sanggup melakukan apa sahaja,
Anak-anak dara diperkosa,
Pemuda-pemuda dipenjara,
Bapa-bapa pergi meninggalkan nama,
Ibu-ibu pula menjadi janda,
Anak-anak kecil terputus tali layang-layangnya.


Mata mana yang tidak terbeliak,
Melihat rumah sendiri dikopak-kopak,
Anak mana yang tidak berteriak,
Melihat orang tuanya rebah di depan mata tidak berganjak,
Pemimpin mana yang tidak melalak,
Bilamana masyarakat sendiri di ternak.


Mungkin engkau tertanya-tanya,
Ke mana perginya kemanusiaan?
Di mana lupusnya kewarasan?
Kenapa padamnya cahaya kebenaran?
Mengapa hilangnya akal pertimbangan?
Inikah yang di katakan peradaban?


Ini semua berlaku seperi yang di rancang,
Terdapat dalang di sebalik petualang,
Pabila iman di dada tidak bersarang,
Ummat di dilanyak, kuffar yang menang.


Bagimu apa yang berlaku punya pengajaran dan maksud tersembunyi,
Pengajaran buat kami di luar sini,
Dek kerna cintanya kami pada duniawi,
Paha saudara sendiri di cubit pun kami tidak merasai.


Meski pun kemanusian belum terpancar,
Tidak pernah engkau pamer raut gusar,
Walau saban hari terpalit peluru sasar,
Iman di dada buat engkau terus bersabar.


Sabarmu pasti ada ganjarannya,
Pertolongan Allah pasti menjelma,
Jihadmu tidak akan di persia-sia,
Menjadi modal insan buat kami semua.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan